Sunday 26 August 2012

Lebaran yang Memotivasikan ( ! )

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

blog tak ter-update gara2 excited meraikan hari raya (:
yang penting bersama keluarga ;p
( can you imagine how much i love my family )


aku memaksa diri berjaga di malam terakhir di rumah ini~
sebagai kenangan lebaran
seterusnya memberikan aku semangat bila berjauhan (:

alhamdulillah~
setelah hampir tiga bulan hati rapuh
hidup dalam suasana yg sangat men-touching-kan hati~
Allah masih izinkan aku kembali ke rumah (!)
aku rasa aku homesick terlebih kali ini*
jujur~
mengalahkan homesick waktu duduk di bumi wakafan.


anda perlu membayangkan~
gambar ini menjadi homescreen utk hp dan laptop aku (!)
miss rumah bukan sebab anak manja.
tapi~
sejujurnya,
sebab aku tak bahagia dengan kehidupan aku di negeri sembilan.

"aku taknak balik! aku tak tahu nak bercerita apa dekat keluarga aku nanti."

hari khamis, 16 ogos 2012
kata2 itu masih bermain di mulut aku~
sedangkan pada realitinya
malam tu aku akan naik bas (!)

buat kali pertamanya aku tak call family hantar khabar
pukul berapa sepatutnya naik bas ;(
sampaikan umi call waktu maghrib.

aku pujuk hati~
"salimi, kau kena kuat! family kau rindu kau!"
segala keperitan aku di usim~
aku tolak ke tepi.
memotivasikan diri sendiri spy menjadi lebih berdikari~

berbekalkan jalan yang tak berapa nak jem~
sampailah Kota Bharu dalam area jam 9 pagi.
seperti gerak hati aku katakan~
"suasana kereta pasti sunyi!"
jujur~
suasana kereta sekembali aku dari bumi wakafan~
sangatlah riuh rendah.
bercerita itu ini (!)
( rindu )*

merasai dua hari ramadhan di rumah sudah cukup bersyukur.
merasai malam raya aidilfitri membakar sate sudah cukup bermakna.
sejujurnya~
aku bahagia berada di samping keluarga cuti ini (!)


" geram aku dngn kak lin ni. aku rasa cakap dengan dinding lagi baik. "

" kecek dngn dio supo kecek ngan batu. "

seperti yg aku rasakan juga~
aku sudah kurang pandai bersosial
dan aku sejujurnya~
kehilangan diri aku yang banyak cakap dan pendengar setia :(

( damn hate this part! )

07 hari beraya 01 hari buat homework :p
klau nak fikir kerja mmg takkan habis (!)
aku selongkar diary lama kembali~
mencari kekuatan, dan mengubat rindu pada sahabat2 yg byk membimbing.
alhamdulillah~
terlalu bnyk kekuatan yg aku dpt drpd penulisan diary thun2 lalu.
( kelebihn tulis diary )

fakta :-
aku memang paksa diri aku lupakan dunia usim sepenuhnya (!)
aku memang tak layan mesej berkaitan assignment (!)

dapat anda bayangkan bagaimana down-nya aku (?)
down hilang sahabat2 yg seimbang dunia akhirat.
bukan tidak jumpa di usim ini~
cuma,
mungkin belum ditemui :(
belum ditemui yang sekepala~

benarlah~
kalau nak tgok diri kita, tengoklah dengan siapa kita bersahabat.

ceria bersama keluarga~
sedikit sebanyak mengingatkan aku kembali.
hidup aku selama ini dipenuhi kegembiraan.
aku tak boleh rosakkan kegembiraan hidup aku~
kerana sungguh
itu yang merosakkan aku.

so~
presenting...
the new salimi ismail (:


yang Allah susun dah cantik~
perancangan Allah dah cun melecun.
biarlah kena berulang alik ke hospital sekarang~
tetap membahagiakan aku
sebab boleh berada di samping keluarga selalu :p



notakaki:
balik negeri sembilan bawak album gambar dan diary bagai (!)
nak pastikan kenangan dan peringatan bersama sahabat2 bumi wakafan
sentiasa di sekeliling.
yeah,
supaya dapat rasai~
Allah sentiasa menjaga ukhuwah antara kami (:

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday 13 August 2012

Jatuh untuk Bangun (!)

In the name of Allah 
the most Gracious
and the most Merciful~

oh my English (!)
yeah~
speaking test alone hari ini.
hancur*
kita hanya mampu merancang tetapi Allah sebaik-baik perancang.
aku tak sangka boleh se-blank itu.
bagaimana idea tidak datang
dalam membincangkan disadvantages of married early.

talk to my hand*

however~
i still cant believe that i score 7/10.
yeah~
thank to Allah is the most important.
maybe Allah wants to see me more commited on study.
yeah, i will not give up more (.")


nothing is impossible~
so, i will work hard okay (!)

sorry mum sebab tak angkat call~
kak lin tak sanggup sedihkan hati umi.
masa rakam lecture biology, tibe2 umi call*
bimbang sebab aku hantar mesej tak guna (!)

"umi, susahnya bljr dkt sini.
Kak Lin give up :'(
i am not good in muet."

jatuh bangun seorang pelajar tu biasa lah kan (:
steady lin (!)

esok test kimia.
aku akan pastikan itu yang terbaik (!)
biiznillah~

semua menghitung hari balik~
tapi
aku tak sanggup nak balik skg sebab
Ramadhan aku tahun ini tak segembira tahun lepas :(
dan~
aku bimbang habit tak suka bercakap sekarang
menyebabkan family sedikit terasa.
(benar kah ?)

so,
mum + dad~
dont worry (!)
i will struggle for Islam priority <3

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday 10 August 2012

Rapuh

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

Sukar untuk dipercayai~
aku rasa kosong.
kosong teramat sangat~
bagaikan jauh daripada Yang Maha Esa.
mungkin kerana hati aku telah sakit~
sakit dengan perasaan berprasangka buruk.

..........

"Ya Allah, aku di mana?"

hanya itu yang mampu aku luahkan pagi tadi~
sejurus bangun dari tidur.

"Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah. Janganlah Engkau akhiri hayatku dalam kesesatan."

sekali lagi~
ayat ini berlegar-legar di fikiran.

kepenatan memaksa aku untuk tidur seawal jam 10.30 usai sahaja solat tarawih.
sedar tidak sedar akan niat ingin bangun seawal jam 3 pagi.
di fikiran~
hanya terfikir ingin menyiapkan tutorial biology.
seakan-akan aku lupa
diri yang lama =.='

salimi ismail bukan lagi seperti dulu (!)
jujur terseksa dengan kehidupan kini~
pagi petang malam hanya buku pelajaran bermain di tangan
dan lebih pedih bermain di minda.
ini bukan salimi ismail yang aku kenal dulu (!)

even jam loceng C 3-00 berdering seawal jam 3 pagi~
berat mata untuk dibuka apatah lagi badan untuk bergerak.
tiba-tiba~
apabila mata cuba dibuka~
dunia gelap,
tiadaa jalan keluar (!)
seakan-akan aku tersekat - terhimpit.

tertanya-tanya~
" kenapa tiada jalan turun katil "

nauzubillah~

rupa-rupanya~
aku tersalah arah turun katil.
sepatutnya turun katil sebelah kiri~
bukannya kanan (!)


walaubagaimanapun~
hati tetap berdebar dalam kegelapan itu.
mengapa Allah tetapkan semua itu berlaku (?)
saat kegelapan mencari jalan yang benar~
terkenang dosa-dosa aku yang terlalu banyak (!)
subhanallah~
MEMANG aku jauh dari Allah kini.

memang sengaja Allah memperingatkan aku*

sejujurnya~
aku masih celaru mencari jalan yang benar~
entah bagaimana ingin seimbangkan dunia akhirat,
belajar sepenuh masa bukan sasaranku~
tapi,
suasana dan persaingan memaksa aku (!)
sekali lagi jujur~
aku tidak suka dengan sistem pendidikan Malaysia.

...........

aku bukan manusia yang dilahirkan sempurna~
sesungguhnya aku memang manusia yang lemah
terlalu banyak kekurangan.

aku masih tertanya-tanya pada diri.
adakah Allah akan membantu aku seperti SPM dulu 
di kala aku cuba meraih cinta-Nya.
aku tertanya-tanya juga~
benarkah Allah akan membantuku juga 
andai aku terlalu komited dengan belajar (?)

buntu*
mencari jawapan membuatkan aku pedih~

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.