Saturday 15 September 2012

New Episode (!)

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

setelah aku membuat perubahan fizikal pada diri~
hampir tiga minggu sudah,
setelah kembali cuti berhari raya~
barulah ada yang berani bertanya pada aku.

"lin, kenapa tak pakai jibab dah sekarang?"

aku sedar aku memang garang~
sebab tu tiada yang berani bertanya >.<
tapi~
alangkah seronoknya aku kalau anda bertanya
tanpa bersangka buruk lagi (:

however,
kalau anda semua cakap belakang tentang saya~
do i care (?)
( semakin matured semakin tak sensitif hati ini )

"jie, kalau saya balik lepas hari raya ni, saya tak pakai jibab dah apa pandangan awak?"

yeah~
jujur saya memang meminta pendapat orang terlebih dahulu.

"orang akan pandang pelik. kalau orang pakai tudung biasa pakai jibab, orang kagum.
tapi, kalau dari jibab nak bertudung biasa orang akan anda 1001 tanda tanya."

"kak lin ni cepat terpengaruh dengan orang."

apalah kekuatan saya ingin menafikan
statement umi yang mengandungkan saya selama 09 bulan 10 hari >.<

ops (!)
my mum bukan memaksudkan aku terpengaruh dengan gaya ber-fashion skg.
maksud umi aku~
aku terlalu mengambil berat pandangan orang.

subhanallah~
bila aku termenung kembali~

"apa niat aku sebenar berjibab?"

"knp tidak aku letakkan Allah sbg yg utama!"

kawan~
saya JARANG sekali berjibab di rumah.
saya PAKSA diri berjibab di universiti~
memandangkan komunikasi antara kaum adam sangat diperlukan di sini.

masih teringat ketawa kecil kawan saya 
melihat saya memakai tudung indon ketika ke kafe.
sinis, sangat terasa di situ.
saya tanya dia kenapa (?)
dia kata~
"tak biasa tengok kau pakai tudung begini."

masih teringat ketika aku mengenakan blaus
lalu digabungkan dengan tudung bidang biasa sahaja.
mata memerhati~
seolah-olah berdosa bagi aku 
memakai tudung yang bukan dikategorikan berjibab!

aku memang seorang yang suka mendengar suara2 sumbang.
tatkala mereka menghina mereka2 yang tidak menutup aurat.
subhanallah~
sesungguhnya aku hanya mampu berkata.
"andai kau kenal siapa aku dahulu, pasti kau mengeji aku!

jadi dengan ini~
saya NEKAD untuk menjadi diri sendiri (!)
menjadi seseorang yg tidak perlu peduli pandangan orang (!)
dan tiada lagi penipuan mahupun kejutan menerima aku seadanya (!)

lupakan erti persahabatan~
andai persahabatan yg dibina hanya berdasarkan pemakaian luaran!
aku tak perlukan persahabatan sebegitu.
aku lebih memerlukan persahabatan yg mengajar aku mengingati Allah selalu
tanpa memakan daging sahabat sendiri :'(

maaf andai aku kata~
aku rasa lebih selamat sekarang.
selamat dengan niat aku berpakaian.
mungkin bukan geng khemah lagi~
tapi,
izinkan aku menyertai geng khemah yang menutup hati terlebih dahulu.

"baguslah sipulan sipulan ni. bila masuk u makin labuh tudung."

saya tak kisah~
kalau tudung saya pendek.
asalkan saya tahu dan sedar lagi~
aurat perempuan yang digariskan dalam kalam Allah
ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tangan.
ditambah lagi panduan berpakaian wanita~
haruslah menutupi dada.
( andai satu hari sy melanggar panduan Allah ini, sila ingatkan saya )


kerana ini ialah saya (!)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Tuesday 11 September 2012

CERPEN: SAHABAT RAMADHAN

“Aimi, awak nak air apa?” Tanya Yasmin kepadaku. 

“Mestilah saya mahu air jagung, air kegemaran saya.” Jawabku. 

Yasmin merupakan teman baikku, tetapi kami hanya akan berjumpa pada bulan Ramadhan sahaja. Ini kerana Yasmin tinggal jauh di Perak manakala aku menetap di Johor. Walaupun tinggal berjauhan, perhubungan kami sudah seperti saudara sendiri. Pada setiap kali Ramadhan, Yasmin akan pulang ke Johor untuk berpuasa bersama-sama neneknya, nenek Tijah. Itulah masa untuk kami berjumpa. 

Sepanjang lima tahun kami berkenalan, terlalu banyak kenangan manis dan pahit kami lalui bersama. Kenangan yang paling tidak boleh dilupa ialah ketika kami bermain bunga api semasa malam raya tanpa pengetahuan keluarga. Oleh kerana kedegilan kami, baju kurung yang dipakai Yasmin hampir terbakar apabila bunga apinya terjatuh. Akibatnya, seharian kami terpaksa menahan telinga mendengar leteran Nek Tijah. Kami juga gemar pergi memancing ikan di sungai di hujung kampung. Hasilnya kami akan berikan kepada ibu untuk dimasak. 

Apabila menjelang musim peperiksaan, kami akan memperuntukkan masa untuk belajar bersama-sama. Alhamdulillah, kami sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang berkat doa ibu bapa serta usaha kami. Selepas peperiksaan SPM tamat, Yasmin berpindah tinggal bersama Nek Tijah. Masa kami bersama bertambah dan perhubungan kami menjadi semakin rapat. Beberapa bulan berlalu, keputusan SPM keluar. Sekali lagi kami memanjatkan syukur kepada Ilahi di atas kurniaanya kepada kami. Kami Berjaya menghadiahi ibu bapa kami dengan keputusan yang cemerlang.

Telan mati emak, luah mati bapak, itulah keadaan ku apabila ditawar  melanjutkan pelajaran ke Australia di dalam bidang perhubungan antarabangsa. Ianya merupakan impianku selama ini, tetapi aku tidak sanggup untuk berpisah bersama keluarga dan Yasmin. Yasmin banyak memberiku dorongan untuk menyambung pelajaran di negeri orang itu. Katanya, aku akan mendapat pengalaman hidup di negara orang di samping dapat menguatkan jati diri aku sebagai orang Islam. Kami juga berjanji akan sentiasa bertanya khabar di antara satu sama lain.

Menitik air mataku saat Yasmin memelukku untuk kali terakhir. Walaupun aku cuba menahan air mataku daripada menitik ke bumi agar keluargaku dan Yasmin tidak bersedih dengan pemergianku, namun aku gagal jua. Ibu bapaku dan Yasmin banyak memberi pesanan kepadaku. Mereka mahu aku berjaya dan membawa pulang segulung ijazah apabila kembali ke tanah air. Akan kubuktikan kepada mereka, itu azamku.

Pertama kali berpuasa di negara asing, tanpa Yasmin dan ibu bapa di sisi terasa sungguh janggal. Mujur senior dan kawan-kawan banyak membantuku. Oleh kerana pada tahun pertama aku berpuasa di sini jatuh pada musim sejuk, tempoh kami berpuasa menjadi singkat. Selama berada di sini aku dan Yasmin saling berbalas e-mel. Katanya, dia rindu akan Ramadhan bersamaku. Rindukan solat terawikh bersama-sama, rindukan tadarus Al Quran pada petang hari dan membeli juadah berbuka di bazaar Ramadhan. Aku juga rindukan saat-saat itu, tapi apakan daya, kami terpisah di antara dua benua. Aku selalu menitipkan doa buat Yasmin dan keluarga kerana doa merupakan hadiah terbaik untuk orang yang kita sayang. 

Setelah 3 tahun berkelana di sini, aku semakin jarang mendapat balasan e-mel daripada Yasmin. Adakah Yasmin sudah melupakanku? Aku segera beristighfar kerana sudah bersangka buruk dengan Yasmin. Sesungguhnya bersangka buruk adalah bisikan syaitan dan boleh memecah belahkan kita. Aku menganggap Yasmin sibuk dengan pelajarannya. Masuk tahun keempatku di sini, tiada lansung balasan e-mel daripada Yasmin, namun aku masih setia mencoret kata-kata untuk tatapan Yasmin. Mungkin Yasmin sibuk hingga tiada masa untuk membalas e-melku.

Akhirnya, hari yang kunanti-nantikan tiba jua. Setelah siap berkemas aku segera singgah ke Queenstown Market bagi membeli cenderahati buat keluarga dan Yasmin. Aku tidak sabar untuk berjumpa dengannya. Perjalanan selama 15 jam kurasakan seperti setahun kerana keterujaanku untuk berjumpa mereka. Setelah sampai di kampung halamanku segera aku memeluk ibu dan abah yang sedang menantikan kepulanganku. Setelah menghilangkan penat dan berbual-bual, aku meminta izin untuk ke rumah Nek Tijah. Tidak sabar mahu berjumpa dengan Yasmin. Ibu sempat berpesan kepadaku agar menerima takdir Allah dengan hati yang redha. Walaupun aku berasa pelik dengan pesanan ibu, namun keterujaanku untuk bertemu Yasmin menghalangku daripada bertanya lebih lanjut.

Sesampainya aku di rumah Nek Tijah, segera aku memberi salam dan mengetuk pintu. Tidak lama kemudian salamku di sambut dan Nek Tijah kelihatan di muka pintu. Terus Nek Tijah memelukku. Mungkin rindu dengan cucu angkatnya ini, fikirku. Setelah bertanya khabar, aku bertanya mengenai Yasmin. Terus berderai air mata Nek Tijah. Aku berasa tidak senang dengan keadaan ini dan meminta penjelasan daripada Nek Tijah.

Rupa-rupanya Yasmin telah didiagnosis menghidap barah usus. Yasmin selalu mengalami sakit perut yang berpanjangan dan menyangka ianya hanya sakit perut yang biasa hinggalah pada suatu hari dia pengsan di universiti. Setelah mendapat tahu mengenai penyakitnya, Yasmin berhenti belajar untuk mengubati penyakitnya. Sekarang Yasmin terlantar di sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur kerana barahnya sudah sampai ke tahap akhir. Luluh hatiku apabila mendengar perkhabaran mengenai Yasmin. Nek Tijah juga berkata bahawa Yasmin jugalah yang meminta kepadanya dan ibu bapaku agar tidak memberitahu mengenai keadaannya kepadaku kerana gusar aku tidak dapat memberi fokus pada pelajaranku.

Keesokan harinya, keluargaku membawaku pergi berjumpa Yasmin di Kuala Lumpur. Sedih hatiku apabila melihat Yasmin sudah tidak seperti dulu lagi. Mukanya kini cengkung dengan pelbagai wayar berselirat di tubuhnya. Rambutnya juga menipis kesan daripada rawatan kimoterapi yang dilaluinya. Aku tidak dapat membayangkan bagaimana Yasmin bertarung dengan penyakitnya itu. 

Nyata Yasmin terkejut apabila melihat kedatanganku. Dia cuba untuk tersenyum bagi menyembunyikan kepucatan wajahnya di samping membuat suasana sedikit ceria. Aku segera memeluk Yasmin dan meminta maaf kerana tidak dapat berada bersamanya bagi melawan penyakitnya itu. Yasmin juga memohon maaf kerana merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuanku. Air mata rindu menjadi saksi kepada pertemuanku dan Yasmin. Yasmin cuba berjenaka bagi menukar suasana. Ketika kami sedang berbual, Yasmin tiba-tiba memintaku untuk membacakan Surah Yusuf, surah kegemarannya kerana dia rindu untuk mendengarku membaca Al Quran. Aku terus mengambil tafsir Al Quranku yang memang sedia ada di dalam tas tanganku dan membacanya. Ketika aku sedang membacanya, aku melihat Yasmin perlahan-lahan menutup matanya. Mungkin Yasmin mengantuk dan aku meneruskan bacaanku. Setelah habis bacaanku, aku mengucup dahi Yasmin tetapi kurasakan sejuk. Apabila kurasakan tiada tindak balas daripada Yasmin setelah aku memanggil namanya berkali-kali, aku segera menjerit memanggil ibu dan abah yang menunggu di luar untuk memberiku ruang bersama Yasmin. 

Kini, setiap kali Ramadhan menjelma, aku pasti teringat akan arwah Yasmin. Setiap kali usai solat aku tidak pernah lupa untuk mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatehah.


pemenang cerpen ramadhan UPM 2012.

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Saturday 1 September 2012

Kad Hari Raya ( ! )

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

salam lebaran (:
rasanya masih belum terlambat :p
kan (?) kan (?) kan (?)

actually~
semalam my beloved sister tanya i
"kak lin, awak taknak update blog?"
i yang kemalasaan dengan sesuka hati menjawab.
"taknak. no idea. tiada benda menarik nak share."

i ingat dia nak sindir i yang selama ni rajin meng-update blog
yg makin tak istiqamah (!) ceh*
tapi~
tiba-tiba kakak i yg cantik tu cakap

"along nak update blog lah. cuba teka tentang apa?"

"pasal raya kah? mana lah aku tahu."

"tak lah. tadi along masuk bilik angah. ternampak perfume zaman2 sekolah rendah."

bersambung...

tiada masa utk bercerita panjang :D


ini bukan calang-calang kotak kasut~
barang di dalamnya lebih mahal drpd harga di kotak itu.
kotak ini salah satu benda kesayangan aku~
selain diary dan gambar2.

presenting~


my beloved sister 
ingatkan aku tentang kenangan zaman sekolah rendah~
zaman dulu terlalu indah untuk dikenang (:
sehinggakan~
i teringat KOTAK SURAT i (!)
kotak ini penyimpan rahsia terbaik (!)
biarlah tanpa mangga sebesar bigfoot~
tapi susunannya yg tidak teratur menyebabkan tiada yg berminat utk selongkar :D

apa yang ada dalam kotak kasut crocodile ni (?)
kad hari raya
kad hari lahir
surat-surat persahabatan
surat-surat tahniah
surat-surat cinta

aku memang jenis menghargai pemberian orang.
sekian*
haha :D

entry kali ini aku nak highlight kenangan hari raya zaman kanak-kanak~
it is about
KAD HARI RAYA (!)


zaman sekolah rendah~
memang tak nafikan
saling bersaing nak dapatkan banyak kad raya, kan (?)
kadang2 sampaikan rela kepenatan menulis kad raya kepada orang
dengan harapan orang akan balas (!)
kalau tak balas tu memang kategori sombong lah*
ngek punya pemikiran dulu :)

bilang kad raya mengalahkan bilang duit~
tiap-tiap hari bulan ramadhan tu
bawak plastik yang terisi kad raya.
nak menunjuk dekat kawan dapat banyak kad raya kot*
masa free-free dalam kelas~
keluarkan pen warna-warni tulis kad raya (:
bukan cam sekarang~
lecture tak ada keluarkan buku*
gulp ~.~

standard budak kecik~
makin mahal kad, makin rasa dihargai kawan.
alahai :D
sampaikan rela belajar macam mana nak tahu 
harga kad sebenarnya berdasarkan kod belakang kad*
.ish.ish.ish.
kalau kawan biasa-biasa yang tak rapat tu~
beli saja kad biasa yang mudah didapati.
no wonder banyak kad sama pattern :p


aku hanya mampu tergelak bila baca ucapan zaman kanak-kanak
alahai~
aku sendiri yakin tuan-tuan kad ni akan tergelak 
mengenangkan pemikiran mereka zaman kanak2 dulu (:
aku sendiri wondering~
ada lagi tak yang simpan kada raya pemberiaan aku (?)
hehe~


standard seorang guru punya kad~


semua tu hanya kenangan~
perkembangan teknologi memudahkan segalanya~
kad berganti kepada SMS sahaja :(
makin lama makin lupa nak hantar SMS*

ada jugak kenangan dapat kad raya banyak-banyak*
dan~
yang penting~
ada jugak pengalaman dapat kad berbaur cinta monyet (:
kenangan-kenangan*



the best one of card~
making me keep in smiling is from my dearest friend (:


hidup ini tak selalu indah~
tapi yang indah itu selalu hidup dalam kenangan (:

terima kasih 
kepada semua kawan-kawan mahupun secret admirer2 
yg hantar kad kepada aku.
sungguh~
mustahil aku lupakan anda semua selagi wujudnya bukti persahabatan kita
walaupun dengan hanya sekeping kad raya (:

May Allah bless you all <3

notakaki:
surat itu lebih baik daripada SMS (:
bersemuka itu lebih baik daripada laman sosial (:

syukran~


.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.