Friday 10 May 2013

perasaan itu.

sebenarnya rindu nak berpenulisan. tambah-tambah duduk rumah senyap2, jarang bermasyarakat. terasa macam tak bagi manfaat kepada sesiapa pun. haiiya! tapi, kadang2 perasaan cuak datang jugak. sebab apa yang kita cakap, nasihatkan orang, Allah yang Maha Penyayang akan uji balik.


baca blog akak senior yang dah kawin. tup tap tup tap, terjumpa artikel aku sendiri dalam blog akak nie -.- dah lama aku tak explore perkembangan bakat kurniaan Allah ini. masya-Allah! 

aku tak pernah sangka penulisan ini memberi kesan kepada pembaca.
tapi, waktu aku mengarang cerpen ni, memang aku berusaha terapkan nilai murni bersangka baik dengan Allah.
terima kasih Allah kerana izinkan aku menyampaikan manfaat kepada pembaca.




aku cuba explore lagi pandangan pembaca. jujur aku tak percaya ada tarikan dengan cerpen simple yang aku karang sehari sahaja, namun tempoh edit agak lama sebab sedar dengan tanggungjawab penulis yang mempengaruhi pemikiran pembaca.

----- satu -----


----- dua -----


----- tiga -----


----- empat -----


----- lima -----



perasaan dapat bagi manfaat kepada orang lain tidak tergambar bahagianya. fikiran manusia mudah dipengaruhi dengan penulisan. 



muka aku memang tak sesuai berjiwang kan? 

kawan-kawan aku yang baca lansung tak percaya ini hasil penulisan aku. dan kadang-kadang aku sendiri tak percaya sebab aku sedar diri yang aku ni serious orangnya -.- 


cerpen ini sebenarnya kombinasi perasaan dan imaginasi aku sendiri. eyek. penulisan ini tidak dipengaruhi dengan mana-mana penulisan penulis terkenal sebab aku memang tak suka baca novel. itu realiti yang aku sendiri tak mengerti kenapa.


terima kasih kepada semua pembaca yang budiman. doakan penulis menjadi sesolehah perempuan dalam cerpen ini -.0


p/s: i want to be a writer. May ALLAH ease my way.



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Wednesday 8 May 2013

Hargai Yang Mencintai Kita.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful~


salam alaik guys and ladies! 


tiup-tiup habuk dekat blog. 


masa bersama laman sosial semakin berkurang. tahniah kepada anak wan ismail ini! puji diri sendiri tanpa had* semakin matang, mungkin. baru sedar sekarang laman sosial perlu di saat diperlukan sahaja. ( m.a.t.a.n.g.l.a.h.s.a.n.g.a.t ) dunia realiti lebih memerlukan aku. hargai yang di depan mata. namun tatkala diri sibuk lah sangat, fikiran bagaikan katak bawah tempurung.

semakin banyak isu yang dipertikaikan tatkala PRU selesai. nasihat aku mudah, kepada generasi-generasi yang bakal mengundi 5 tahun lagi, marilah kita mula berdoa agar Allah pelihara negara ini dalam redha-Nya selalu. doa bukan bermusim macam PRU. Kita minta, Allah bagi. simple :) Mungkin Allah taknak bagi sekaligus, hah ambik kau! Allah bagi sikit-sikit supaya kita belajar erti bersyukur dengan nikmat Allah dahulu. Kita merancang ini kalilah tapi Allah sebaik-baik perancang menetapkan lain kalilah. Jangan pernah kecewa dengan takdir Allah. Yang pasti, kebenaran pasti menang!

"3M yang perlu dijauhi dalam meraih hidup bahagia:- Merungut, Mengeluh dan Menyesal."
-Prof DR Muhaya-


----- tammat ----


keluar belajar memandu. cabaran baru juga bagi aku. dikelilingi manusia yang suasana hidup bagai langit dengan bumi jika dibandingkan dengan sahabat-sahabatku. 

pandangan mata tidak mampu menghina mereka. aku pernah seperti mereka. walaupun mengerti menutup aurat itu wajib, mengerti perlunya melonggarkan pakaian, mengerti perlunya melabuhkan hijab menutupi dada. mengerti. cuma kefahaman saat itu tidak sama seperti sekarang. bersyukur diberi keizinan oleh Allah mengerti tentang surat cinta-Nya.


"Lin, tak tahu lah nak nasihatkan kawan baik kita zaman sekolah yang dah hanyut, tak tahu nak tutup aurat. nak nasihat pun macam tak kena, nanti fikir kita tak sayang mereka."


nasihat aku mudah sahaja,


"sayangi mereka terlebih dahulu. berilah mereka merasai kasih sayang kita. pandanglah mereka dengan pandangan mata kasihan bukannya kebencian. bukan mereka pinta untuk melanggar fitrah dilahirkan."


manusia tak lari daripada perasaan ingin disayangi. 


"Kita boleh mencintai orang lain tanpa memimpin mereka tetapi kita tidak boleh memimpin orang lain tanpa mencintai mereka."
-Pikat remaja dengan kata-kata-


------ cukup skema sebentar -----


wahai awek2 cun yang dicintai jejaka2 hensem namun kenyataannya lebih dicintai Yang Maha Penyayang, ingin benar aku lontarkan persoalan yang perlu dijawab berlandaskan kata imanmu bukan hatimu, sejauh mana anda mengerti statement 
"Hargailah Orang yang Mencintaimu sebelum Dia Pergi Meninggalkanmu !

Mohon bajet open-minded sekejap, Allah lebih mencintai kita melebihi cinta seorang ibu yang bersusah payah lahirkan anak dan pada masa yang sama melebihi cinta pakwe kite pade kite -.-

susunan ayat macam aku sedang berskandal. kahkahkah.

Rasionalnya aku nak bertanya, kalau kita hargai orang yang mencintai kita mesti kita semangat nak penuhi kehendaknya kan? so, apa lagi calon jenazah sekalian. Al-Quran dah sebut apa yang Allah nak manusia buat, apa yang Allah taknak manusia buat. marilah kita BERUSAHA untuk memenuhi ciri-ciri menjadi hamba yang disayangi-Nya.


"Jangan pernah cakap, i will try my best, or i will do my best but say i do my best!"

-Prof DR Muhaya-


maksud kata-kata prof ialah jangan pernah bertangguh melakukan kebaikan. aku sendiri masih bertateh bermujahadah. peringatan yang menyentapkan jiwa mengingatkan akhirat sangatlah diperlukan. 


"Andai anda menghormati saya sekarang, belum tentu anda akan tetap menghormati saya jika melihat masa silam saya."


aku sedar diri aku banyak kelemahan. tambah-tambah dalam menjaga ikhtilat. nasihatkan aku, doakan aku! 



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sunday 28 April 2013

Terbeliak.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.


Apa yang menyebabkan tuan-tuan mata terbeliak?

satu terbeliak KEMALANGAN.
dua terbeliak TENGOK ORANG PAKAI SEKSI.

Tuan-tuan, yang terbeliak masa nak MATI itu apa?

Dia nampak apa yg dia akan jumpa.
Dia tengok apa yang dia akan jumpa dalam kubur.
Apa yang dia akan jumpa dalam neraka.

Dia tengok apa yang pernah dia BUAT dalam dunia,
Allah tunjukkan masa dia nak mati!

Apa yang kita pernah buat dalam dunia ni?
Sekarang ini apa yang kita pernah buat?
Masing-masing tahu apa yang pernah kita buat.

SAYA tahu apa yang saya BUAT!
TUAN-TUAN tahu apa yang tuan-tuan BUAT!

TUAN-TUAN tahu sejarah silam tuan-tuan.
sebelum mati ALLAH tunjukkan balik.

Mata terbeliak. Mulut ternganga. Dada berombak.


“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”



------the end------



cuti yang terlalu mencabar. teramat mencabar. suasana tidak mendamaikan hati ini. rindukan satu tarbiyah. tarbiyah bumi wakafan. walau hanya seketika diizinkan-Nya bercinta dengan suasana tarbiyah itu, tetapi rindu saat terpisah itu, masih mampu mengalirkan air mata tatkala mata hati tersentuh.



Way to be happy is to BE Happy. It's a choice.  Allah is Ar-Rahman Ar-Rahim.
-Denabahrin-



hidup perlu diteruskan. Moga doa daripada saudara se-Islam menguatkan kaki ini mencari redha Illahi. Moga Allah permudahkan segala urusan. 




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.