Monday 1 July 2013

Ramadhan.


Ya Allah, 
aku menati Ramadhan penuh sabar dan debar.
Alhamdulillah, Ramadhan makin hampir.
Takdirkanlah aku mampu melalui sebulan penuh Ramadhan dengan kualiti dan kuantiti ibadah yang optimum.






Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
" Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap redha Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melaksanakan qiam ramadhan atas dasar iman dan mengharap redha Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melakukan qiam Lailatulqadar atas dasar iman dan mengharap redha Allah, maka dosa-dosanya yang berlalu akan diampunkan."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

semoga Ramadhan kali ini di tahap khawas al-khawas.




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Tuesday 11 June 2013

I love writers.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah bergelar wanita yang diangkat kemuliaan, jauh sekali berbeza dengan wanita-wanita di Pakistan.


"Anak saya perempuan, jangan ucapkan tahniah kepada saya. Orang Pakistan tidak mengucapkan tahniah kepada ibu bapa pengantin perempuan. Tapi tidak mengapa, saya tahu anda bukan orang Pakistan."
-Diari Seorang Diplomat, Hikmah yang Tersirat, ms 159-


"Barulah saya faham, pada mereka perkahwinan anak perempuan dianggap memberi beban kepada keluarga. Majlis sedemikian sekadar merayakan pemergian seorang anak perempuan daripada keluarganya."
-Diari Seorang Diplomat, Hikmah yang Tersirat, ms 159-


nikmat diberi penghormatan sebagai wanita sewajarnya kita syukuri. 
di Pakistan ini, andai anak perempuan yang dilahirkan, bagaikan satu bencana. Tiada ucapan tahniah lansung. Tetapi kalau anak lelaki yang dilahirkan, disanjung-sanjung. sampaikan jiran tetangga buat-buat tanya jantina bayi supaya dengan bangganya akan sampaikan ucapan tahniah. 
Masih berlaku rupanya suasana seperti itu. Yang selama ini aku hanya bayangkan sirah zaman dahulu kala. Zaman jahiliyah. Cuma bezanya, bayi itu tidak dibunuh.


sudah terang lagi bersuluh, di dalam al-Quran, Allah tetap memuliakan kaum hawa. Al-Quran itu panduan umat Islam, sewajarnya perkara ini tidak berlaku lagi. Tapi, Islam di Pakistan jauh bezanya dengan Islam di Malaysia. Peminum arak di sana tetap bersyukur menjadi muslim.

Baca satu persatu ayat, pelbagai persoalan timbul. Mengapa tidak dihargai wanita sedangkan wanita jualah yang melahirkan bayi lelaki? Kenapa Allah lahirkan aku di bumi Malaysia? Apakah aku menjaga kemuliaan yang telah Allah berikan itu? Kenapa dan terus kenapa? Allahurabbi, hikmah yang tersirat. Tidaklah terjadi sesuatu perkara tanpa sebabnya.


terima kasih kepada penulis, Allahyarham Wan Ahmad Fadzil bin Wan Mohd utk perkongsian ilmu yang terlalu mahal nilainya ini. Al-Fatihah.

Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya
 (Hadith riwayat Imam Muslim)




Biar manusia kata kita poyo bercerita tentang pengalaman kita, biar manusia kata kita bajet memberi pendapat tanpa diminta, biar manusia teruskan dengan pandangan serong mereka itu.

Kalau ada orang dengki terhadap kita, kita sabar dan senyum sahaja (:

ingatkan dalam diri selalu, tujuan hidup di dunia ialah mencari redha Allah. Ingat Allah, pasti semuanya dipermudahkan. 


berbahagialah seorang penulis yang sedar tak sedar memberi manfaat kepada pembaca. 
dan pembaca itu ialah aku!

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sahabat vs Kemalasan.

cause it is amazing.



Bangun tidur pukul 5, kemalasan ditambah mengantuk.
Ingat sahabat yg istiqamah tahajjud, kemalasan itu tewas.

Melihat al-Quran di hening pagi, kemalasan menyakitkan badan.
Ingat pesan sahabat, al-waqiah surah dimurahkan rezeki, kemalasan itu tewas.

Tengok jam pukul 10, kemalasan memujuk mengendahkan dhuha.
Ingat sahabat pesan, dhuha tanda kita rindu pada Allah, kemalasan itu tewas.

Diajak ke pasar, pakai simple2, kemalasan memujuk abaikan stokin.
Ingat sahabat pesan, Allah ada bukan bertempat, kemalasan itu tewas.

Jam sudah pukul 6.30 pm, kemalasan membuatkan kealpaan tentang al-kahfi.
Dapat pesanan daripada sahabat yg mengingatkan, kemalasan itu tewas. 

Jam sudah lewat malam, kemalasan membaringkan tubuh di katil.
simple text daripada sahabat, "almulk", kemalasan itu tewas.

Badan sudah enak diulik keselesaan, kemalasan mengalpakan diri utk berzikir.
Ingat sahabat yg sentiasa tidur dlm zikir, kemalasan itu tewas.

Tidur dengan yakin esok akan bangun, kemalasan melupakan fakta hari esok bukan hak kita lagi.
Ingat sahabat yg istiqamah berdoa sblum tidur, kemalasan itu tewas.


Sahabat, andai kau tahu bagaimana aku sentiasa merindui kalian tatkala aku menjalani kehidupan ini, pasti menitik air mata kau menyedari kau yg aku contohi! 
Bahagianya aku jika menjadi kalian yg sentiasa diingati dengan kebaikan mencari redha dalam hidup, tatkala itu pahala tetap berjalan, kerana ilmu kehidupan itu menjadi pedoman.


“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur, hiduplah dalam lingkungan mereka, kerana mereka merupakan perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu sukar.”

-Saidina Umar Al-Khattab


Ketahuilah jua sahabat, tatkala aku bersamaNya, nasihat-nasihat kalian berbisik-bisik di telinga aku memberi 1001 kekuatan mendekatiNya.

Dan akhirnya, 
air mata jatuh mengiringi kerinduan aku pada kalian sahabat yg membuatkan aku rindu padaNya dan rasul-rasulNya.



Terima kasih sahabat kerana mengajarkan aku erti kehidupan dan menyedarkan aku hidup ini adalah untuk memberi manfaat kepada manusia lain. Qudwah hasanah!



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.