Wednesday 6 November 2013

at-Tijarah (?)

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful


"bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah"


tak tahu nak mula dari mana cerita tentang pengalaman itu.
mula-mula rasa macam kurang rajin nak share peritnya melalui pengalaman itu
tapi bila semalam tengok kesungguhan umi rasa luluh hati nak share dengan semua
 betapa senangnya kehidupan aku sekarang sampai ramai terpaksa jadi tulang belakang aku.


lepas habis tamhidi aku cuba dan cuba pujuk abah untuk bagi keizinan untuk kerja
sebab aku tahu aku sangat sangat sangat kekurangan soft skill
aku nak pengalaman tapi abah tak bagi
aku memberontak dan terus memberontak sebab aku rasa terbatas.

sampaikan kaklong balik cakap nak buat bisnes
aku ingat kaklong main-main dalam minta pandangan
malam tu kaklong whatsapp cakap dah beli barang semua minta tolong uruskan juga
aku excited sebenarnya!
memang aku menghadap tab sepenuh masa
kata umi
"Kita kena sokong apa yang adik-beradik kita buat."
aku memang pekerja tak bergaji yang sungguh setia siang dan malam mencari pelanggan

seminggu awal rasa down dan rasa nak berhenti
kata kaklong
"kaklin, betul ke apa kaklong buat ni."
jadual hidup serabai memang tidur tak teratur bagai dengan pelanggan pun tak ramai
apa aku mampu cakap, baru permulaan, teruskan saja.
dalam hati pilu sangat tengok family kami masa tu
bak kata orang hard time sangat sangat
yang mampu aku buat WORK HARD PRAY HARDER


"Kalau kita CINTA seseorang itu, kita akan ingat dia dalam doa."


mudah.

Dia permudahkan.

Allah permudahkan.

Alhamdulillah.

dua minggu selepas tu banyak sangat customer
dan masa tu kaklong pun lagi tak tidur malam balut barang orang
masa tu aku pemerhati dan masih menjadi pekerja setia tak bergaji mencari pelanggan.

bisnes dah stabil
kami adik-beradik dah dapat rasa hasil bisnes tu
alhamdulillah
cakap saja apa nak, kaklong bagi free of charge
dengan syarat betul-betul takda duit.
HAHAHA



sampailah detik aku tahu 
aku bakal mahasiswa Sains Aktuari & Pengurusan Risiko




malam aku tahu itu lagi dengan air mata masih mengalir
mencari hikmah kekuatan bagai
otak aku terpaksa rotate 360 darjah perancangan hidup
dan malam itu juga aku dah mula survey tentang bisnes masa akan datang.
sebab aku tak pernah terfikir nak jali orang bawahan dalam syarikat mahupun bank.
what i need to do is I need to survive by myself (!)

aku jadi kuli yang setia dan pemerhati
hari pendaftaran masuk degree aku utamakan barang customer daripada barang aku
dan benda itu berterusan setiap kali aku balik Kelantan


mungkin orang nampak hidup aku sakai fikir mengenai bisnes
di usia yang sangat muda mungkin
19 tahun
apa yang aku tahu aku nak buktikan yang aku boleh perform dalam pelajaran jugak.
itu memang tekad aku.
kata aku pada diri sendiri
"Kau kena buktikan, bisnes kau pendorong kau untuk perform dalam pelajaran."


balik kuliah aku kena korbankan masa korbankan tenaga pergi canselori untuk pos barang
masa itu aku masih setia menjadi kuli kaklong
sebab nak habiskan barang bisnes yang kaklong tinggalkan sebelum fly balik mesir
muka aku memang burn
sebab berjalan tengah panas
kadang-kadang balik bilik naik katil lap air mata jugak
pujuk hati suruh sabar sabar sabar.


aku rasa roommates aku mesti bosan tengok aku menghadap tab sepanjang masa.
sebab masa aku pegang buku, roommates aku tidur.
indeed, aku terpaksa memaksa diri aku study dalam pukul 12-3 pagi.
hanya itu yang aku mampu buat.


alhamdulillah
cuti midsem ini aku ada modal sendiri untuk berbisnes
hasil daripada jadi kuli kaklong and kuli peniaga lain.
bermakna sekarang aku perlu jadi bos dan akulah pekerja
jadi bos bukanlah sesuatu yang mudah di mana aku perlu decide sendiri barang apa nak ambik?
kadang-kadang terlupa nak ambik stok ini itu.
dan jadual jadi bos lagi tak teratur 
dan aku sedang usaha utamakan yang lebih utama
iaitu mencari redhaNya


semua tu pengalaman.


abah suruh berhenti bisnes dan utamakan pelajaran.
aku diam saja.
tapi umi bagi galakan dan kata umi jangan berhenti.
mungkin umi mengerti kenapa sebab umi sendiri student ekonomi dulu.
umi pernah berada di tempat aku.

umi yang dulu susah nak naik atas tengok bilik anak-anak
cuti midsem ini hampir setiap hari datang bilik aku
tolong lipat-lipatkan baju, tolong bagi idea, tolong jadi juruhias.
rasa nak menitik air mata tengok umi punya kegigihan dalam support aku.

"umi, kenapa rambut umi dah banyak putih?"

"umi dah tua. dah masuk umur 50 tahun."

Allahurabbi,
umi itu masih setia dalam mencari kekuatan membesarkan anak-anak.




ramai kawan yang tanya mengenai bisnes.
apa yang aku boleh respond
"kalau taknak hidup susah, jangan bisnes."


tapi kesusahan itu berbaloi sebab dah ada fulus sendiri
.____.
dah mampu share-share dengan orang lain
macam umi sendiri dah tak perlu bawak purse pergi kedai.
HAHA



bukan mudah nak mencari nama, tapi bila dah ada nama semuanya jadi mudah!


ini kata-kata semangat untuk diri aku sendiri.
yang aku suka hati buat berdasarkan pengalaman dan pemerhatian.



masa susah itu telah berlalu seketika buat keluarga kami
kini tiba masa untuk memikirkan cara untuk kongsikan kesenangan.
kerana setiap kesusahan itu pasti akan disusuli dengan kesenangan
.____.


sampai sini saja untuk aku share.
ada masa aku nak share kelebihan berbisnes untuk para wanita :)


tajdid niat lillahitaala



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Saturday 19 October 2013

Keep Calm and Trust Him.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful



"Fokus pada nikmat Dia berbanding ujian yang Dia bagi"



sejujurnya kadang-kadang rasa rapuh hati teringat aturan hidup yang Allah tetapkan.




cuti raya haji yang seronok tahap gapo!
even cuti cuma lima hari, aku lansung tak pegang buku.
itu ialah hidup yang macam tak sangka. santai sesantai-santainya.


bila kita minat, everything will be easy.


minggu depan aku ada kuiz algebra.
tajuk set.
but honestly speaking perasaan tu tak secuak nak bentang arab and english.

homework yang pada asalnya kononnya banyak sebenarnya sikit saja -.-
dah list cantik-cantik baru sedar aku boleh enjoy saja holiday hujung minggu ni!
muahaha.



bila kita dah happy-happy.
suddenly they ask me to leave usim just because want me to become a doctor
i am like...

honestly speaking aku tak suka subject menghafal. faham?

"Tak semestinya orang pandai kena jadi doktor. Boleh faham tak realiti kehidupan sekarang?"

yes, indeed.
kos aku macam ada risiko menganggur bagai.
but if i force myself being a slave or robot to learn in medical field,
"are you sure i will be a good doctor that can give benefits to ummah?"



"Allah bagi kelebihan masing-masing. tak semua doktor/dentist celik math! can you understand what i am talking about. pandai kita berbeza-beza. hargai."

tired enough.

dengar sini semua makhluk dunia.
Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko ialah kos yang aku idam-idamkan sejak kecik lagi.
cuma sebelum ini aku tak tahu kos apa sains aktuari tu.
yang aku minta dengan Dia,
aku nak bidang yang melibatkan math.
aku nak bidang yang boleh gunakan gerak hati memikirkan apa yg akan berlaku masa akan datang.
aku nak bidang yang out of box. bukan baca buku.
Allahurabbi, he gives me this oppurtunity.
ingat lagi airmata yg mengalir mintak pandangan cikgu nak tukar kos akaun masa form 4.
tapi parents punya kehendak, aku akur aliran sains jodoh aku.
rupa-rupanya Dia tangguh doa tu. nak tengok aku sabar.
now.
He gives me what i want. air mata yang mengalir dulu rasa dah hilang.


bersabarlah wahai hati
.____.


hidup dekat dunia nak puaskan hati semua orang macam susah kan?


so what i need to do
just focus with my aim that i have plan since form 4 :)



keep calm and trust Him.
aku cuma nak cakap, serapuh mana pun korang rasa hidup ini sekarang, jangan pernah putus berdoa. Dia Maha Mendengar. Bersangka baik selalu.
Saat doa termakbul setelah sekian lama minta simpati Dia, sujud syukur dan tersenyumlah!

bahagia. serious bahagia saat Dia tunaikan Doa kita. 
lagi best duduk syurga lah kan. semua permintaan dapat :) 
belajarlah hati untuk ikhlas di dunia supaya di sana nanti kau bahagia :D




walaupun aku tiada kekuatan berdakwah berusrah bagai,
in shaa Allah masih bermatlamat menyumbang pada Islam dari segi ekonomi.




#PrayForIslam

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Wednesday 11 September 2013

Alhamdulillah for ASRM, Ya Rabb!

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.



"sedihnya tak dapat sambung dentistry. tak tahu Redha lagi atau tidak."


itu kata mereka bukan kata aku.



.____.


"Ya Allah, baiknya Kau bagi aku sesuatu yg jauh lebih baik!"

ini kata aku.
HAHA.
nampak solehah sikit ayat.





all praise to Allah :)
sudah hampir dua minggu di sini.
USIM NILAI
dan tidak lagi terdetik kekecewaan bergelar mahasiswi Actuary Science and Risk Management.
tidaklah terlalu berbangga juga apabila ramai yang kagum termasuk senior.



"wow, ambik aktuari kot. memang strong math lah ni."

amiiin.



bila kita dah minta bersungguh-sungguh dengan Allah
dan Allah tak bagi apa yang kita minta itu,
kekecewaan hilang bila yakin dengan Dia Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
memberikan sesuatu yang lebih baik.
.___.

"Kita tak dapat apa yang kita nak sebab kita tiada aim yang jelas."

aku memang tak boleh nak berdebat dengan statement ni
sebab
aku baru rasa bahagianya buat sesuatu yang sebenarnya kita minat (!)



apa hikmah yang aku rasa awesome sangat duduk USIM NILAI untuk degree (?)
1. ukhuwah
2. majlis ilmu
3. bi'ah solehah





seronok sangat sangat dapat duduk bilik kecil dan share empat orang.
nak gaduh pun tiada hati.
kalau nak sembang dengan member2 dari bilik lain, kita pun akan dengar.
so, tiadalah syak mahupun fitnah yg dibuat tentang perbualan mereka.
and ofcoz kita kenal siapa kawan kita apabila bersama kawan-kawan baik masing-masing :)

taaruf --> tafahhum --> takathur

inilah dikatakan ukhuwah :)





jadual harian memang santai sesantai-santainya.
honestly even kena berjalan kaki and tunggu bas bagai,
bila nak belajar mata segar sebab itu yang kita minat! jadi macam curious nak tahu.
and the best part tentang kos ASRM ini kita kena fikir tentang masa depan dan kaitkan dengan ekonomi mahupun sejarah sesuatu perkara.
:)
fakta:- balik kelas petang memang aku akan tidur even lepas asar.
nampak kan penat (?)

azan Maghrib (?)
turun katil --> ambil wudhuk --> pergi surau
tak perlu tunggu kawan sebab kawan sendiri dah pergi dulu ke surau :D
perasaan dapat duduk rumah Allah (?)
Ya Rabb, memang rasa tenang setenang-tenangnya.
dekat situ dapat kumpul dengan orang2 yg solehah, iA.
sedikit sebanyak memberi inspirasi utk kita sendiri bermujahadah step by step.

"Kalau kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita."

tiada sikit pun rugi turun majlis ilmu.
even memang kita ada pengetahuan agama yg dikongsikan, sekurang-kurangnya dpt tambah info lagi tentang sesuatu topik.
ilmu budak yang belajar syariah al-Quran bagai memang awesome lah.
bayangkan balik penat-penat dari kuliah belajar ilmu sains, balik kediaman dapat dengar ilmu agama pulak.
banyak amat ilmu (!)

budaya ilmu itu bergantung pada kita sendiri sebenarnya :)





bagaimana anda tak cair tengok kebaikan kawan anda yg sentiasa hidup dengan bi'ah solehah.
seronok dapat sebilik dengan sahabat bukan daripada Tamhidi.
totally different cara hidup beliau.
dengki sedengki-dengkinya apabila konsep mengutamakan Allah itu ada.
memang nak cakap benda sia-sia dengan beliau fikir banyak kali lah.
lansung tak rimas ada sahabat yang nerd, yang percaya pada keberkatan.
lifestyle yg inspired a lot.





kadang-kadang aku tertanya.
"Allah, kenapa orang sekeliling aku baik-baik? Kenapa Kau hantar mereka pada aku?"
like serious you all.
kawan-kawan i semua pakai tudung labuh and memang jaga hubungan dengan Dia.
but me (?)
i believe that ini step Allah nak dekatkan pd Dia juga.
in syaa Allah, istiqamah sampai bila-bila.





"Makin sukar cara kt dapatkan ilmu, makin besar ganjaran drpdNya. Bersabarlah dan ikhlaskan diri"





.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.