Saturday 11 January 2014

Tin Kosong.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.



Dear friend,
Aku malu sebenarnya nak mengaku yang sebenarnya aku respect sangat dengan kau!



Aku tak pernah terlintas untuk kutip tin-tin kosong dekat Kolej Kediaman ni
Merajinkan diri turun naik blok pergi kutip tin kosong dekat tong sampah apatah lagi.
Ya, aku malu dan bimbang orang pandang pelik.
Tapi
Bila kau mampu buat aku malu dengan diri aku yang berfikiran sempit.



Tak pernah terlintas untuk aku untuk cari duit tambahan seperti itu.
Bezanya pemikiran aku langit dan bumi.
Barangkali aku sombong dan riak.
Astaghfillah.

Terima kasih Allah pertemukan aku dengan kawan seperti ini.



Kawan,
Selama ini aku jumpa kawan yang hanya tahu belajar dan belajar.
Dan ada yang aku jumpa berseronok dan terus berseronok.
Biasiswa itu satu keperluan untuk bersuka ria.
PTPTN disalah guna hingga melebihi had.
Never cross in my mind to meet a friend like you!
How creative you are.
Saya support anda.
Kita bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudian.
Benar nak cari duit bukan mudah.
Beruntunglah Allah pilih kita untuk merasai kesusahan itu di usia muda.
Bukan mudah student macam kita terdetik untuk ada "part time"

Yeah, we are economists :)




Ya Allah,
Jauhkan aku dari leka dengan kekayaan dan kemewahan dunia.
Berikanlah aku peringatan dari hari demi hari untuk sentiasa menjadi seorang yang merendah diri.
Menjadi seorang yang sentiasa berkongsi kesenangan dengan hambaMu yang lain.
Jauhkan aku dari sifat tamak.



Ya Allah,
Izinkan aku menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur.




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday 10 January 2014

Umi Abah.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.

Hari yang sangat suram buat aku.
Dalam keadaan mamai bangun pagi
Buka instagram tengok tarikh last update dekat rumah
Then buka kalendar bilang berapa hari dah tak cium umi abah.

It is unexpected!
62 hari sudah berjauhan rupanya.

Sungguh
Balik Kelantan nanti taknak pegang hp sangat
Balik Kelantan nanti taknak pegang tab sangat
Balik Kelantan nanti taknak tengok movie sangat
Balik Kelantan nanti taknak sibuk berbisnes sangat

How i miss the time
The time that i spend with my beloved family.



Umi sendiri dah masuk usia 50-an
Allahurabbi
Dah tua umi rupanya
Tapi umi masih kelihatan muda
Umi yang masih setia menyediakan sarapan
Umi yang masih setia pergi ke pasar bagai
Umi yang masih setia menguruskan anak-anak
Umi yang masih setia bersabar melayan kerenah anaknya.

Allahurabbi.
Jasa umi terlalu menggunung
Permudahkanlah Ya Rabb jalan umi ke syurga.
Izinkanlah umi menjadi bidadari buat abah di syurga kelak.



Kenapa aku dilahirkan untuk menjadi seorang yang degil?

Mulai detik ini taknak dah sakitkan hati umi abah
Taknak dah jadi manja tarik perhatian umi abah dengan buat perangai
Taknak dah buat umi abah bimbang dan rindu dengan aku yang sangat menggunung
Taknak taknak taknak.


15 hari lagi tempoh untuk memperbaiki akhlak sebelum balik.
Moga-moga diizinkan Allah untuk aku menjadi anak yang taat
Yang menggembirakan hati umi abah.




Ya Allah,
Berjauhan dengan keluarga lagi bukanlah yang dipinta.
Izinkanlah buatku berkhidmat buat ibu bapaku pada usia mereka lanjut ini.
Izinkan untuk aku bertemu jodoh dengan hambaMu yang mampu menggembirakan umi abah.
Izinkanlah untuk aku bekerjaya di negeri Kelantan negeri yang diberkati.
Izinkanlah buat aku duduk berhampiran dengan ibu bapaku.
Hampirkanlah aku dengan kedua ibu bapaku sentiasa.
Sungguh kebahagiaan mereka kebahagiaanku.



Rindu zaman kanak-kanak.
Allah saja yang tahu.

Love,
salimi ismail.



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Wednesday 8 January 2014

Ikhlas.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.


Kejadian ini sudah berlalu sebulan lebih.
Cuma aku sanggup tak sanggup sahaja bercerita.
Sebab even aku sedang bergembira, buka cerita ni mesti menitis air mata.

Ujian Dia tanda kasih sayangNya :)

Aku pernah share dekat surau dalam tazkirah.
Ini tazkirah berantai. Memang budak kk1 ni aim aku bagi tazkirah rupanya.
Dan aku memang ada niat, kalau nama aku kena panggil aku nak cerita kisah ini.
Barangkali Allah pilih untuk menjadi inspirasi dan pengajaran buat kawan-kawan yg lain.





Rapuh.
Rapuh apabila Allah cuba uji keihlasan kita.
Keikhlasan kita membuat kebaikan utk dapatkan apa.

Pinjaman Boleh Ubah Bank Rakyat.
Aku uar-uarkan kepada kawan-kawan suruh isi.
Dengan harapan aku pun akan dapat kan kan.

Siapa sangka Dia merancang sesuatu yang lain.
Waktu aku jawab soalan bank rakyat, internet terputus.
Umi cakap, "Kalau ada rezeki adalah."
Aku saat itu memang lansung tak mengharapkan sudah.
Barangkali sudah lali dengan ujianNya.


Sebenarnya
Aku menanti juga rezeki biasiswa bagai ni.
Okay. Nampak? Menanti sahaja tanpa usaha.
Aku tak sanggup usaha lebih-lebih lagi buat masa ini.
Kerana secara jujurnya aku masih terkesan dengan "kejatuhan"


Nak dijadikan cerita memang aku tak dapat PPBU Bank Rakyat
Seminggu juga aku ambil masa bersendirian mencari hikmah
Putus berhubung dengan family sebab sedih sangat
Bagi aku tiada siapa rasa sakitnya ujian bertalu
Umi abah boleh berkata sabar sabar
Adalah rezeki di mana-mana
Tapi bagi aku yang masih muda normal kalau bimbang status menganggur
Normal kan? Aku pun nak bina keluarga dengan kesenangan juga.
Sebab aku sendiri ada banyak wishlist yg simpan dalam hati.
Di mana wishlist itu memerlukan duit utk direalisasikan.
Nampak tak hidup aku tak sesenang mana pun.


Saat itu memang rasa nak nangis lagi
Sebab kawan-kawan yang kita uar-uarkan itu semua dapat.
Dalam hati memang berbolak-balik
Kalau tak berbolak balik bukan hatilah itu.
Biasalah syaitan jentik bisik itu dan ini.
Sampai satu tahap suara hati menyampuk
"Kau tolong kawan-kawan kau ikhlas tak Salimi?"
Kalau ikhlas sewajarnya aku gembira untuk kalian semua.
Pujuk hati lagi dan lagi





Sabar.
Janji Allah itu pasti.
Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan.
Kebaikan paling mahal ialah syurga.


Aku tak tahu kenapa aku rasa aku dah terlebih matang
Dan ujian yang Allah bagi tak pernah putus
Setiap ujian yang Allah diselitkan hikmah tersendiri
Aku belajar sikit demi sikit.
Sedar tak sedar ujian daripada Allah membentuk diri aku yang baru.
Sayangnya Allah dekat hambaNya ini.

Berikanlah keredhaan dalam hidup ini Ya Rabb.





Tapi
Entah kenapa hati ini yakin
Rezeki Dia buat aku untuk kesenangan dunia ini Dia tangguhkan
Berdoa dan terus berdoa.


Sebenarnya
Rezeki Allah ada sudah banyak buat aku sekarang
Kewangan aku jauh lebih baik berbanding asasi dahulu
Memang dasar melayu terlalu mengharapkan duit orang
Duit usaha sendiri lansung tak nampak -.-





Wahai kecekalan, bangkitlah!



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.