Monday 16 June 2014

Mencari Tuhan.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.


Hari ini aku cuba berdiri sendiri
Tanpa sahabat sejati di sisi
Sahabat yang sering aku nyanyikan lagu mengejar sempurna
Ya, aku yang menjauhkan diri
Kerana aku ingin bergantung pada Dia kuat-kuat.
tidak ingin lagi menjadi manusia yang menyusahkan hati dia.


Bila aku cinta seseorang
Aku harap cinta dia pada Dia
melebihi cinta dia pada aku
Kerana aku yakin dengan menjaga hubungan bersama Dia
hubungan kami akan baik-baik sahaja.

hmmmm.



Baikkah hubungan ini?
Mana perginya erti mencari redha Ilahi?


--------------------------------------------------------------------------


"Apa cita-cita kau? Kau belajar untuk apa sebenarnya?"

"Aku kuasai ilmu. Aku nak bagi syafaat pd manusia. Aku nk bawak pahala jumpa Dia."

"Tak. Maksud aku kau nak kerja apa?"

"Aku taknak aim untuk kerja. Sebab aku takut kecewa dengan dunia."


Hmmm.
Kerana jatuh itu aku yang rasa.





Sakitnya kecewa dengan dunia.
Aku tak sanggup lagi meletakkan impian yang terlalu tinggi untuk hidup di dunia ini.

Tempuh saja.
Yang Allah tetapkan pasti terbaik, in shaa Allah.


------------------------------------------------------------------


Keliru dengan perangai sendiri sekarang
Tapi ada satu yang aku pasti
Aku mencari Dia lagi.


Dalam banyak bicara aku
Dalam diam aku
sebenarnya aku memerhati apa itu duniawi

Aku cuba kejar dan penuhi kehendak orang itu dan ini
Konon untuk kebaikan hari lain
Tapi hati tetap memberontak
Bukan ini yang diajar Allah
Untuk apa aku bimbang dengan pandangan dunia
Bukankah janji Dia pasti?

Maka cukuplah sampai di sini
Aku patahkan misi ini dengan berat hati
Walaupun air mata mengalir tak henti.



Allah, kuatkan aku.
Bantu aku untuk kukuhkan Kau di hati!


----------------------------------------------------------


Waiting for Ramadhan.
Aku rindu ketenangan, Ya Rabb!




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Wednesday 11 June 2014

Final Exam.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.


I know there are too many friends waiting for my update
Yes, i know you read my entry very well.
And lately sangat-sangat sibuk dan terasa macam tiada benda bermanfaat nak kongsikan.

But I am pretty sure that you know that I love to write something.
Apa yang aku nampak, aku akan fikir.
Walaupun kadang-kadang ada yang kata aku berangan or over thinking
But
Aku ada, kau ada?
Kelebihan yang Allah bagi bukan untuk dijatuhkan, sayang :')


so
I choose instagram to update my life and whatever
Mungkin ramai yang tak bersetuju berinsta and tak private bagai
but my life is simple
"Tajdid niat. Buat sesuatu kena ada sebab yang kukuh kerana Dia."

You know what I mean, right :')
Allah akan bagi apa yang kita nak berdasarkan apa niat asal kita buat sesuatu.
Macam konsep berhijrah.




Kadang-kadang
Berada di zaman sibuk ini membuatkan kita ada life sendiri
Sampaikan tak sempat bagi manfaat pada orang.


"Tawakkal pada Allah bukan tawakkal pada usaha".
-Farwah Tijani-

Kata-kata yang cukup simple
Tapi menjadi penguat aku selalu.
Tengok?
Bermanfaat kan kata-kata yang ringkas.


Dan tanpa sedar
Kita telah mengingatkan orang untuk kembali pada Dia
Walaupun diri sendiri tak baik.



FINAL EXAM SEM II 2013/2014 TAHUN 1

Bahasa Arab --> Calculus --> Etnik --> Statistik --> TITAS --> Makroekonomi

in shaa Allah
akan menjejak kaki ke bumi Kelantan selepas 19/06.

habis exam awal (!)
seronok tak terkata sebab penantian itu satu penyeksaan :')


Sesungguhnya usaha aku tak seberapa
Aku cuba memaksimumkan masa untuk share ilmu
Memang membahagiakan bila dapat kongsi ilmu yang kita tahu.
Sebab tu aku tak suka zaman tamhidi.
Stress aku semua orang serba tahu sampai aku tak boleh nak kutip pahala banyak2.
nangis*

Secara peribadi
Aku belajar untuk tidak melihat nilai ilmu pada pointer
Kerana Allah bagi kita rezeki lain-lain
Dan yang DEKAN sekarang bukan menjamin masa depan yang cerah
Dan yang biasa-biasa bukan menjamin pengangguran.

Kembali kepada Allah.



Betulkan niat balik sama-sama
Andai belajar sebab nak dapat kerja,
Risau kecewa.
Faham kan dengan dunia sekarang?

Jom jadikan belajar sebagai kunci kita kenal Pencipta!


All the best hamba Allah yang setia :')




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Thursday 1 May 2014

Tamhidi.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful


Perit 
Sakit
Pedih

Jadi untuk apa aku ingat?


20 tahun hidup
umur 18 & 19 paling aku nak lupakan
terlalu mengecewakan.


Jangan tanya aku apa moment yang aku ingat
Kerana jujur
Banyak yang sudah aku lupa
Termasuk runtin harian

Memang wajar 
Allah ajar aku lupakan cinta monyet aku
Terlalu awal
Rupa-rupanya Tuhan nak duga aku dengan dugaan yang berat
Dan masa itu
Aku dengan gayanya mudah melupakannya 
.____________.


Maaf andai aku sombong
Kita berdiri sudah tidak sama tinggi
Sahabat,
Kau kenal aku pasti!
Aku bukan jenis menghargai orang yang sudah sempurna.



Kerana jujur
Zaman tamhidi tiada erti buat aku
Walau semanis mana kenangan itu.


Maafkan aku sahabat.




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.