Thursday, 22 August 2013

Tawakkal.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.




"relax lah. bawak macam biasa sajalah."

"akak biasa dah ke bawak kereta sebelum ni?"

"biasa dah. selama ni bawak kereta walaupun tiada lesen."

"oh, takpelah. saya ni kalau tak belajar dekat sini, memang tak terbawak lah kereta."

"selama ni akak bawak kereta auto. ni test kereta manual lain sikit lah tapi boleh lah bawak."

--- senyap ---

"semua nampak berdebar. solat hajat tak? akak tak solat hajat pun. nanti berdebar pulak."

"owh. tulah berdebar."



aku yang duduk sebelah akak tu hanya pasang telinga 
tanpa berkata-kata sepanjang perbualan akak tu dengan orang belakang aku.
yang hanya mampu aku respond ---> terbeliakkan mata!



serious. terkejut!



what the arrogant you are kakak!



hanya mampu mencegah kemungkaran dengan hati masa tu.
kalau tegur macam cari gaduh dengan keadaan semua berdebar


kecuali...


akak tu yakin mampu buat tanpa pertolongan DIA.




great kakak! great!





usaha tanpa doa sombong dan doa tanpa usaha bodoh




detik ini saat ini
saya mencabar daie sekalian
untuk berdakwah di kawasan pedalaman
di mana kawasan ini sangat kekurangan ilmu agama.

kita sibuk mencari yang soleh dan solehah.
sibuk mencari kebaikan dan kesempurnaan diri sendiri
untuk kepentingan diri kita di dunia dan akhirat sehinggakan
kita lupa yang dunia secara fokusnya negara kita sedang sakit parah dek cetek ilmu.
rukun iman dan rukun islam tidak dipacak dalam diri masyarakat
ada hati berharap dan bermimpi nak syahid di jalan Allah?
kerana itulah Malaysia masih diuji dengan keamanan.
keamanan duniawi penuh senda gurau
sedangkan masyarakat mesir kini
makin ramai aman di sana.
syurga yang kekal.



alhamdulillah. sudah ada lesen walaupun jalannya berliku.
belajar untuk bersabar dari hari ke hari menjalani hidup.
hari esok tiada yang lebih mudah berbanding hari ini.
tetapi yang pasti hari esok perlu lebih baik.

hati makin kental. HAHA. upgrade kematangan ^.^
terima kasih Allah.

thanks untuk kawan-sahabat yang mendoakan (:





.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Saturday, 3 August 2013

Jatuh Bermaruah.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.


hampir sebulan menanti satu kekuatan ini.
rindunya pada sesuatu kekuatan berserah pada yang Maha Esa.


ramai dah tahu dan ramai yang tidak tahu lagi sebenarnya.
aku tak dapat sambung belajar dalam Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian.
dan aku dipilih olehNya untuk melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari & Pengurusan Risiko.

02 Ramadan is the worst day ever for me! 
my life totally change 100% and i need to rotate 360 degree.
gagalnya aku memperoleh apa yang aku kehendaki adalah sesuatu yang sakit dirasai.
umpama bermula saat itu roda kehidupan aku di bawah.

entry ini bukan untuk dapatkan simpati tetapi untuk menginspirasikan anda yang berada di bawah seperti aku.


hanya Allah yang tahu bagaimana kemasnya cita-cita itu aku tanam sejak zaman sekolah lagi.
air mata sudah banyak jatuh tatkala meminta padaNya sesuatu yang aku rasakan terbaik buat aku.
jujur hanya Tuhan yang tahu berapa banyak sujud aku laburkan untuk meminta dipermudahkan mencapai cita-cita itu.
doa juga tak pernah putus! kalah doa meminta jodoh!
meminta tanpa malu padaNya walaupun sudah banyak jatuh dan bangun, aku tidak kenal erti putus asa.

sampailah 02 Ramadan aku kecewa denganNya!
doa aku tidak dimakbulkan. 

bulan Ramadan yang bagaikan paling teruk tetapi tahun lalu lebih teruk.
orang lain sibuk post dekat facebook, twitter, instagram, blog.
rezeki Ramadan dapat sambung belajar dalam bidang Perubatan mahupun Pergigian.
wah, bagaikan itu rezeki yang besar!
sedangkan aku?
mana rezeki Ramadan aku?

hari ini berani aku katakan Ramadan kali ini ialah Ramadan paling bermakna buat aku!
kerana Dia pilih aku untuk merasai nikmat ujian dan manisnya nikmat iman yang menyelamatkan aku.
mempercayai Dia sentiasa merancang sesuatu yang jauh lebih baik daripada yang aku inginkan.


"Kita minta dengan Allah. Allah bukan tak bagi sebenarnya. Allah bagi! Allah bagi sesuatu yang lebih baik."
-abah-


jatuhnya aku bermaruah.
pointer aku sudah di tahap kelas pertama seperti yang aku minta padaNya.
begitu juga dengan result MUET aku yang setaraf dengan pelajar pergigian.
cuma mungkin aku tak berjaya yakinkan penemuduga tentang keinginan itu.
semuanya berlaku dengan izinNya kerana Dia tahu yang terbaik buat aku.



aku gembira sebenarnya dapat keluar daripada bidang itu.

if you know what i mean :)




terima kasih Allah untuk hadiah ini.




biar pemakaian aku tidak seperti muslimah lain,
tetapi biarlah pemakaian iman aku indah di mataNya.




"roda kehidupan aku berada di bawah kini. entah roda itu bergerak atau tidak. kerana jujur mula-mula duduk di bawah sakit. lama-lama dah lali. tapi aku tetap tunggu dengan sabar untuk berada di atas kembali."



._______.





.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Thursday, 1 August 2013

BAHAGIA.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.



jadi orang pandai bukan BAHAGIA yang sebenarnya
dapat bekerja besar-besar bukan BAHAGIA yang sebenarnya
hidup kaya raya bukan juga BAHAGIA yang sebenarnya
memiliki keluarga dan kerabat bukan BAHAGIA yang sebenarnya


kerana semua nikmat yang dimiliki itu pasti diuji
yang pandai diuji dengan kebodohan seketika
yang bekerjaya diuji dengan keegoan seketika
yang kaya diuji dengan kesempitan seketika
yang berkeluarga diuji dengan salah faham seketika


Jadi apa itu bahagia sebenarnya?
bahagia di dunia bukan diutarakan bahagia di akhirat!




al-Quran menjawab tiada pendustaan ke atasnya
untuk bahagia di dunia kita perlu melakukan amal soleh semata-mata keranaNya.

Ya, jawapan yang tepat dan perlu dipraktikkan!



Ramadhan yang sekali lagi mencabar bagi aku.
ujianNya tidak putus-putus dihantar.
hati yang merasa sakit tak terkira.
lidah sudah kelu berbicara.

kadang ingin berhenti berdakwah dan berkata tentang janji Allah.
namun tersentak dengan diri sendiri yang bermatlamat mencari redhaNya.
kerana itulah lahirnya satu kekuatan, kekuatan yang tiada siapa mampu bayangkan.
mulut membisu, hati bertekad.  mengharapkanNya membimbing diri ini tanpa ada pergantungan pada manusia.





berhentilah hati untuk kecewa.
Allah mengatur sesuatu yang telah lama engkau pinta sebenarnya.
walau mulut tidak pernah berbicara tentang kemahuan itu, hatimu berbicara dengan Allah.

terima kasih Allah. alhamdulillah fi kulli hal.





.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.