Thursday, 27 February 2014

Kenapa (?)

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.


"Kenapa Lin makin rajin sejak masuk sem 2 ni?"

Itu soalan common sebenarnya.
Dan aku sendiri tertanya-tanya pada diri aku.


Barangkali kerana aku terfikir aku telah banyak membuang masa.
Tergolong dalam hambaNya yang rugi.
Sedangkan diciptakan aku adalah untuk menghambakan diri kepada Dia.
Aku mengkhianati janjiku sendiri untuk hidup di muka bumi ini.

Dunia ini terlalu indah.
Dunia ini penuh fantasi.


"Umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam, jangan buang masa, siapa kata kita tidak boleh, kita ada Allah Maha Kuasa, kita punya kuasa tenaga, doa sebagai senjata."

Anda semua perlu bayangkan setiap pagi aku dengar lagu ni!
Alarm clock kawan bilik aku mampu menitiskan air mata aku saat barang atas katil.
Flash back zaman kanak-kanak aku sampai sekarang.
Lama sudah aku hidup dekat dunia ni.
Makin hari makin dekat waktu untuk berbilik bawah tanah.

Bawah tanah tu gelap kan?
Aku khuatir tiada apa-apa yang aku tinggalkan di muka bumi ini
yang mampu memberi aku kesenangan di akhirat sana.



Aku lihat al-Quran.
Bersihkah hati aku untuk menyimpan ayat teragung Allah SWT itu?

Aku cemburu melihat mereka yang bercinta dengan Allah.



Dunia ini terlalu sesak untuk difikirkan.




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday, 17 February 2014

First Day.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.

Pantas masa berlalu
Hari semalam yang sangat bermakna tanpa diduga
Sampai Nilai, solat, kemas barang dan tidur.
Bangun tidur pun dengan terpaksa sebab rasa serba salah tengok kawan bilik mengemas bilik.
Bangun mandi sarapan.
Dapat panggilan telefon daripada Munifah~KI.

Rasa nak menjerit bila Munifah ajak pergi UIA.
Ya Rabb, finally.




Banyak benda aku belajar daripada journey tu.
Thanks kepada yang banyak membebel atas kereta.
Semua yang dibebelkan memang menusuk kalbu menghempas kepala.

Sekarang aku makin mengerti lelaki ini bagaimana.
Concern itu bukan tandanya suka tapi tandanya pentingkan ukhuwah.
Baru aku mengerti kenapa lelaki yang aku suka tak pernah suka aku.
Ambik kau, demand nak laki baik kan!

So, kesimpulannya sekarang perasaan nak minat dekat mana2 laki memang dah hilang.
Dan aku belajar sedikit sebanyak untuk jadi profesional dlm tugasan.
Oh, cepatnya Allah ajar aku siap tepat pada masanya!




Jumpa kawan-kawan lama.
Hebat-hebat semuanya sampaikan terasa kerdil.
Dean List tu petik jari sahaja.
Eh, barangkali sebab orang yg aku kenal memang bukan calang2 -.-

Permulaan sem 2 yang SURPRISE!
Mana tidak tergugat untuk jadi rajin dalam menguasai ilmu.
Kawan yang duduk UPNM kena kawad setiap hari, training masa cuti pun boleh dapat DL!
Dah lah kos Mechanical Engineering 0.0
Kawan duduk UPM pun dapat DL!
TESL woi TESL 0.0
Kawan2 asasi dkt UIA pun excellent tahap umphh!




Bukan DL yang aku nak highlight tapi kesungguhan.




Hari pertama sem 2 yang membosankan!
Gaya macam dah study week bila Tutorial tak start lagi.
Hari Isnin kuliah hanya pada waktu malam.

Pagi aku baca ETNIK.
Bosan owh ETNIK.
Tak habis fikir aku untuk habiskan ETNIK waktu study week nanti.
Better prepare daripada sekarang.
Itu baru ETNIK belum TITAS belum MAKROEKONOMI

3 subject membaca.
2 subject mengira.
2 subject bahasa.

Sepatutnya sem 2 lebih baik daripada sem 1
Memandangkan subject bahasa semakin berkurang.

Tapi hanya dengan izinNya :)




Tujuan update blog taknak hanya sekadar buang masa di atas katil.



Sekian.




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday, 14 February 2014

Belajar dan Result.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.

"Ya Allah, moga-moga aku menjadi insan yang mencintai ilmu milikMu bukan sekadar cemerlang dalam peperiksaan."



Susah nak terima kenyataan bila result kita teruk.
Kita dah usaha tapi Allah bagi sedikit sahaja.
Eh, memang tak usaha pun sebenarnya -.-
Cuma kehendakNya meletakkan aku di USIM yang memang banyak belajar subject bahasa
Subject yang paling aku anti dan aku lemah.


Ada kesedihan dalam kegembiraan.
Again.
Sedih sebab memang tak perform mana.
Gembira sebab memang aim aku tercapai!
Aku memang dah jangka subject bahasa itu pemusnah pointer aku.


Kadang rasa malas nak fikir mengenai result.
Especially bila teringat sahabat-sahabat KISAS.
Kalau dekat KISAS dulu, aku ada sahabat yg serious pentingkan hubungan dngn Allah.
Allah segala-galanya.
Exam or not tahajjud lebih penting daripada study.
Dan alhamdulillah sekarang dah jadi hafizah
And at the same time she still can continue her study at UIA.


Aku syak Allah jatuhkan aku sem ini untuk ingatkan aku.
Belajarlah utk menguasai ilmu bukan utk exam.
Serious.
And setelah difikir-fikir aku taknak rajin melebih naik sem2 ni even teruk result sem1.
Aku cuma taknak buang masa.





Allah itu Maha Adil.
Kalau masa family aku hidup dalam kesusahan, seriously sngt mudah aku score exam.
Sekarang.
Hidup mewah minta dapat, Allah tarik sikit bab score exam.
Inilah dipanggil rezeki Allah.

Pejam mata rasa nak nangis.
Barangkali Allah taknak aku lalai dengan nikmat kemewahan yg Dia pinjamkan.

Thanks Allah.



Kita mulakan DL paling bawah.



"Study smart not study hard."

Sekarang aku dah tak guna sangat quotes ni.
Sebab quotes ni membuatkan aku malas baca buku.
Yang aku tahu buka soalan past year and jawab.
Memang konfem-konfem score. Serious.

Sem 1 yang sangat aku berpuas hati.
Aku berjaya hadamkan ilmu Algebra, Mikroekonomi and Philosophy.
Alhamdulillah.
Subject bahasa yang killer subject sangat tu kan,
aku yang salah sebab tak berusaha memandangkan mindset mengatakan memang aku tak mampu go on.





Taknak banyak bercakap.
Tapi nak banyak bertindak.
Ini cara Rasulullah SAW.
Tak banyak bercakap bukan sebab sombong tapi tiada keperluan bercakap.



taknak fikir mengenai result.
Baru aku rasa bagaimana perasaan sahabat aku even dapat DL.
Rasa macam tiada nilai sangat. Nilai ilmu itu lagi penting.
Cuma kalau result teruk mesti terkilan sebab banyak lagi ilmu tak kuasai.
Allahurabbi, hebat sahabat aku.



Allah selalu hantarkan sahabat2 yang hebat di sisi aku!
Thanks Allah.



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.