In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.
"Kenapa Lin makin rajin sejak masuk sem 2 ni?"
Itu soalan common sebenarnya.
Dan aku sendiri tertanya-tanya pada diri aku.
Barangkali kerana aku terfikir aku telah banyak membuang masa.
Tergolong dalam hambaNya yang rugi.
Sedangkan diciptakan aku adalah untuk menghambakan diri kepada Dia.
Aku mengkhianati janjiku sendiri untuk hidup di muka bumi ini.
Dunia ini terlalu indah.
Dunia ini penuh fantasi.
"Umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam, jangan buang masa, siapa kata kita tidak boleh, kita ada Allah Maha Kuasa, kita punya kuasa tenaga, doa sebagai senjata."
Anda semua perlu bayangkan setiap pagi aku dengar lagu ni!
Alarm clock kawan bilik aku mampu menitiskan air mata aku saat barang atas katil.
Flash back zaman kanak-kanak aku sampai sekarang.
Lama sudah aku hidup dekat dunia ni.
Makin hari makin dekat waktu untuk berbilik bawah tanah.
Bawah tanah tu gelap kan?
Aku khuatir tiada apa-apa yang aku tinggalkan di muka bumi ini
yang mampu memberi aku kesenangan di akhirat sana.
Aku lihat al-Quran.
Bersihkah hati aku untuk menyimpan ayat teragung Allah SWT itu?
Aku cemburu melihat mereka yang bercinta dengan Allah.
Dunia ini terlalu sesak untuk difikirkan.