Friday, 2 March 2012

Target Sijil Paling Mudah

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

lagi 20 hari akan bergerak ke klang~
untuk ambil slip peperiksaan
SIJIL PALING MUDAH!

cuak tak cuak,
kene tempuh juga~
melainkan Allah berkehendak sesuatu yang lain.

memandangkan lima hari deactive facebook~
agak ketinggalan serba sedikit info terbaru.
tapi, best jugak~
tak ada cuak dari dulu (.")


mempersembahkan~
standard pemarkahan SPM tahun 2011 (.")
tak nampak?
besarkan~
tapi, istighfar dulu.
bimbang mata anda terbeliak besar pulak.

tinggi kan graf pemarkahan ini?
dalam hati bertanya,
"budak kelahiran 94 memang pandai2 kah?"
ada pula kata yang terlintas~
"mungkin juga sebab soalan banyak bocor."

saya cakap sama awak,
saya takut tengok graf itu~
susah nak dapat A+!
rezeki masing2 lah kan yang dapat soalan bocor
dan jawab dengan perfect!
Alhamdulillah~

BM A+ 90 dan A- 70?
boleh nak dapatkan A tapi mungkin bukan A+.

BI A+ 83 dan A- 68?
jawapan yang sama seperti BM.

MATH A+ 86 dan A- 65?
ikut kata hati ada peluang dapat A+
tapi tak berani jamin~
kerana ada sesuatu yang berlaku pada kertas math yang menjadi isu di sekolah.

ADDMATH A+ 78 dan A- 52?
nak dapat A+ tak mustahil~
tapi, mungkin ada kelalaian pengiraan
memandangkan masa menjawab memang cukup2.
tak sempat double-cek.

BIO A+ 87 dan A- 63?
subject killer!
tapi~
nak dapatkan 63 untuk A- tak mustahil kan?

KIMIA A+ 88 dan A- 69?
ini memang graf yang tinggi!
mampukah?
enam puluh sembilan?
dengan izin-Nya.

FIZIK A+ 87 dan A- 65?
nak capai 87 macam mustahil.
tapi,
nak daapatkan 65 tidak mustahil~

SEJARAH A+ 91 dan A- 78?
agak-agaklah graf ni~
macam terlalu tinggi!
tak apalah,
rezeki kepada yang baca soalan spot internet kan?

baru lapan subject~
lagi tiga subject tak tahu apa khabar.
PSI, PQS dan BAT?
jujur sahaja~
dalam banyak2 subject,
saya memang lemah bahagian subject2 agama.
kenapa agaknya?
sebab Allah nak suruh saya berterusan belajar agama (.")

doakan kejayaan kami,
umat Islam penyambung rantai tarbiyah Islamiah (.")


notakaki:
saya tak suka sistem peperiksaan.
kerana sistem ini membuatkan segelintir manusia leka belajar sahaja.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Thursday, 1 March 2012

Langkah Kanan: Rumah Terbalik Fm Giveaway

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

Alhamdulillah~
setelah memenangi GA Wordsearch,
Allah titipkan rezeki kepada guard kelas pertama ini~

terima kasih akak ecahwinkyasha sebab inform saya.
jujur saja hari ini agak tiada masa untuk update blog~
merancang untuk online area jam 2 petang,
tapi Allah dah rancang sesuatu yang lebih baik kan?


berbekalkan entry~
yang ditulis menggunakan jejari runcing
untuk menyertai giveaway ini~
saya telah dipilih oleh Allah melalui deria hati penganjur~
menjadi pemenang bertuah.
Alhamdulillah~


notakaki:
kesungguhan itu kunci kejayaan!
Allah menilai usaha seseorang hamba-Nya.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Wednesday, 29 February 2012

Awak Kerajaan, Saya Pembangkang

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

tuan punya jejari runcing ini~
tak pernah masuk debat.
tetapi,
terlalu kerap melihat debat
memandangkan ex-sekolah selalu jadi tuan rumah.

lebih real lagi,
apabila memiliki kawan baik seorang pendebat!
huh, memang kalah dan makan hati lah kalau sembang dengan pendebat.
sebab mereka berinfomasi dan susah mengaku kalah!

pada realitinya kini~
anda sendiri seorang pendebat sebenarnya.
anda perlu berdebat melalui "self-talk" anda~
kene pandai fikir~
yang mana baik dan yang mana buruk.

cuba anda bayangkan,
nafsu makan anda kata dia lapar!
sedangkan anda tiada duit~
tiba2 datang seseorang kepada anda~

"saya boleh bantu awak tapi awak kene bantu saya"
"awak nak suruh saya tolong apa?"
"awak tolong jadi follower saya dalam blog sahaja."
"mudah saja, terima sajalah."

awak dengan tak sabarnya pergi kafe siber
menggunakan duit extra yang diberikan orang baik hati itu.
cepat punya pasal, anda terus klik button follow!
anda lupa untuk siasat dan baca entry blog dia!
apa di sebalik niatnya menambah bilangan follower~
entah baik, entah tidak.

cuba anda bayangkan~
kalau anda bijak sikit,
anda akan minta waktu untuk fikirkan~
sabar itu kan separuh daripada iman?
anda usha entry2 blog budak baik hati itu.
anda tengok jenis blog dia~
memenuhi ciri-ciri seorang muslim atau tidak.
kalau anda rasa macam ada yang tak kene,
anda cakap baik2 dengan dia.

"tak apalah awak, saya boleh hidup kalau tak makan sehari."

tengok?
iman awak mempertahankan awak.

"apa salahnya puasa sekali-sekala. banyak kelebihan juga!"

( hak milik senyom design studio )

kalau awak budak yang rela kelaparan dengan sia2~
anda akan tolak tawaran orang baik hati itu,
sebab anda malas nak pergi kafe siber!
anda pun buat tak layan sahaja dengan perut anda.

"kalau ada rezeki, adalah tu."

jangan jadi orang malas berperang dengan nafsu,
takut menyesal di kemudian hari~
jangan sia-siakan nikmat iman dan Islam yang diberikan Allah.
pertimbangkanlah dengan akal yang dihadiahkan
Yang Maha Mengasihimu!

notakaki:
syaitan tidak pernah putus asa bolak-balikkan hati kita.
jadi,
kita kene jadi pembangkang dengan berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.