Friday, 2 March 2012

Rahsia Tarikh Lahir Membuka Mata Hati

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

blogwalking dekat geng2 segmen MD Group 4
terjumpa something yang menarik perhatian saya 
milik tuan punya blog Ariffin Mutalib

ini hasil kajian tarikh lahir saya



saya bukan nak galakkan anda percaya benda ini~
cuma,
kadang2 bila kita baca sesuatu tantang kajian diri sendiri,
kita akan sedikit terasa~
dan baru kita sedar,

"eh yelah, aku memang suka marah orang."

"aku ada skill bercakap? ada lah!"

bila kita dah refleks diri sendiri~
rasa macam lebih yakin dengan keterampilan,
yang negatif kita jadikan supaya bercas positif sedikit.
yang positif kita gunakan untuk buat kebaikan.

Allah jadikan manusia pelbagai kerenah,
supaya saling melengkapi (.")

notakaki:
untuk buat kajian diri anda 
klik
ehem~
yang dah ada partner mesti terdetik nak taip tarikh lahir pasangan kan?

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Target Sijil Paling Mudah

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

lagi 20 hari akan bergerak ke klang~
untuk ambil slip peperiksaan
SIJIL PALING MUDAH!

cuak tak cuak,
kene tempuh juga~
melainkan Allah berkehendak sesuatu yang lain.

memandangkan lima hari deactive facebook~
agak ketinggalan serba sedikit info terbaru.
tapi, best jugak~
tak ada cuak dari dulu (.")


mempersembahkan~
standard pemarkahan SPM tahun 2011 (.")
tak nampak?
besarkan~
tapi, istighfar dulu.
bimbang mata anda terbeliak besar pulak.

tinggi kan graf pemarkahan ini?
dalam hati bertanya,
"budak kelahiran 94 memang pandai2 kah?"
ada pula kata yang terlintas~
"mungkin juga sebab soalan banyak bocor."

saya cakap sama awak,
saya takut tengok graf itu~
susah nak dapat A+!
rezeki masing2 lah kan yang dapat soalan bocor
dan jawab dengan perfect!
Alhamdulillah~

BM A+ 90 dan A- 70?
boleh nak dapatkan A tapi mungkin bukan A+.

BI A+ 83 dan A- 68?
jawapan yang sama seperti BM.

MATH A+ 86 dan A- 65?
ikut kata hati ada peluang dapat A+
tapi tak berani jamin~
kerana ada sesuatu yang berlaku pada kertas math yang menjadi isu di sekolah.

ADDMATH A+ 78 dan A- 52?
nak dapat A+ tak mustahil~
tapi, mungkin ada kelalaian pengiraan
memandangkan masa menjawab memang cukup2.
tak sempat double-cek.

BIO A+ 87 dan A- 63?
subject killer!
tapi~
nak dapatkan 63 untuk A- tak mustahil kan?

KIMIA A+ 88 dan A- 69?
ini memang graf yang tinggi!
mampukah?
enam puluh sembilan?
dengan izin-Nya.

FIZIK A+ 87 dan A- 65?
nak capai 87 macam mustahil.
tapi,
nak daapatkan 65 tidak mustahil~

SEJARAH A+ 91 dan A- 78?
agak-agaklah graf ni~
macam terlalu tinggi!
tak apalah,
rezeki kepada yang baca soalan spot internet kan?

baru lapan subject~
lagi tiga subject tak tahu apa khabar.
PSI, PQS dan BAT?
jujur sahaja~
dalam banyak2 subject,
saya memang lemah bahagian subject2 agama.
kenapa agaknya?
sebab Allah nak suruh saya berterusan belajar agama (.")

doakan kejayaan kami,
umat Islam penyambung rantai tarbiyah Islamiah (.")


notakaki:
saya tak suka sistem peperiksaan.
kerana sistem ini membuatkan segelintir manusia leka belajar sahaja.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Thursday, 1 March 2012

Langkah Kanan: Rumah Terbalik Fm Giveaway

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

Alhamdulillah~
setelah memenangi GA Wordsearch,
Allah titipkan rezeki kepada guard kelas pertama ini~

terima kasih akak ecahwinkyasha sebab inform saya.
jujur saja hari ini agak tiada masa untuk update blog~
merancang untuk online area jam 2 petang,
tapi Allah dah rancang sesuatu yang lebih baik kan?


berbekalkan entry~
yang ditulis menggunakan jejari runcing
untuk menyertai giveaway ini~
saya telah dipilih oleh Allah melalui deria hati penganjur~
menjadi pemenang bertuah.
Alhamdulillah~


notakaki:
kesungguhan itu kunci kejayaan!
Allah menilai usaha seseorang hamba-Nya.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.