Friday, 2 March 2012

Facebook: Golongan yang Sukar untuk Diapprove

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful

Muka buku. muka buku. muka buku.
kalau muka buku dihapuskan~
memang sudah terang lagi bersuluh~
ramai yang akan sign up twitter!
sepenting manakah laman sosial pada anda?

berbalik pada tajuk entry~
terlintass untuk berkongsikan pandangan saya,
tentang golongan yang sukar untuk saya approve apabila di-add.

golongan yang menjaga ikhtilat atau pergaulan.
agak sukar untuk diterima sebagai friends di facebook~
kerana dengan meng-add saya,
bermaksud saya membuka ruang untuk anda melihat hal peribadi saya.
tak perlu rasanya add orang yang sosial macam saya.
tak meningkat pun iman anda?
kalau berkurang, saya juga yang bersalah.

golongan sepupu lelaki yang alim-alim.
golongan ini memang nak elakkan.
bayangkan kalau ada gathering family,
sepupu kita tahu siapa kita sebenarnya~
diam dalam keluarga
tetapi ceria dengan kawan2.
oh, no~ sangat berhati-hati!

golongan yang letak gambar couple sebagai DP.
how to say erk?
kalau bahasa budak sempoi~
taknak ganggu status hubungan orang lain.
kalau bahasa budak straight to the point~
tak suka dengan status tanpa ikatan suci.

golongan yang suka cari kesalahan orang lain.
nanti tak pasal2 saya terguris dengan teguran orang jenis ini.
saya sedar,
saya bukan budak baik2.
tapi, apa salahnya anda beri ruang saya mencari kekuatan untuk bermujahadah.
lebih suka kalau kawan baik yang tegur kesalahan kita kan?
jadi, better kita jaga kawan baik kita berhati-hati,

hanya ini yang terlintas di fikiran saya,
kalau anda rasa anda golongan di atas,
jangan add saya!
bajet hot saja~
bukan begitu,
saya cuma nak ingatkan anda untuk jaga iman anda baik2.
saya bukan kawan yang baik kepada segelintir golongan.


muslimah boleh bertukar perangai mengikut situasi,
kerana Allah telah campakkan perasaan malu yang tebal dalam diri mereka.

notakaki:
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah.
kalau anda rasa sesuatu yang anda buat akan meningkatkan iman anda,
teruskanlah niat anda~

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Langah Kanan: 1st Giveaway Cik Tempe

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~


entry yang dah familiar sudah kan?
tapi,
saya kene rajinkan buat senaman jejari~
untuk tulis entry ini.
kenapa?
peraturan yang saya tetapkan kalau join contest!
ahah?
kerana entry ini akan jadi kenangan satu masa nanti (.")

setelah berjaya di giveaway
saya berjaya dalam giveaway anjuran cik tempe pula.
alhamdulillah~

giveaway ini bukan guna pertolongan random org.
tapi,
berdasarkan entry yang dinilai sendiri oleh akal manusia (:
jadi,
saya punya entry bukan yang terbaik tetapi ada baiknya (.")

terima kasih cik tempe dan semua yang terlibat (.")

notakaki:
Allah bagi sesuatu rezeki kepada yang memerlukan.
ada yang kutuk header blog ini yek?
maaf, tak mampu nak puaskan hati semua pihak.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Rahsia Tarikh Lahir Membuka Mata Hati

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

blogwalking dekat geng2 segmen MD Group 4
terjumpa something yang menarik perhatian saya 
milik tuan punya blog Ariffin Mutalib

ini hasil kajian tarikh lahir saya



saya bukan nak galakkan anda percaya benda ini~
cuma,
kadang2 bila kita baca sesuatu tantang kajian diri sendiri,
kita akan sedikit terasa~
dan baru kita sedar,

"eh yelah, aku memang suka marah orang."

"aku ada skill bercakap? ada lah!"

bila kita dah refleks diri sendiri~
rasa macam lebih yakin dengan keterampilan,
yang negatif kita jadikan supaya bercas positif sedikit.
yang positif kita gunakan untuk buat kebaikan.

Allah jadikan manusia pelbagai kerenah,
supaya saling melengkapi (.")

notakaki:
untuk buat kajian diri anda 
klik
ehem~
yang dah ada partner mesti terdetik nak taip tarikh lahir pasangan kan?

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.