Tuesday, 3 April 2012

Calon (?)

In the name of Allah
the most Gracious 
and the most Merciful~

okay (!)
bulan empat ni aku nak sharing2
tentang realiti kehidupan aku sendiri (!)
aku taknak umpatan dari anda semua.
jujur umpatan dan makian memang menyakitkan (!)

sebelum teruskan pembacaan
aku cuma nak buat sedikit request
hopefully~
anda semua pandang aku sebagai seorang yang sedang mencari jalan hidup baru.
why (?)
sebab aku ini memang tak baik atau solehah~
cuma aku sedang berusaha ke arah itu (!)


best buddy aku pernah cakap
dia meluat tengok budak2 belasan tahun cakap tentang kahwin (!)
yeah,
bila dia luahkan kemarahan yang membara
baru aku sedar 
"aku suka cakap pasal kahwin"
sejak bila (?)
sejak istilah couple tiada dalam minda aku (!)
kalau dulu orang story morry tentang couple ni~
"awww! sweetnye korang !"
pergh (~)
tapi sekarang aku dah tak nampak betapa manisnya couple itu (!)
kecuali~
anda couple atas pengetahuan keluarga (!)
yeah, itu aku memang doakan kebahagiaan~
moga sampai ke gerbang perkahwinan.

"laki ni kalau cakap sayang sekarang baik tak payah lah (!) baru umur 18. bukan tahu apa2 dengan erti sayang tu (!) kalau umur 23 baru boleh pakai (!)"

okay,
pesanan ini sangat terkesan di hati aku~
sampaikan kalau orang yang aku minat buat hal
aku akan cakap dalam hati
"ada aku kisah?"
tapi~
kalau sekarang umur aku 23
jujur sahaja aku akan straight to the point
"eh, rasanya awak dah salah langkah (!)"

faham apa aku nak sampaikan?
aku taknak pasangan yang berjanji untuk hidup semati sekarang (!)
aku nak yang berjanji sehidup semati bila umur dah capai 23.
( bila dah matang soal tanggungjawab (!) )

 .calon.calon.calon.
memang tak ada lagi (!)

"nanti masuk universiti kak lin carilah calon suami"

ini pesanan ringkas dari beloved parents.
dan 
sekarang aku tak masuk universiti lagi.
so, say "tata" to calon suami (!)

eheh~

"I am not looking for a good one but I am looking for someone that can change me to be a good one"

pengakuan terbuka aku nak buat~
aku memang tak suka budak hot (!)
sebab budak hot ini banyak bercerita.
pantang jumpa kawan~
terus mengadu domba.
kalau share dengan best buddy saja aku tak kisah (!)
tapi nak jaja sana sini (!)


dengar sini rakyat Malaysia (!)
kau banyak fikir tentang couple dan kahwin.
ada kau fikir
rakyat bumi berdarah fikir pasal syahid (!)

notakaki:
kalau anda nak request saya sharing apa2 silakan sajalah~
dengan izin-Nya saya akan cuba penuhi
selagi tidak bertentangan dgn syariat (!)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sunday, 1 April 2012

Syahid Datang Memanggil ( ! )

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

umi,
bukan kakak idamkan untuk syahid di jalan-Nya.
bagi kakak cukuplah berbakti membantu orang di sekeliling.
sebab kakak tahu yang iman kakak bukanlah kuat umi.
kakak tahu kakak ini penakut (!)

umi,
tapi itu dulu~
tapi sejak dua menjak ini~
perkataan syahid bagaikan menghantui kakak.
kakak sendiri tidak tahu kenapa.
bila kakak bangun tidur umi~
kakak nampak bumi Islam lain yang ditumpahi darah,
bila kakak solat umi~
kakak bayangkan pistol diacukan di kepala kakak.
bila kakak makan umi~
kakak bayangkan anak-anak kecil yang berebut-rebut sebuku roti.
bila kakak mandi umi~
kakak terfikir mereka yang sedang bermandikan darah.
bila kakak nak lelapkan mata umi~
kakak doa ada hari esok untuk kakak syahid di jalan-Nya.

umi,
bila kita bincangkan masa depan~
kakak nampak kakak dapat keputusan yang cemerlang dalam medik!
kakak nampak lagi kakak menjejakkan kaki ke bumi berdarah!
kakak nampak kakak rawat orang di bumi berdarah itu umi!

umi,
kakak minta maaf bila bercakap dengan umi~
terlalu kerap kakak cakap tentang syahid (!)
kakak minta maaf bila umi tengok hp kakak~
umi sedih tengok wall hp kakak bertulis "syahid di jalan ALLAH!"
kakak minta maaf sebab minta izin syahid dengan umi~
di saat muda ini, umi (!)

yakinlah umi,
ALLAH ada bersama umi.
andai kakak pergi dulu~
kakak adalah insan yang paling berterima kasih pada umi (!)
sematlah keyakinan pada diri umi~
kakak adalah yang dipilih-Nya (!)

terima kasih, umi.


syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday, 30 March 2012

Revision: Kisah Nabi Adam Alai His Salam

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

selak punya selak bahagian buku ilmiah abah~
terjumpa kertas2 yang abah print
untuk buat text syarahan agama negeri Kelantan.
sebenarnya dah lama baca kisah2 nabi ni~
cuma cam baca gitu2 jelah~
manusia lemah*

pagi2 jumaat nak story morry 
pengajaran yg dapat dr kisah Nabi Adam.

"Wahai Tuhan kami! Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mangagungkan nama-Mu tanpa berhenti-hentinya, sedang makhluk yg akan Tuhan ciptakan dan turun ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dgn yg lain, akan saling bunuh membunuh berebut menguasai kekayaan alam yg terlihat di atasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu"
-malaikat-

sebelum ciptakan Nabi Adam~
malaikat-malaikat pun dah mula khuatir dengan manusia.
tengok?
apa yang disebutkan malaikat-malaikat terjadi tak dekat bumi sehingga tahun 2012 ini?
muhasabah*
tapi~
Allah berfirman utk menghilangkan kekhuatiran para malaikat.

"Aku mengetahui apa yg tidak kamu ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmah penguasaan Bani Adam dan bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sejud ibadah, kerana Allah melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya."
subhanallah~
betapa Allah memuliakan kita sebagai manusia!
cuma kita sahaja yang tidak pandai menghargai erti penghormatan yang diberikan itu!
nauzubillah~

macam semua sedia maklum~
iblis laknatullah ingkar dengan perintah Allah utk sujud penghormatan kpd Nabi Adam AS!
kerana kesombongan akur dengan perintah Allah jugalah~
iblis laknatullah dikeluarkan dr barisan malaikat
disertai dengan kutukan dan laknat yg akan melekat pd dirinya hingga kiamat!

bila iblis laknatullah dilaknat Allah~
masih lagi buat permintaan utk diberi kesempatan hidup kekal hingga kiamat.
Allah Yang Maha Pengasih meluluskannya!
dan~
iblis laknatullah ni lansung tak berterima kasih dan bersyukur!
bahkan~
mengancam akan menyesatkan anak2 Adam!

"Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hambaKu yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayumu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan menfitnahnya."
Allah sentiasa memberi peluang kepada makhluk-Nya kan?
kita dah banyak meminta dengan Allah~
tapi adakah kita telah termakan bisikan syaitan~
utk lupa berterima kasih dan bersyukur kepada-Nya?
nauzubillah~

setelah diciptakan Nabi Adam,
Allah ajarkan nama-nama benda yang berada di alam semesta.
untuk apa?
untuk hilangkan anggapan rendah malaikat terhadap Nabi Adam.

"Bukankah Aku telah katakan padamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yg kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan."
Setelah Nabi Adam ditempatkan di syurga~
Allah ciptakan pula Hawa dr tulang rusuk kirinya.

Malaikat: Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu?
Adam: Seorang perempuan
Malaikat: Siapa namanya?
Adam: Hawa
Malaikat: Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?
Adam: Untuk mendampingiku, memberi kebahagian bagiku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah.

 Ya Allah~
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala sesuatu.

di sebalik kebahagian Nabi Adam dan Hawa di syurga~
syaitan laknatullah tetap berpegang pada janjinya pada Allah dulu!
digoda Nabi Adam dan Hawa dengan pelbagai cara.
kata iblis laknatullah ia adalah kawan mereka dan ingin memberi nasihat dan petunjuk utk kebaikan.
dan~
untuk mengekalkan kebahagiaan mereka.
lalu~
dikatakan jika memakan buah khaldun~
Nabi Adam dan Hawa akan menjelma menjadi malaikat dan kekal selamanya.

dan akhirnya!
misi iblis laknatullah berjaya~
dan Allah tidak pernah mungkir dengan janji-Nya.
lalu dicampak Nabi Adam dan Hawa ke dunia!

tapi~
Nabi Adam memohon taubat daripada-Nya.
Bukankah Allah Maha Menerima taubat?
setelah Allah terima taubat Nabi Adam dan Hawa~
Allah hilangkan pula rasa sedih akibat kelalaian itu.
Manusia yang Allah ciptakan tak lari dari sifat lalai.

selepas kejadian itu~
Nabi Adam dan Hawa berhati-hati dengan bisikan iblis.
tapi kita?
selalu lupa kan?

susah nak kesan mana bisikan syaitan~
tapi sebenarnya,
kalau hati kita tak senang itulah yang dikatakan dosa.
sebab apa yang kita buat tu lari dari fitrah manusia yang sukakan kebaikan.

( hak milik senyom design studio )
notakaki:
Allah Maha Mengetahui

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.