Wednesday, 4 April 2012

Kebuntuan Melanda (!)

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

subhanallah. astaghfillah. 
kene banyakkan beristighfar dah aku sekarang ni (!)

tak sangka bila fikir soal masa depan~
boleh menyebabkan orang frust dengan kita dalam memberi pandangan.
yeah, hanya ibu ayah sabar layan kerenah anak2 :'(

asasi sains perubatan (?)
yeah, itu matlamat aku (!)
cuma best buddy aku tiba2 ingatkan aku pasti akan ada lambakan doktor.
sebenarnya, aku memang dah tahu semua tu~
cuma yeah~
aku ada matlamat lain sebenarnya.

untuk belajar ilmu medik bukanlah sesuatu yang mudah~
untuk memulakan pekerjaan doktor adalah sesuatu yang perit (!)
tetapi bukankah setiap kesusahan akan disusuli dengan kesenangan?


Allah tahu yang terbaik buat aku,
andai Allah tetapkan ujian yang berliku untuk ke arah itu.
sesungguhnya Allah tahu aku mampu menghadapinya (!)

wink.wink.wink.
tak tahu kenapa selalu terasa hati dngn orang akhir2 nie.
okay, mungkin perasaan sensitif dulu datang kembali (!)
dah main jauh2 sensitif!

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Tuesday, 3 April 2012

Calon (?)

In the name of Allah
the most Gracious 
and the most Merciful~

okay (!)
bulan empat ni aku nak sharing2
tentang realiti kehidupan aku sendiri (!)
aku taknak umpatan dari anda semua.
jujur umpatan dan makian memang menyakitkan (!)

sebelum teruskan pembacaan
aku cuma nak buat sedikit request
hopefully~
anda semua pandang aku sebagai seorang yang sedang mencari jalan hidup baru.
why (?)
sebab aku ini memang tak baik atau solehah~
cuma aku sedang berusaha ke arah itu (!)


best buddy aku pernah cakap
dia meluat tengok budak2 belasan tahun cakap tentang kahwin (!)
yeah,
bila dia luahkan kemarahan yang membara
baru aku sedar 
"aku suka cakap pasal kahwin"
sejak bila (?)
sejak istilah couple tiada dalam minda aku (!)
kalau dulu orang story morry tentang couple ni~
"awww! sweetnye korang !"
pergh (~)
tapi sekarang aku dah tak nampak betapa manisnya couple itu (!)
kecuali~
anda couple atas pengetahuan keluarga (!)
yeah, itu aku memang doakan kebahagiaan~
moga sampai ke gerbang perkahwinan.

"laki ni kalau cakap sayang sekarang baik tak payah lah (!) baru umur 18. bukan tahu apa2 dengan erti sayang tu (!) kalau umur 23 baru boleh pakai (!)"

okay,
pesanan ini sangat terkesan di hati aku~
sampaikan kalau orang yang aku minat buat hal
aku akan cakap dalam hati
"ada aku kisah?"
tapi~
kalau sekarang umur aku 23
jujur sahaja aku akan straight to the point
"eh, rasanya awak dah salah langkah (!)"

faham apa aku nak sampaikan?
aku taknak pasangan yang berjanji untuk hidup semati sekarang (!)
aku nak yang berjanji sehidup semati bila umur dah capai 23.
( bila dah matang soal tanggungjawab (!) )

 .calon.calon.calon.
memang tak ada lagi (!)

"nanti masuk universiti kak lin carilah calon suami"

ini pesanan ringkas dari beloved parents.
dan 
sekarang aku tak masuk universiti lagi.
so, say "tata" to calon suami (!)

eheh~

"I am not looking for a good one but I am looking for someone that can change me to be a good one"

pengakuan terbuka aku nak buat~
aku memang tak suka budak hot (!)
sebab budak hot ini banyak bercerita.
pantang jumpa kawan~
terus mengadu domba.
kalau share dengan best buddy saja aku tak kisah (!)
tapi nak jaja sana sini (!)


dengar sini rakyat Malaysia (!)
kau banyak fikir tentang couple dan kahwin.
ada kau fikir
rakyat bumi berdarah fikir pasal syahid (!)

notakaki:
kalau anda nak request saya sharing apa2 silakan sajalah~
dengan izin-Nya saya akan cuba penuhi
selagi tidak bertentangan dgn syariat (!)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sunday, 1 April 2012

Syahid Datang Memanggil ( ! )

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

umi,
bukan kakak idamkan untuk syahid di jalan-Nya.
bagi kakak cukuplah berbakti membantu orang di sekeliling.
sebab kakak tahu yang iman kakak bukanlah kuat umi.
kakak tahu kakak ini penakut (!)

umi,
tapi itu dulu~
tapi sejak dua menjak ini~
perkataan syahid bagaikan menghantui kakak.
kakak sendiri tidak tahu kenapa.
bila kakak bangun tidur umi~
kakak nampak bumi Islam lain yang ditumpahi darah,
bila kakak solat umi~
kakak bayangkan pistol diacukan di kepala kakak.
bila kakak makan umi~
kakak bayangkan anak-anak kecil yang berebut-rebut sebuku roti.
bila kakak mandi umi~
kakak terfikir mereka yang sedang bermandikan darah.
bila kakak nak lelapkan mata umi~
kakak doa ada hari esok untuk kakak syahid di jalan-Nya.

umi,
bila kita bincangkan masa depan~
kakak nampak kakak dapat keputusan yang cemerlang dalam medik!
kakak nampak lagi kakak menjejakkan kaki ke bumi berdarah!
kakak nampak kakak rawat orang di bumi berdarah itu umi!

umi,
kakak minta maaf bila bercakap dengan umi~
terlalu kerap kakak cakap tentang syahid (!)
kakak minta maaf bila umi tengok hp kakak~
umi sedih tengok wall hp kakak bertulis "syahid di jalan ALLAH!"
kakak minta maaf sebab minta izin syahid dengan umi~
di saat muda ini, umi (!)

yakinlah umi,
ALLAH ada bersama umi.
andai kakak pergi dulu~
kakak adalah insan yang paling berterima kasih pada umi (!)
sematlah keyakinan pada diri umi~
kakak adalah yang dipilih-Nya (!)

terima kasih, umi.


syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.