Wednesday, 4 April 2012

Tudung Labuh (?)

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

"Umi, Kak Lin nak pakai tudung labuh nanti masuk universiti."

"Senang sikit nak pergi kuliah nanti."

"Kalau pakai tudung labuh nampak sopan sikit, umi."

"Susah lah pakai tudung yang kene pin-pin tu. Kalau setiap hari kene betulkan tudung mood pun jadi teruk."

"Taknak lah pakai tudung indon labuh, nampak cam orang berumur pulak nanti."

Even aku berasal dari sekolah agama~
jujur sahaja aku memang tak kenakan tudung labuh (!)
yeah, even muslimin-muslimin sekolah aku~
sering sahaja kata mereka idamkan wanita bertudung labuh.
ada aku kisah (?)

bagi aku cukuplah tutup dada~
dan tak jarang (!)

habis kenapa tiba-tiba nak pakai tudung labuh dekat universiti (?)

pada awalnya niat memang nak senang sarungkan pagi2~
taknak spoilkan mood belajar gara2 tudung (:
tapi~
setelah survey2 dengan kawan2 yang pakai tudung labuh,
macam2 pulak alasan kukuh yang mereka bagi.
mereka ni awesome lah (!)

"aku ni kalau belajar memang ganas! tangan tak duduk diam! silap2 kalau pakai tudung cukup2 tutup dada terselak pulak!"

"aku ni tak pandai lah nak berfesyen. memang lah tudung labuh itu simple tapi nampak manis kan?"

dengan izin-Nya
mahu berkongsi petikan emel yang aku dapat daripada sahabat
yang mengenakan tudung labuh di PLKN (!)
sungguh~
saya sangat tabik hormat dengan dia (!)

"Seterusnya, penampilan waktu petang atau malam (wktu riadah dan roll
call). Kenapa tak nampak pun orang pakai tudung labuh?  Takkan lah
saya sesorang pakai tudung labuh? So, saya pun pakai tudung bidang
je...labuhlah gak kan walaupun bukan tudung bulat cam kat kisas tuh.
Alhamdulillah...waktu roll call ternampak sorang ni, nama dia Amalina (bukan nama sebenar). budak Penang, Sekolah Al-Irsyad, muka dya sebijik cam kak
Jannah! hehe. Dya pakai tudung labuh warna hitam. Saya sangat kagum
dan dengan kekaguman tersebut, esoknya, saya bertekad untuk pakai
tudung labuh gak cam dya. Berterusan sampai akhir kem (kecuali certain
masa, saya pakai tudung bidang sebab tudung saya basah, yela, kat sini
selalu hujan). ada satu masa tu, sorang chinese ni tanya saya, kenapa
'you' pakai tudung besar ni? x panas ke? pastu saya pun jawab yang
saya dah biasa pakai dan tak panas pun sbnrnya. lagi sejuk sbb angin
masuk. chinese tu ketawa dan cakap  dia suka tengok orang pakai tudung
labuh ni sebab cantik, macam pengantin.(kan pengantin selau pakai
'veil' yg labuh tu kt kepala) saya pun gelak je la. memang mcm lawak,
tapi kita boleh tengok kt sini, non-islam pon sejuk mata tengok kita
tutup aurat."


wink.wink.wink.
dah sampai seru agaknya untuk berpenampilan muslimah
tapi jujur sahaja~
aku nak pakai tudung labuh untuk rohani dulu.
apa guna luaran cantik tetapi dalaman kotor (?)
berkemungkinan akan mencemarkan nama Islam pula.

notakaki:
orang kata kalau nak mulakan pakai tudung ada stepnya (:
anda boleh google yeah (!)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Kebuntuan Melanda (!)

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

subhanallah. astaghfillah. 
kene banyakkan beristighfar dah aku sekarang ni (!)

tak sangka bila fikir soal masa depan~
boleh menyebabkan orang frust dengan kita dalam memberi pandangan.
yeah, hanya ibu ayah sabar layan kerenah anak2 :'(

asasi sains perubatan (?)
yeah, itu matlamat aku (!)
cuma best buddy aku tiba2 ingatkan aku pasti akan ada lambakan doktor.
sebenarnya, aku memang dah tahu semua tu~
cuma yeah~
aku ada matlamat lain sebenarnya.

untuk belajar ilmu medik bukanlah sesuatu yang mudah~
untuk memulakan pekerjaan doktor adalah sesuatu yang perit (!)
tetapi bukankah setiap kesusahan akan disusuli dengan kesenangan?


Allah tahu yang terbaik buat aku,
andai Allah tetapkan ujian yang berliku untuk ke arah itu.
sesungguhnya Allah tahu aku mampu menghadapinya (!)

wink.wink.wink.
tak tahu kenapa selalu terasa hati dngn orang akhir2 nie.
okay, mungkin perasaan sensitif dulu datang kembali (!)
dah main jauh2 sensitif!

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Tuesday, 3 April 2012

Calon (?)

In the name of Allah
the most Gracious 
and the most Merciful~

okay (!)
bulan empat ni aku nak sharing2
tentang realiti kehidupan aku sendiri (!)
aku taknak umpatan dari anda semua.
jujur umpatan dan makian memang menyakitkan (!)

sebelum teruskan pembacaan
aku cuma nak buat sedikit request
hopefully~
anda semua pandang aku sebagai seorang yang sedang mencari jalan hidup baru.
why (?)
sebab aku ini memang tak baik atau solehah~
cuma aku sedang berusaha ke arah itu (!)


best buddy aku pernah cakap
dia meluat tengok budak2 belasan tahun cakap tentang kahwin (!)
yeah,
bila dia luahkan kemarahan yang membara
baru aku sedar 
"aku suka cakap pasal kahwin"
sejak bila (?)
sejak istilah couple tiada dalam minda aku (!)
kalau dulu orang story morry tentang couple ni~
"awww! sweetnye korang !"
pergh (~)
tapi sekarang aku dah tak nampak betapa manisnya couple itu (!)
kecuali~
anda couple atas pengetahuan keluarga (!)
yeah, itu aku memang doakan kebahagiaan~
moga sampai ke gerbang perkahwinan.

"laki ni kalau cakap sayang sekarang baik tak payah lah (!) baru umur 18. bukan tahu apa2 dengan erti sayang tu (!) kalau umur 23 baru boleh pakai (!)"

okay,
pesanan ini sangat terkesan di hati aku~
sampaikan kalau orang yang aku minat buat hal
aku akan cakap dalam hati
"ada aku kisah?"
tapi~
kalau sekarang umur aku 23
jujur sahaja aku akan straight to the point
"eh, rasanya awak dah salah langkah (!)"

faham apa aku nak sampaikan?
aku taknak pasangan yang berjanji untuk hidup semati sekarang (!)
aku nak yang berjanji sehidup semati bila umur dah capai 23.
( bila dah matang soal tanggungjawab (!) )

 .calon.calon.calon.
memang tak ada lagi (!)

"nanti masuk universiti kak lin carilah calon suami"

ini pesanan ringkas dari beloved parents.
dan 
sekarang aku tak masuk universiti lagi.
so, say "tata" to calon suami (!)

eheh~

"I am not looking for a good one but I am looking for someone that can change me to be a good one"

pengakuan terbuka aku nak buat~
aku memang tak suka budak hot (!)
sebab budak hot ini banyak bercerita.
pantang jumpa kawan~
terus mengadu domba.
kalau share dengan best buddy saja aku tak kisah (!)
tapi nak jaja sana sini (!)


dengar sini rakyat Malaysia (!)
kau banyak fikir tentang couple dan kahwin.
ada kau fikir
rakyat bumi berdarah fikir pasal syahid (!)

notakaki:
kalau anda nak request saya sharing apa2 silakan sajalah~
dengan izin-Nya saya akan cuba penuhi
selagi tidak bertentangan dgn syariat (!)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.