Friday, 6 April 2012

7 Juzuk is Better than 11 A

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

tak pernah aku sangka~
semut di seberang sungai aku nampak,
tapi gajah di depan mata aku tak nampak (!)
(ini memang peribahasa tak bertamadun)

"naufal, nanti dekat akhirat naufal tariklah kak lin ke syurga juga yerk!"

ini saja ungkapan yg aku terlafaz petang tadi~
waktu melawat adik aku di SMU(A) al-Kauthar (!)
air mata memang dah bertakung pun dekat kelopak mata~
cuma kene control bagi tak jatuh saja.
sebab aku tahu~
kalau aku menangis terharu mesti umi lagi akan meraung terharu (:


"naufal, dah berapa juzuk hafal?"

"baru 7."

7 juzuk dah (!)
aku?
adik dah boleh berlari 1500m tp aku baru merangkak (!)

tak pernah rasa sekagum ini dengan adik aku yg tingkatan dua ni.
rasa malu sangat dengan dia (!)
even akademik dia tak excellent kalau dibandingkan dengan aku yg dpt 5A UPSR,
aku rasa dia lebih excellent dari aku sekarang (!)

jujur~
7 juzuk itu lebih mahal nilainya daripada straight A SPM.

manakan tidak?
bekalan untuk akhirat sudah ada.
sedangkan aku?
berjaya di dunia mungkin dengan izin-Nya.
di akhirat entah bagaimana~
mereka pula kejar akhirat~
pada masa yang sama ilmu dunia tak dilepaskan.

selama ni aku lansung tak nampak kelebihan yg ada pada seorang hafiz dan hafizah.
yeah,
mungkin salah aku sebab memang tak pernah berkawan baik dngn mereka.
aku pandang mereka sama saja tarafnya.
bagi aku akademik itu sangat penting sekarang.
no wonder waktu tingkatan 1 dulu~
abah nak hantar aku sekolah MTS aku tolak!

"taknak lah abah. kak lin tak boleh lah belajar banyak ilmu agama. nnt konfem result teruk!"

alahai naufal~
waktu form one bukan main lagi kutuk sekolah tu.
tak boleh belajar bagai~
meraung sana sini nak balik sebab ustaz rotan kalau tak hafal.
kirenye macam kejutan budaya lah (!)
ngeee~
tapi sekarang bukan main extreme yek kau!


"umi, naufal rasa masuk form 2 ni nak hafal lebih sikit lah umi. tak tahu kenapa rajin sangat."

"dah malas lah pulak nak fokus dengan akademik sangat."

siapa sangka kan (?)
banyak lah kau naufal (!)
aku tengok result waktu ujian penentuan kelas kau excellent dr tahun lepas!
konon rela nak turun kelas~
sekali menaik mendadak result lagi adalah.
kesian kau tak boleh turun kelas (:

inilah yg membuka mata aku sebenarnya~
kejar akhirat, dunia menyusuri dengan izin-Nya.

kawan-kawan aku yang baik~
selalu cakap
nak cari suami seorang hafiz.
tapi aku cakap~
cukuplah seseorang yang boleh jadi imam aku.
dan mulai hari ini~
aku nak jadi macam kawan2 aku yang baik!

[24:26]

waktu semua kawan2 aku apply DQ dulu~
aku memang say selamat tinggal lah.
sebab aku yakin memang aku takkan pass temuduga.
ilmu itu cahaya dan cahaya takkan masuk dalam orang yang membuat maksiat.
aku tahu di mana level iman aku saat tu :(

"DQ tu hanya label untuk hafal al-Quran tapi sebenarnya duduk mana2 boleh hafal al-Quran."

"kalau duduk DQ bacaan terjaga lebih lah berbanding di rumah."

adakah Allah sengaja mencampakkan aku~
dalam golongan yang kental untuk melalui cabaran lebih itu?

notakaki:
waktu tidur sekarang dah tak stabil (!)
aku rasa dah jadi orang Mesir sekarang.
Jam 3 am Malaysia sama cam jam 9 pm Mesir.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Wednesday, 4 April 2012

Tudung Labuh (?)

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

"Umi, Kak Lin nak pakai tudung labuh nanti masuk universiti."

"Senang sikit nak pergi kuliah nanti."

"Kalau pakai tudung labuh nampak sopan sikit, umi."

"Susah lah pakai tudung yang kene pin-pin tu. Kalau setiap hari kene betulkan tudung mood pun jadi teruk."

"Taknak lah pakai tudung indon labuh, nampak cam orang berumur pulak nanti."

Even aku berasal dari sekolah agama~
jujur sahaja aku memang tak kenakan tudung labuh (!)
yeah, even muslimin-muslimin sekolah aku~
sering sahaja kata mereka idamkan wanita bertudung labuh.
ada aku kisah (?)

bagi aku cukuplah tutup dada~
dan tak jarang (!)

habis kenapa tiba-tiba nak pakai tudung labuh dekat universiti (?)

pada awalnya niat memang nak senang sarungkan pagi2~
taknak spoilkan mood belajar gara2 tudung (:
tapi~
setelah survey2 dengan kawan2 yang pakai tudung labuh,
macam2 pulak alasan kukuh yang mereka bagi.
mereka ni awesome lah (!)

"aku ni kalau belajar memang ganas! tangan tak duduk diam! silap2 kalau pakai tudung cukup2 tutup dada terselak pulak!"

"aku ni tak pandai lah nak berfesyen. memang lah tudung labuh itu simple tapi nampak manis kan?"

dengan izin-Nya
mahu berkongsi petikan emel yang aku dapat daripada sahabat
yang mengenakan tudung labuh di PLKN (!)
sungguh~
saya sangat tabik hormat dengan dia (!)

"Seterusnya, penampilan waktu petang atau malam (wktu riadah dan roll
call). Kenapa tak nampak pun orang pakai tudung labuh?  Takkan lah
saya sesorang pakai tudung labuh? So, saya pun pakai tudung bidang
je...labuhlah gak kan walaupun bukan tudung bulat cam kat kisas tuh.
Alhamdulillah...waktu roll call ternampak sorang ni, nama dia Amalina (bukan nama sebenar). budak Penang, Sekolah Al-Irsyad, muka dya sebijik cam kak
Jannah! hehe. Dya pakai tudung labuh warna hitam. Saya sangat kagum
dan dengan kekaguman tersebut, esoknya, saya bertekad untuk pakai
tudung labuh gak cam dya. Berterusan sampai akhir kem (kecuali certain
masa, saya pakai tudung bidang sebab tudung saya basah, yela, kat sini
selalu hujan). ada satu masa tu, sorang chinese ni tanya saya, kenapa
'you' pakai tudung besar ni? x panas ke? pastu saya pun jawab yang
saya dah biasa pakai dan tak panas pun sbnrnya. lagi sejuk sbb angin
masuk. chinese tu ketawa dan cakap  dia suka tengok orang pakai tudung
labuh ni sebab cantik, macam pengantin.(kan pengantin selau pakai
'veil' yg labuh tu kt kepala) saya pun gelak je la. memang mcm lawak,
tapi kita boleh tengok kt sini, non-islam pon sejuk mata tengok kita
tutup aurat."


wink.wink.wink.
dah sampai seru agaknya untuk berpenampilan muslimah
tapi jujur sahaja~
aku nak pakai tudung labuh untuk rohani dulu.
apa guna luaran cantik tetapi dalaman kotor (?)
berkemungkinan akan mencemarkan nama Islam pula.

notakaki:
orang kata kalau nak mulakan pakai tudung ada stepnya (:
anda boleh google yeah (!)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Kebuntuan Melanda (!)

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

subhanallah. astaghfillah. 
kene banyakkan beristighfar dah aku sekarang ni (!)

tak sangka bila fikir soal masa depan~
boleh menyebabkan orang frust dengan kita dalam memberi pandangan.
yeah, hanya ibu ayah sabar layan kerenah anak2 :'(

asasi sains perubatan (?)
yeah, itu matlamat aku (!)
cuma best buddy aku tiba2 ingatkan aku pasti akan ada lambakan doktor.
sebenarnya, aku memang dah tahu semua tu~
cuma yeah~
aku ada matlamat lain sebenarnya.

untuk belajar ilmu medik bukanlah sesuatu yang mudah~
untuk memulakan pekerjaan doktor adalah sesuatu yang perit (!)
tetapi bukankah setiap kesusahan akan disusuli dengan kesenangan?


Allah tahu yang terbaik buat aku,
andai Allah tetapkan ujian yang berliku untuk ke arah itu.
sesungguhnya Allah tahu aku mampu menghadapinya (!)

wink.wink.wink.
tak tahu kenapa selalu terasa hati dngn orang akhir2 nie.
okay, mungkin perasaan sensitif dulu datang kembali (!)
dah main jauh2 sensitif!

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.