Friday, 27 April 2012

Aku Bukan BADAR (!)

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

seram sejuk dah aku ni bila dapat tahu ramai mind set~
blog aku ni blog islamic :'(
dekat bahagian bloglist tersenarai salimi ismail sbg islamic blog.
oh, my pleasure.

guys,
aku tak layak diiktiraf sebegitu =.=
blog aku tidak berfokus kpd tazkirah spt yg lain.
blog aku cuma menceritakan pengalaman aku.
hanya pengalaman aku (!)

aku bukan seperti yang anda sangka.
anda kene faham mendapat pengiktirafan ramai ini satu tanggungjawab.
ini akan menyebabkan aktiviti aku di blog terbatas.
dan aku bertanggungjawab menjaga nama baik Islam di medan IT sekaligus.
tanggungjawab yang sangat berat sebab aku taknak hipokrit =.=
aku bimbang pengiktirafan ini akan melabelkan aku sbg pendakwah tegar.
its about amanah not popularity.

sekali lagi ditekankan aku bukan
BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN (!)
aku cuma bekas pelajar yang pernah ke bilik disiplin.
tetapi,
aku tetap ada tanggungjawab sebagai Muslim 
even aku tak hadam baik2 al-Quran mahupun hadis.


[ 3:133-135 ]

manusia ini lalai~
orang-orang yg bertakwa bukanlah orang yang tak lakukan dosa lansung.
tapi orang yang apabila dia melakukan dosa, dia teringat Allah dan kembali bertaubat.

taubat (?)
kalau anda pernah tertanya-tanya
"bila aku nak jadi baik ni?"
itu bermakna hidayah Allah menghampiri anda.
jangan nak nafikan dengan bisikan nafsu lah (!)
sampai bila nak ego dan terasa jadi jahat tu awesome dapat tarik perhatian orang (?)
last-last masuk kubur jugak lah.
takkan waktu tu baru nak terasa yang hidup kita ini waste sangat2 (!)

tuntasnya,
aku masih bertateh mendekati-Nya.
meraih cinta-Nya bukanlah semudah yang disangkakan.
bukanlah bermakna pemakaian muslimah melambangkan hati yang khusyuk kepada-Nya sepenuh masa.
tetapi,
sedikit sebanyak mengingatkan kita bahawa hidup ini kerana Allah.
its about mujahadah >.<

( hak milik senyom design studio )
notakaki:
kalau aku suka dakwah santai,
aku pasti masih ramai yang lebih cintakan dakwah santai (!)
smile (:
Allah is always with us.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Thursday, 26 April 2012

Sahkan Terima Tawaran Matrik, UPU Terjejas (?)

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

entry sebelum ini aku ada cerita tentang
persoalan kawan lama aku tentang permasalahan ini:-
"kalau tekan button terima tawaran, UPU terjejas tak (?)"
dan soalan itu membuatkan aku sentap (!)

itu pun nak sentap*

sentap tak sentap~
aku terima sahaja andai "YA" jawapannya~
bukankah setiap perkara ada baik buruknya (?)
means, ada hikmah lah (:

bersyukur sebab ada kawan-kawan yang prihatin
tanya terus ke bahagian atasan.
ada yang emel dan ada yang telefon.

jawapan bagi persoalan tadi ialah "TIDAK"
faham (?)
so, jangan cuak-cuak atau bimbang pintu rezeki anda tertutup (!)
think positive sajo (:

untuk yakinkan anda~
terimalah bukti emel ini di mana aku tak boleh letak bukti panggilan telefon kawan aku.

cop! merepek!

( emel yang dihantar)
( emel yang dibalas )
( posisi pembalas emel )
okay,
itu sahaja aku nak share >.<
yang dah tahu duduk diam2,
jangan sombong mahupun berlagak (!)

notakaki:
doakan yang terbaik buat mereka yang akan menghadapi interview zakat selangor
seterusnya
berlapang dada dengan keputusan temuduga DQ.
aku pulak yang cuak untuk orang lain.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Wednesday, 25 April 2012

Matrik~ Appreciate Please (!)

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

jam 12 tepat tak tepat~
satu chat terkeluar melonjokkan mata aku (!)
oh, my dear kak aimi <3


cek punya cek~


okay,
sambung chatting dengan kak aimi (:


nampak sangat tak pernah dengar =.=

konfem lah aku google kan
nak tahu pasal kolej ini >.<
awesome lah tempat ni (!)

then aku klik lah pengesahan kan (.")
tup.tup.tup.
kawan lama aku tanya,
kalau dah buat pengesahan tak terjejas UPU (?)
aku sentap seketika >.<
bagaimana dengan impian aku nak ke USIM bersama-sama buddy aku (?)

pasrah*

andai 'YA' jawapan bagi persoalan kawan aku tadi,
aku YAKIN ada hikmahnya (!)

aku tahu budak cemerlang gemilang dan terbilang pandang sebelah mata saja matrik ini~
tapi,
ini adalah nikmat melimpah buat sesetengah pihak.
jadi janganlah cakap,
" matrik saja pun! "
=.=
pada masa yang sama,
sesetengah pihak kene berterima kasih kalau golongan ini tak masuk matrik
sebab~
boleh lah bagi peluang kepada orang yang buat rayuan dapat masuk matrik (!)

setiap perkara ada baik buruknya (:

pagi-pagi dah cakap dekat umi~
yang paling penting aku high-light kan yang matrik under MARA ni makan free (!)
hoho~
tak payah berikat perut sebab tak cukup duit >.<

hari pendaftaran abah tak dapat hantar~
sebab jadi hakim MTQ Kebangsaan.
aku rasa cam oh n0 (!)
daddy aku pun cakap lah~
" MTQ memang selalu camni. tarikh selalu buat hari cuti "
okay, abah nak hantar aku sebenarnya (!)
aku faham abah >.<
pastu abah cakap balik.
" tak apalah, abah tak pergi tak apa kan? "
tak apalah abah,
berkhidmat untuk mencari bakat2 Islam pun benda baik juga (:

kau nak pergi ke tak ni hah (?)
solat istikharah dulu kalau ada tawaran lain.
kadang2 orang nampak masuk asasi lagi langkah bijak,
tapi kita solat istikharah,
matrik tetap terbaik buat kita (!)
itu tandanya,
Allah dah aturkan rezeki kita di matrik untuk yang lebih baik.

kesimpulannya,
serah pada Allah itu penting (!)

"kak lin kan dah masuk kolej dulu."

"itu kolej sekolah lah."

notakaki:
hari ini sepatutnya ada educamp UTP (:
tak apa lah,
saya tak nampak masa depan saya di sana >.<

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.