In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~
memandangkan aku dah cakap dekat kawan-kawan
yang aku akan update blog tentang perjalanan temuduga hari ini.
moga-moga sedikit sebanyak
kurangkan nervous kawan-kawan yang tercinta <3
jujur sahaja preparation santai-santai sahaja
salimi ismail biasalah buat kerja eleven minutes (!)
konon malam sebelum temuduga nak tidur awal bagai~
tup.tap.tup.tap.
karangan pun tak siap tulis dalam borang tu (!)
jam 2100 aku baru start masuk bilik
"abah, tak beli sampul surat A4 lagi. nanti kene letak bahan fotostat dalam tu untuk diserahkan."
"abah, sijil lahir kak lin mana? duduk Kuala Balah erk?"
"kawan-kawan, aku nak pakai tudung apa ni? tudung bulat okay kah?"
pengajaran~
kalau anda macam aku
boleh tiru aku yang yakin dengan diri
kualiti kerja saat akhir lagi bernilai (:
tetap cool sebab aku set masa cantik punya (!)
masa tidur mesti sebelum 12 am.
barang-barang dah letak satu tempat~
memang kemas (!)
aku sendiri puas hati dengan hasil kerja aku kali ini >.<
sebelum tidur solat hajat dulu (!)
biar dipermudahkan urusan esok hari~
dan hati tenang dan redha selalu (:
tak lupa juga doa dekat Allah dengan doa pengasih nabi Yusuf (:
set jam loceng pukul 04.30 am.
sempat lagi tukar nada dering yang bikin aku semangat (!)
lagu-gelombang keadilan <3
nak dijadikan cerita~
bukak-bukak mata jam baru pukul 2.30 pagi.
sekali lagi bukak mata 04.25am (:
nampak tak apa yang terjadi ?
semalam aku tak study tentang IPG ni~
so,
bangun awal untuk study (!)
memamg Allah jadikan aku begini agaknya,
hati tak tenang tanpa
persediaan pecutan akhir untuk apa-apa sahaja (:
"abah, dah pukul lima."
dah lama aku tak mandi seawal pagi 05.00 am ni.
tergetar-getar lah jugak >.<
pastu mulalah teringat zaman sekolah yang pulun belajar tahap ghaban tu :p
jam 0530 aku bertolak meninggalkan bachok.
"kak lin, nampak masjid nanti bagitahu abah. abah tak nampak sangat ni."
"okay.okay. tapi.."
tak sempat habiskan ayat, aku dah tak bermaya >.<
kelakar (!)
aku tidur dah rupanya.
sedar waktu abah brek mengejut dan berhenti tepi.
rupa-rupanya masjid dah terlepas >.<
selepas beberapa minit~
jumpalah IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu (!)
ceh, sekejap sahaja perjalanan.
tak sampai sejam.
kalau aku tahu dekat,
lepas subuh aku turun dari rumah :p
hah, kalau kalau no lah lin (!)
semuanya ada hikmah (:
lebih kurang jam 06.30 pagi aku sampai besut.
makan lah dengan santai~
lepas tu ajak abah santai di masjid pulak >.<
dapat bayangkan tak situasi budak terdesak
yang bawak laptop dan broadband
lalu di-googlenya lagi tentang IPG?
itulah aku (!)
sebelum bertolak jam 0730 ke IPGKSM
aku ambik air sembahyang dulu.
anda semua kene yakin wudhuk itu ada rahsia tersendiri (!)
sampai punya sampai~
sempat lagi baca nota atas kereta.
masih dan masih tak turun kereta.
manakan tidak~
tak banyak kereta pun.
dalam hati aku,
"ramai lagi yang tak sampai."
ceh~
tup.tap.tup.tap.
memang sikit orangnya (!)
ramai juga yang tak hadir (:
T02D
no pusat untuk pendidikan islam dan bahasa arab.
ouch (!)
no boys lah <3
sepatutnya ada seorang calon, cuma tak hadir.
kehadiran 5/8.
bermula dengan ujian INSAK.
30 minit untuk 135 soalan.
10 saat untuk satu soalan (!)
tak boleh conteng kertas soalan sebab nak jimat kan >.<
so, terus kena tanda dalam kertas OMR.
aku dahlah lambat bab2 OMR ni (:
soalannya sangat mencabar SIVIK anda (!)
perhatian (!)
pastikan anda siapkan
sebab semua jawapan adalah betul
bak kata penemuduga.
kalau tak siap jawabnya ada salah lah.
korang tak teringin ke dapat 100% (?)
uwek~
selesai INSAK~
temuduga berkumpulan bermula setelah take five.
tak payah cuak lah (!)
ini tiada kaitan dengan pengetahuan am~
korang kene cari isi macam buat karangan SPM sahaja.
cuma, yang kali ini~
no tulis-tulis kan? spontan (:
gagap itu biasa >.<
.sukan.pergolakan dunia.bencana alam.
sempat lah gak penemuduga tu sebut tajuk-tajuk yang ada.
dalam banyak-banyak~
kami dapat tajuk
"kerosakan bahasa standard"
fine, isi sangat sikit >.<
tapi,
cakap sahajalah~
sebab penemuduga nak tengok kita bercakap kan (?)
ngek~
"saya taknak ada pengerusi. kamu bincang sesama kamu sahaja. bayangkan kami tiada."
selesai temuduga berkumpulan~
penemuduga pergi rehat >.<
sesi temuduga individu~
nama aku last kan~
so, aku kene akur yang aku akan pulang paling last (!)
mula-mula aku steady lah jugak~
tawakkal kan (:
tapi,
lepas dengar cerita pengalaman kawan yang first kene interview.
tergamam seketika (!)
aku tak baca buku KAFA (!)
manalah aku tahu, nak masuk IPG kena tahu semua tu.
mulalah revision dengan kawan-kawan.
"rukun iman ada enam. rukun islam ada lima. rukun solat ada tigabelas."
"jap.jap.jap. sebut satu persatu rukun solat."
sepi*
senang-senang aku text kak aimi <3
alhamdulillah~
dapat jawapannya.
yang kene interview awal-awal semua minta arab~
so kene tanya soalan dalam bahasa arab jugak lah.
"aku pendidikan islam. tak kena lah bahasa arab."
senyum (:
my turn is coming~
"nama awak wan nur salmi binti wan ismail?"
"salimi."
"oh, salimi. no i/c awak berapa?"
tak ada plak soalan~
"sila kenalkan diri awak."
aku practise taw semalam apa yang nak cakap kalau soalan itu ditanya (!)
"okay, awak sekolah mana?"
"kenapa awak datang jauh sangat. kenapa tak temuduga selangor?"
"jauhnya awak belajar."
"okay, kenapa awak nak bidang perguruan?"
"cuti hari tu awak buat apa?"
"awak duduk rumah sahaja? awak pandai memasak?"
"awak ajar saya buat cha-kueteaw."
"apa maksud IPG?"
"apa perbezaan mendidik dan mengajar?"
"apa contoh situasi yang dikatakan mendidik? dan apa pula contoh situasi dikatakan mengajar?"
"bagus idea awak."
"apa tugas PK HEM?"
"pada pendapat awak, adakah tugas PK HEM dan kaunselar bertindih?"
"awak ni aktif orangnya. awak ada sijil NILAM? bacaan awak 173. cuba awak cerita salah satu cerita yang awak baca."
"memandangkan saya pakai kopiah sekarang, apa perbezaan songkok dengan kopiah."
soalan pengetahuan am (!)
banyaknya >.<
( perli )
giliran penemuduga kedua~
saya nak uji awak tentang fardhu ain.
"awak baca surah al-Qariah."
"apa hukum bacaan ayat ini?"
"apa perbezaan antara fardhu ain dan fardhu kifayah?"
"cuba awak sebut peralatan yang berada di dalam bilik ini dalam bahasa arab."
itu sahaja aku nak share >.<
aku keluar dari bilik temuduga dengan takungan air mata berbaur senyuman.
kenapa (?)
sebab aku tiba-tiba sedar yang~
tanggungjawab seorang ustazah bukanlah mudah.
dan, aku sangat tak layak menempatkan diri aku dalam kalangan yang mulia itu lagi.
andai Allah tetapkan aku menjadi ustazah,
pasti Allah tahu aku tak boleh hidup di dunia luar tanpa bimbingan pendidikan formal.
" thank Allah for what you have, for what you need believe Allah "
cukuplah aku katakan~
tawakkal kepada Allah itu penting (:
sesungguhnya Allah mengasihi hamba-hambaNya yang bertawakkal.
maaf kalau perkongsian bagaikan tergantung.
tiada jawapan daripada pihak aku.
bukan sebab kedekut ilmu,
tetapi nama pun pandangan kan (?)
kita kene yakin dengan diri sendiri (!)
notakaki:
jangan takut dengan temuduga mahupun penemuduga.
sesungguhnya hanya Allah yang mampu menggerakkan hati penemuduga untuk membuka rezeki kita.
maka, yakinlah dengan-Nya (:
syukran~
.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.