In the name of Allah
the most Gracious and the most Merciful~
"Khusyuk dijelmakan dengan peribadi unggul yang ditunjukkan oleh seseorang wanita - tidak bercakap kosong, lidahnya basah dengan berzikir, pandangan matanya sentiasa jaga daripada memandang maksiat, dan sentiasa mendahulukan urusan agama daripada urusan keduniaan. Ia adalah kesan daripada khusyuk yang didambakan."
[ Majalah Anis / Nov 2012 / ms 86 ]
"Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar."
(al-Ankabut: 54)
datang kesedaran bahawa solat aku tak sempurna. aku kata aku takut pada-Nya tapi apa buktinya (?)
sudah cukup dengan berdating dengan Allah menepati masa (?) Sepatutnya bila dizahirkan "aku mencintai Allah" pastinya aku akan setia menanti waktu menghadap Allah, setia di atas sejadah menanti masuk waktu solat untuk bertemu-Nya. humble*
"Dirikanlah sembahyang untuk mengingati-Ku"
(Toha: 14)
"Khusyuk membawa kebahagiaan kepada wanita. Bahagia dapat bersimpuh mengadap Allah. Mengharapkan redha dan pengampunan. Dirinya diulit bahagia saat dahinya khusyuk mencecah sejadah, tanda penghambaan dan kecintaan kepada Rabb......"
[ Majalah Anis / Nov 2012 / ms 86 ]
seronoknya memiliki solat sekhusyuk solat Hatim bin Aisam. Membayangkan Kaabah berada di hadapannya, kakinya berdiri di atas titian sirat dengan syurga di sebelah kanan dan neraka di sebelah kiri. Manakala malaikat Izrail berada di belakang. Perasaan seolah-olah itulah solat terakhir.
.________.
. Allah . Allah . Allah .
kadang kita terlalu melihat kesalahan orang lain couple, tak tutup aurat bagai sedangkan kita sendiri bersalah dengan Allah kerana berprasangka buruk dan mungkin pada masa yang sama tidak dapat menahan marah lalu mengutuk dan mencaci mereka. inikah kesan khusyuk kita dalam solat ? headshot*
jangan terlalu berkehendak melihat dosa besar sehingga mengabaikan dosa kecil.
syukran~
.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.