Saturday, 22 December 2012

rasa macam baru semalam


rasa macam baru semalam kak lin ajak mok skype dengan kak long.

rasa macam baru semalam kak lin belikan mok aiskrim makan sama-sama depan rumoh mok.

rasa macam baru semalam kak lin pergi nirwana dan ambik mr potato untuk mok.

rasa macam baru semalam kak lin cakap dekat mok, "mok, ini nasi ngan ikan. mok makan deh. petang nanti elin datang lagi. nak kena cepat, orang rumah tak makan lagi."

rasa macam baru semalam kak lin tanya mok "mane kulit ubat mok? nak pergi beli yang baru."

rasa macam baru semalam dengar mok cakap "aku tak larat dah. try elin cari ubat ko mok."

rasa macam baru semalam kak lin tidur sebelah umi dekat tempat tidur mok.

rasa macam baru semalam kak lin tolong umi pegang tangan mok waktu nak cabut jarum masukkan air dan ubat.

rasa macam baru semalam mok cakap dekat kak lin "makin come mu loni."





jujur mok kak lin rindu mok.





senyuman mok masih segar.





Al-Fatihah buat nenda tercinta..
moga rohmu ditempatkan dikalangan para solehin..
dimudahkan amal timbangan n penghisaban d sana..
moga kami yang hidup akan terus mengambil pelajaran..
terima kasih atas segala tunjuk ajar dan pelajaran..

Ya Rabb,redhailah dirinya,
ambillah nyawa kami saat Engkau redha pada kami..

d best grandma,
d one who taught me a lot,
you are irreplaceable,
your words runs in my blood,
till d end of my breath..
love you and i will always do.. 

you'll always be remembered..

....FATIMAH BINTI SAAMAH.





"hari ni dua kali umi pergi rumoh mok. 

"umi buat apa dekat sana?"

"hujan kan. bimbang current."



"bila umi pergi rumoh mok, umi panggil mok mok mok."

"kenapa? umi takut ke?"

"teringat sebab selalu bila pergi rumoh mok kena panggil mok banyak kali."





cubaan Allah.

belum kuat untuk pulang ke kelantan buat masa ini.

terlalu merindui arwah dan akan bertambah parah rindu ini jika melihat rumah arwah.



"Allah, jagakan mok untuk kami. Tempatkan mok bersama orang2 yang kau sayangi. Sungguh Ya Allah, mok insan yang banyak mengajar aku erti kehidupan dan keikhlasan."





.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Thursday, 20 December 2012

[KISAH]: HATI AKU CINTA AKU HAK AKU.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati."





cerita warkah cinta memang bagus.
jujur bagus kerana terlalu banyak penerapan nilai-nilai murni.





tapi...





jujur sahaja aku tak berkenan dengan jalan cerita berutus surat.
memang nampak puitis tapi tetap ada yang tak kena.





walaubagaimanapun...





aku terpaksa mengaku jugak watak yang dibawa sebagai wardah yang baru nak bermujahadah memang banyak di dunia realiti ini.





so,
memang mustahil lah kan orang baru nak bermujahadah jaga ikhtilat betul-betul.
headshot*




ada persamaan antara watak aku dengan wardah. cuma aku memang tak ada orang yang suka :D bila diri tak sehot mana mulalah keluar ayat "Biarlah kekasih halalku yang pertama dan yang terakhir mencintai aku." kuang3* even kadang2 mengidam disukai TAPI malas nak melayan -.- laugh evil* 



belum masanya mungkin.


tapi


takkan pernah lupa doa.

"Ya Allah, sempatkanlah aku menjadi seorang isteri. Sempatkanlah juga aku bergelar seorang ibu."


ini bukan sebab gatal yerk you all!
tapi, doa itu senjata umat Islam. Kita doa Allah bagi, iA.

you all tahu kenapa kita kena berdoa dari awal?
sebab pahala seorang isteri dan seorang ibu itu besar kot! jomlah rebut jadi yang terbaik. 
HAHA.


kahwin itu tidak pasti, tapi mati itu pasti.



btw, hari tu ada pergi talk utk muslimah SAHAJA bertajuk "siapakah pengganti Siti Khadijah?"
sedikit kisah pengajaran bagaimana Khadijah melamar Rasulullah SAW. Khadijah memang ada aim yang jelas kenapa inginkan Rasulullah. Kerana itulah Khadijah menolak lamaran lain. Ya, aim yang jelas! Kata penceramah, kita nak sesuatu kita kena tulis. Kerana dengan penulisan itu juga doa.



so, i am done with my doa in my diary :')



nak suami doktor boleh? mudah aku nak mintak tolong untuk tolong orang. wakaka. macam sukarelawan pulak*



do the best, let Allah settle the rest.



notakaki:
tak balik even cuti lima hari. nak bagi adil dengan kak long yang dekat mesir :') sama-sama kita rindu keluarga yerk kakak-kakakku sekalian (!)



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Wednesday, 12 December 2012

kenapa mesti (?)

kenapa bila kita pooooottt kita MESTI berwudhuk.



basuh muka.



bukan basuh bahagian bawah tempat kita poootttt tu (?)





i am too curious with this awesome question :')



waiting and hoping that my lecturer will give the answer too.





okay, you go back and search about that.





soalan nampak remeh dan konfem-konfem tak tanya dalam exam (!)



tapi~



seriously soalan ini nampak satu gaya sempoi untuk berdakwah kepada non-muslim .______.



google and i read about that.




"situasi dalam lif ada lima orang. tiba2 salah seorang terkentut lalu bertukarlah mukanya kemerah-merahan. maka dengan itulah perlunya membasuh muka. tak basuh bahagian bawah sebab kentut tak memerahkan bahagian tempat keluarnya tu."





i am laughing*






Sabda Rasulullah bermaksud:

Berbicaralah kepada manusia menurut kadar akal (kecerdasan) mereka masing-masing.

(Hadis riwayat Muslim).





aturan Allah sangat hebat bukan (?)




"Ya Allah, permudahkanlah urusan salimi ismail untuk sem due. moga-moga salimi ismail sentiasa dalam jagaan-Mu dan dalam redha-Mu."



.______.





.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.