In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.
jadi orang pandai bukan BAHAGIA yang sebenarnya
dapat bekerja besar-besar bukan BAHAGIA yang sebenarnya
hidup kaya raya bukan juga BAHAGIA yang sebenarnya
memiliki keluarga dan kerabat bukan BAHAGIA yang sebenarnya
kerana semua nikmat yang dimiliki itu pasti diuji
yang pandai diuji dengan kebodohan seketika
yang bekerjaya diuji dengan keegoan seketika
yang kaya diuji dengan kesempitan seketika
yang berkeluarga diuji dengan salah faham seketika
Jadi apa itu bahagia sebenarnya?
bahagia di dunia bukan diutarakan bahagia di akhirat!
al-Quran menjawab tiada pendustaan ke atasnya
untuk bahagia di dunia kita perlu melakukan amal soleh semata-mata keranaNya.
Ya, jawapan yang tepat dan perlu dipraktikkan!
Ramadhan yang sekali lagi mencabar bagi aku.
ujianNya tidak putus-putus dihantar.
hati yang merasa sakit tak terkira.
lidah sudah kelu berbicara.
kadang ingin berhenti berdakwah dan berkata tentang janji Allah.
namun tersentak dengan diri sendiri yang bermatlamat mencari redhaNya.
kerana itulah lahirnya satu kekuatan, kekuatan yang tiada siapa mampu bayangkan.
mulut membisu, hati bertekad. mengharapkanNya membimbing diri ini tanpa ada pergantungan pada manusia.
berhentilah hati untuk kecewa.
Allah mengatur sesuatu yang telah lama engkau pinta sebenarnya.
walau mulut tidak pernah berbicara tentang kemahuan itu, hatimu berbicara dengan Allah.
terima kasih Allah. alhamdulillah fi kulli hal.