In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.
Pantas masa berlalu
Hari semalam yang sangat bermakna tanpa diduga
Sampai Nilai, solat, kemas barang dan tidur.
Bangun tidur pun dengan terpaksa sebab rasa serba salah tengok kawan bilik mengemas bilik.
Bangun mandi sarapan.
Dapat panggilan telefon daripada Munifah~KI.
Rasa nak menjerit bila Munifah ajak pergi UIA.
Ya Rabb, finally.
Banyak benda aku belajar daripada journey tu.
Thanks kepada yang banyak membebel atas kereta.
Semua yang dibebelkan memang menusuk kalbu menghempas kepala.
Sekarang aku makin mengerti lelaki ini bagaimana.
Concern itu bukan tandanya suka tapi tandanya pentingkan ukhuwah.
Baru aku mengerti kenapa lelaki yang aku suka tak pernah suka aku.
Ambik kau, demand nak laki baik kan!
So, kesimpulannya sekarang perasaan nak minat dekat mana2 laki memang dah hilang.
Dan aku belajar sedikit sebanyak untuk jadi profesional dlm tugasan.
Oh, cepatnya Allah ajar aku siap tepat pada masanya!
Jumpa kawan-kawan lama.
Hebat-hebat semuanya sampaikan terasa kerdil.
Dean List tu petik jari sahaja.
Eh, barangkali sebab orang yg aku kenal memang bukan calang2 -.-
Permulaan sem 2 yang SURPRISE!
Mana tidak tergugat untuk jadi rajin dalam menguasai ilmu.
Kawan yang duduk UPNM kena kawad setiap hari, training masa cuti pun boleh dapat DL!
Dah lah kos Mechanical Engineering 0.0
Kawan duduk UPM pun dapat DL!
TESL woi TESL 0.0
Kawan2 asasi dkt UIA pun excellent tahap umphh!
Bukan DL yang aku nak highlight tapi kesungguhan.
Hari pertama sem 2 yang membosankan!
Gaya macam dah study week bila Tutorial tak start lagi.
Hari Isnin kuliah hanya pada waktu malam.
Pagi aku baca ETNIK.
Bosan owh ETNIK.
Tak habis fikir aku untuk habiskan ETNIK waktu study week nanti.
Better prepare daripada sekarang.
Itu baru ETNIK belum TITAS belum MAKROEKONOMI
3 subject membaca.
2 subject mengira.
2 subject bahasa.
Sepatutnya sem 2 lebih baik daripada sem 1
Memandangkan subject bahasa semakin berkurang.
Tapi hanya dengan izinNya :)
Tujuan update blog taknak hanya sekadar buang masa di atas katil.
Sekian.