Friday, 16 March 2012

kenapa mesti negeri sama?

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

memandangkan umur dah nak cecah 18 tahun~
diberi kebenaran kpd diri sendiri utk talking about perkahwinan.
whats this! eyyuuu~
just out from here!

bukan nak halau or whatever,
tp memang ada kan orang yg tak suka dgr cerita melibatkan percintaan ni.
kenapa agaknya enh?
cinta kan fitrah~
Allah ciptakan manusia pelbagai ragamnya kan.
subhanallah, Maha Agung Allah.

abah dulu sebelum kahwin, memang dah set aku nak kahwin dengan orang kelantan. senang nak balik rumah kampung kedua pihak nanti.

kalau anak2 umi kahwin orang jauh2, dah tak balik kampung halaman nanti. tanah pusaka dekat sini pun senang2 jual.

inilah jawapan abah dan umi~
bila bercerita tentang jodoh.

kak lin tak nak lah kahwin dengan orang kelantan! tak suka!

dan itu pula keluhan anak yang masih tak mengerti apa2.

nasib kau lah cik lin~
dibesarkan di perak.
bila balik kelantan,
sambung belajar dekat selangor pulak.
macam mana nak kenal orang kelantan macam tu?
masuk u nanti tak kan masuk UMK kot?
mana ada bidang sains!

umi kata lelaki kelantan ni berjenis sikit.
tapi mata ini masih mencari-cari ada apa dengan lelaki kelantan?
lin kata yang lelaki kelantan ni panas baran!
mungkin kerana nila setitik rosak satu belanga.

kalau ada jodoh tak ke mana umi. mana tahu Allah tetapkan jodoh lin orang luar negara.

jodoh boleh dicari, ikut kehendak. ini lah anak muda tak nak dengar nasihat.

dush!
masih suruh cari pasangan orang kelantan.

baru saya faham~
rupa2 nya memang ibu bapa kelantan tak sanggup berpisah dengan anak2.
bimbang tak balik kampung halaman.
kelantan jauh sangat kah?
mungkin jauh kerana jalan nak ke kelantan berliku-liku.

bukankah setiap kesulitan akan disusuli dengan kesenangan?
kalau diaplikasi dalam masalah sekarang,
perjalanan yang memenatkan akan terbayar dengan kegembiraan menatap wajah umi abah!
bermusafir itu seronok tahu!
boleh nyanyi lagu balik kampung.
kalau duduk kelantan juga,
tak boleh nyanyi lagu balik kampung :(

umi, kalau kak lin nak cari suami, kak lin cari yang dekat2 sahaja. orang perak ke orang pahang ke. kan dekat? tapi taknak orang terengganu!

aik? kenapa?
sebab terengganu loghat high-class.
tak suka negeri berloghat sangat~
sebab loghat kelantan pun tak dapat kuasai sepenuhnya lagi (.")

Allah dah tetapkan sesuatu yang terbaik buat kita.
Kita hanya mampu merancang tetapi Allah sebaik-baik perancang!

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

2 comments:

Lieza Nordin said...

InsyaAllah.. kalau ada jodoh x kemana.. jgn mudah buat kesimpulan.. ekkekeke.. ^^

lin~ said...

yeah, kalau ada jodoh tak ke mana (:
biasanya, yg kita taknak Allah beri utk uji tahap kesabaran dan kesyukuran kita (: