Friday, 4 May 2012

Be Positive ( ! )

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

" mana ada orang gila mengaku gila "

seharian aku terfikir petikan perbualan ini.
dalam hati aku tertanya,
apa salahnya mereka tak mengaku?
means mereka tak minta untuk jadi gila
tetapi mereka mendoakan mereka sembuh seperti biasa.

bukankah setiap perkataan itu doa?

"apa khabar iman kau?"

"In Sya Allah, bertambah."

"apa kau buat untuk tambahkan iman tu?"

"amar makruf nahi munkar."


aku faham yang bukan mudah anak remaja nak bertanya soal agama sesama kawan2
jadi, beruntunglah kepada mereka yang memiliki sahabat mengingatkan kita pada-Nya.

aku teringat zaman-zaman sekolah~
di mana aku cukup anti dan menyampah dengar bab-bab jadi baik ini.
tapi hari ini~
aku baru sedar sesuatu,
apa yang kita kata memotivasikan diri kita (!)

apa kau cakap ni lin (?)

"aku lah manusia yang kalau ada peperiksaan menipu, aku akan gagal! tak pun hampir-hampir gagal"

pernah dengar kawan anda berpoyo sebegini?

sorry to say~
anda tidak sewajarnya melabelkan dia si poyo!
sebaliknya~
anda perlu turut mendoakannya (:
pada masa yang sama anda perlu mengerti,
dia berkata begitu untuk memotivasikan dirinya untuk sentiasa jujur.
bohong itu berdosa kan?

siapa yang suka buat dosa (?)
memang sengaja kau tempah nak dapat rumah yang kekal yang sempit kan (!)
kubur*

"aku memang pakar bab-bab menipu ni."

anda suka dengar orang kata begini?
nampak lucu kan?
dan ini yang membuatkan kita ketawa terbahak-bahak dengan kawan-kawan!
sedar tak sedar~
itu satu doa.

aku sendiri kene revision adab-adab bergurau balik (!)

anda pernah rasa meluat tak tengok perbualan komen2 sahabat2 yang "bajet baik"
anda kenal dia yang sosial
tapi sudah pandai berbicara soal agama.

aku pernah (!)
sebab aku cemburu tengok kesungguhan mereka mendalami agama.
bukan mudah nak jadi baik >.<
pernah dengar perkataan paksa rela (?)
dalam melakukan perubahan~
kita perlu paksa diri terlebih dahulu,
sedikit demi sedikit~
perubahan itu semakin berkualiti.

mula-mula paksa~
lama-lama biasa (!)

apa pandangan anda mengenai orang couple (?)



bukankah Allah ciptakan manusia pelbagai kerenah (?)
andai anda jumpa orang yang membenci anda
mahupun membuat maksiat~
berterima kasihlah padanya juga,
kerana dia mengingatkan kita kepada kekuasaan-Nya (:

( hak milik senyom design studio )
notakaki:
Orang baik jgn kita sangka tidak pernah berbuat dosa 
dan jangan pernah sangka orang jahat tak pernah buat kebaikan :)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

No comments: