Friday, 1 June 2012

.newlife.

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

entry ringkas setelah hampir seminggu menyepi
tanpa khabar daripada salimi ismail facebook mahupun blog (;
iA, entry ini sedikit sebanyak menjadi ubat rindu buat sahabat2 <3

alhamdulillah,
usim is really awesome (!)
aku tak tahu nak komen apa
dan jujur masih tak jumpa kecacatan padanya.

apa kau cuba sampaikan ni (?)

Allah perkenankan doa aku apabila
aku sangat berharap tak dapat serumah dengan ex-kisasians
alhamdulillah.
nak tahu kenapa (?)
sebab kalau duduk depan mata susah nak hargai (:
so, kalau duduk rumah berasingan baru saling merindui (!)

duduk sini terasa sangat sayang dengan kawan-kawan bumi wakafan .
bila kawan sakit, terasa berat sangat hati.
rela tak pergi talk fatimah syarha asalkan dapat termenung di bilik khuatir tentang kawan sakit.
manakan tidak,
setiap kali habis study group~
" jangan lupa al-mulk "
subhanallah, hanya senyuman terukir.

salimi <3 sarah <3 nazurah <3 asna <3


walaupun aku tak sama kos dengan mereka,
study group tetap bersama.
lagi indah dapat puasa grand bersama (:

walaupun hari yang memenatkan
kerana terpaksa menaiki bas seawal jam 06.30 dari KKNC ke USIM.
sampai pun kira awal lah.
tempat lepak terbaik ialah surau <3
alhamdulillah, dipermudahkan untuk solat dhuha.
kelas start jam 08.30 tahu :p

kebiasaannya budak dentistry habis kelas jam 04.30pm
berbeza dengan medic dan science technology jam 05.30pm (:
ini part agak best =='
tapi,
selesai kelas solat asar dulu,
memandangkan jihad berebut bas entah sampai pukul berapa :p
sampai pukul 06.00 di KKNC itu biasa (:
so, masa rehat kami ialah masa menunggu bas (!)
peace*
perjalanan 15 minit SAHAJA (!)
part kene berdiri dalam bas yang paling awesome (!)

part makan petang di kafe*

"farwah, kita letak nama yasmin lah. kalau letak nama salimi tak jelas bila kena panggil."

"hah, okay jugak"

gelak terbahak-bahak rindukan yasmin (!)

dan akhirnya~
makcik kafe ingat farwah itu yasmin (:


tak faham (?)
cara order makanan di sini~
tulis atas kertas nama dan tempahan.
duduk diam-diam di mana-mana.
nanti makanan siap nama akan dipanggil (:

lepas ni boleh guna semua nama kawan-kawan KI*

walaupun seharian penat~
tugas belajar pada waktu malam tetap ada.
and for your information.
budak2 rumah aku rajin-rajin =='
sampaikan aku terpengaruh jadi kaki study.
jujur*
walaupun subject sains agak rumit,
tapi~
alhamdulillah
masih dapat bagi komitmen yang baik.
seriously, rasa macam sikit sangat buku nak kena baca (!)
rindu nak baca buku sejarah dan lain-lain :p

"abah, kalau kak lin dapat IPG, boleh kak lin pergi?"

"tak payah lah kak lin, stay sana! abah umi dah cikgu. kalau kak lin tak berani sahut cabaran termasuk dalam 35 orang itu, abah gagal didik anak abah!"

okay, fine (!)

apa yang 35 orang (?)
actually,
budak tamhidi pergigian 2012/2013 ialah hampir 90 orang
dan hanya 35 orang akan diambil untuk sambung degree pergigian (:
persaingan kan (?)

cukuplah aku cakap~
thank Allah for what you have, for what you need believe Allah.
berdoa dan terus berdoa.
Allah kenal aku lebih daripada aku kenal aku.
yang Allah tetapkan itu yang terbaik, PASTI (!)

"nak belajar ilmu yang tinggi darjatnya ini, kita kena bersihkan hati."

if Allah will (:


sampai di sini sahaja (:

doakan kami selari dengan matlamat usim.
berilmu, beramal, bertakwa <3

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

4 comments:

JePo said...

best nye usim...
semua tudung (pompuan)..
best2..

Aqilah Ahmad said...

aqilah : teh o ais ye.
haha

Encik Min said...

hihi. nama aq~ nnt guna lagi au nama aq tu <3
rindu weh korg

Wan Najwa Aqilah said...

bestnyaa,,jeles jeles. hee :D