Sunday, 30 September 2012

aku yang berdosa (!)

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

"Ya Allah, malunya hamba-Mu ini menjalani kehidupan yang penuh kepura-puraan."

"Kak Lin memang membahagiakan abah. Memang sesuai dengan nama Kak Lin, SALIMI. Kesejahteraanku."

teringat ungkapan abah saat keputusan SPM di tangan aku!
yes, abah bangga dengan aku
walaupun pada realitinya aku tak sebahagia mana
 masih terbayang senyuman abah.
masih terbayang kesibukan abah balas mesej adik-beradik abah
tak lupa juga kawan-kawan abah
yang mula bertanya
bagaimana dengan keputusan SPM aku.
< senyuman abah saat itu sangat mahal >

bagaimana mahu perasaan gembira menguasai aku
sedangkan aku tahu~
aku tak berjaya merealisasikan impian umi.
ya, aku gagal kali ini (!)
aku tak berjaya hadiahkan umi straight A lagi
seperti mana aku berjaya hadiahkan sewaktu UPSR dan PMR :'(

"umi, kak lin mintak maaf."

masih aku ingat kata maaf yang aku luahkan
saat aku cium umi.
10 A 1B sudah cukup hebat sebenarnya bagi aku.
masih ada rasa kesyukuran saat itu.
bagaimana Allah berjaya membantu aku membuat lonjakan saujana?
subhanallah~
< mungkin berkat doa umi abah >

"tak apa kak lin. 10A ni dah mahal nilainya utk aliran sains."

itulah umi~
yang terlalu teliti mengenai pencapaian akademik.
pada masa yang sama
aku faham kesedihan umi melihat subject BIOLOGY aku B+.
yeah,
mungkin umi khuatir tiada lagi harapan utk aku bergelar doctor :'(

"abah, kak lin nak jadi cikgu."

"tak payah lah kak lin. abah nak anak-anak abah jadi lebih hebat daripada umi abah."

USIM,
here I come!
struggling for asasi year!

masuk tahun asasi~
sibuk mencari identiti diri lagi.
penat memikirkan sesuatu yang tidak perlu.
sehingga lupa amanah yang dipikul!
yeah,
amanah kata-kata yang pernah aku ucapkan suatu ketika dahulu.

"umi, kak lin yakin kak lin mampu tempuh tahun asasi dengan baik!"

cukup-cukup lah SALIMI ISMAIL main-main!

saat ini 10:30am
30 SEPT 2012,
saya berjanji dan tekad dalam hati.
tidak akan membuang masa lagi!
tekad dalam hati akan belajar bersungguh-sungguh!
tekad dalam hati juga
akan membuatkan umi dan abah tersenyum dengan penuh keikhlasan sekali lagi!


"umi, abah, andai umi abah ada ada di depan kak lin hari ini,
kak lin nak mintak maaf sangat2.
kak lin banyak susahkan umi abah.
kak lin tak sebaik umi abah.
tapi kak lin akan cuba jadi manusia yang memberi syafaat kepada semua. iA."

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday, 24 September 2012

SURAT CINTA BUAT FATIMAH

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

entry kali ni khas buat
DR FATIMAH HASSAN
yang pada hari ini akan meninggalkan Melaka
lalu menuju ke Kuala Lumpur
seterusnya spesifik ke KLIA.
dan~
meninggalkan Malaysia Tanah Air tercinta :'(

saat ini jam menunjukkan
04:23 am (Malaysia) bersamaan 11.20 pm (Jordan)
entah jam berapa pulak Mesir sekarang >.<

Dear Fatimah Hassan,
menitis air mata Salimi Ismail akhirnya
setelah diusahakan untuk tidak tumpah di bumi (!)
< sebab selaunya jatuh dekat pipi saja >
sebak dada setiap kali ingat~
kawan sepermainan akan pergi jauh meninggalkan Malaysia.
tambah-tambah lagi~
tiada kudrat nak pergi hantar kawan sendiri ke KLIA :'(
< mencari hikmah Allah >

maafkan Salimi yang tidak berjaya memenuhi harapan sendiri
untuk hantar Fatimah ke KLIA ;'(
dengan jadual kuliah yg memaksa saya stay di usim sampai jam 04.30 pm
ditambah lagi dengan tiada teman untuk dibawa menemani ;'(


semalam tak terdaya nak fokus belajar~
teringat Fatimah setiap masa.
rasa macam baru semalam kita gurau-gurau
rasa macam baru semalam kita merepek meraban
rasa macam baru semalam kita kongsi bahu berkongsi kesedihan

paksa diri tidur even kerja bertimbun
ambik hp set alarm 04.00 am
gelabah tak gelabah~
pukul 03.00 dah terjaga >.<
< nampak tak jiwa tak tenang >

buat-buat kerja sambil dengar nasyid~
< nak dengar lagu lagho tak sesuai time2 emas ni >
keluar lagu mengenai kematian.
subhanallah~
bertakung air mata saya :'(
awak tahu kenapa (?)
saya rindu awak sangat2 even awak nak fly je pun =.='
belum lagi kita tinggalkan dunia selama-lamanya.
tinggalkan Malaysia masih ada teknologi nak berhubung
tinggalkan dunia (?)
hanya doa saja dapat dititipkan saat itu >.<

fatimah~
moga masih ada ruang untuk kita disatukan di syurga kembali.
biar kita terpisah di dunia,
sama-samalah kita bermujahadah mencari kebahagiaan yang kekal selama-lamanya.
( sekali lagi part sedih! )


bila saya ingat awak~
saya ingat ALLAH.
awak tahu kenapa (?)
sebab saya teringat kenangan dengan awak.
teringat setiap hari hantar <3 dekat awak.
awak hantar <3 dekat saya.

awak,
lepas ni dah tak boleh nak al-mulk sama-sama kan (?)
waktu kita dah berbeza :'(

( stop crying, salimi! )

ke hadapan Doktor yang dicintai~
doktor jaga diri baik-baik yek.
doktor jangan give up yek.
belajar ilmu sains sangat mencabar sebenarnya.
( part ini mungkin utk kita sahaja :D )
tapi doktor~
kita sama-sama stay strong yek!
ISLAM perlukan kita~
jadi,
kita jangan hampakan ISLAM yg banyak memberi ketenangan ini :')

apa aku nak cakap sebenarnya ni (?)

" timah, jatuh bangun seorang penuntut ilmu itu biasa. saat lin jatuh pada awal tahun asasi, timah ada di sisi. lin tak pasti masih adakah lin di sisi timah saat timah jatuh? sbb timah style pendam kan? 
maafkan lin kalau tak blh jadi kwn yg baik. tak blh jadi kwn standard mithali melabuhkan cinta pd Allah 100% lagi. kawan yg hanya bnyk meminta ttp tidak bnyk memberi. maaf timah."

"timah, belajar ilmu medik sangat tough! sangat sangat! tapi, lin yakin timah mampu sbb timah kan hebat >.< btw, jangan lupa rakam apa yg lecturer cakap dlm kuliah. mana tahu bosan sangat sampai terlelap kan. 
blh dgr balik recording tu. tips* hihi :D pergi negara orang memang banyak cabaran.
tapi, timah ingat ni. derita kita merindui orang yang dikasihi tak boleh nak tandingi derita orang yang berjihad di medan peperangan merindui Yang Maha Penyayang. keep strong!"

"timah, kita kejar kejayaan bukan utk bagi kesenangan pada keluarga semata-mata kan?
kita usaha sehabis baik mendalami ilmu fardhu kifayah ini untuk bagi kesenangan kpd seluruh umat ISLAM!
okay, mood bagi tazkirah sekarang. HAHA :D jaga duit zakat baik2 :p"

akhir daripada saya yang sudah mendapat sedikit kekuatan~
setelah menulis entry ini~
saya sayang kamu!
kita balas rindu dalam doa selalu yek (:


notakaki:
naik flight tajdid niat baik2.
"Ya Allah, aku bermusafir ingin menuntut ilmu-Mu demi berkhidmat kepada agama-Mu. Permudahkanlah jangan kau susahkan."
jangan lupa niat dalam hati jugak
"Ya Allah, lindungilah persahabatan aku dan salimi walau kami berjauhan. Jagakanlah kami di jalan-Mu. Adakanlah KAU di hati kami saat kami jatuh tersungkur Yang Maha Pengasih."
HAHA :D

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday, 21 September 2012

Cerpen: Ellina, A Story To Be Remember.

“Lynn!’ jerit Mak Timah. 

“Ya Mak Timah, Lynn datang ni” jawab Ellina yang lebih mesra dipanggil Lynn. 

“Apalah Mak Timah ni, kacau saja”

omel Ellina sambil menyimpan semula gambar yang sedang dipegangnya ke dalam kotak kasut miliknya. Bukan dia tidak mampu untuk membeli sebuah kotak yang lebih cantik, tetapi dia berpendapat bahawa orang lain tidak akan membuka kotak tersebut melihatkan keadaanya yang sudah uzur. Di dalam kotak tersebut mengandungi segala surat pemberian kawan-kawannya dan gambar-gambar semasa berada di zaman sekolah menengah dulu. Ellina segera menolak kotak tersebut ke bawah katil dan berlari menuruni tangga banglo dua tingkat itu. 

...............................................................

“Lynn, abah hantar Lynn sekolah dekat sini bukan sebab abah tak sayangkan Lynn, tapi sebab abah mahu anak abah ni belajar berdikari, belajar ilmu dunia dan ilmu akhirat sekali. Lynn jangan putus asa, abah tahu anak abah ni kuat. Belajar rajin-rajin dan capai cita-cita Lynn. Dah, jangan menangis kan dah comot make up tu.”

Di samping memberi nasihat kepada anak kesayangannya itu, Encik Ismail sempat lagi berseloroh. Hati Ellina sedikit tenang mendengar nasihat abahnya. Umminya juga tidak ketinggalan memberikan motivasi dan peransang kepada anak tunggalnya itu. Walaupun terpaksa berjauhan dengan puteri kesayangannya, Puan Suria tetap akur dengan kehendak suaminya yang mahu anaknya itu belajar di sekolah lamanya dulu. 

Setelah seminggu mendaftar di sekolah barunya, Ellina mulai serasi dengan kehidupan di asrama. Dia sudah boleh bergelak ketawa di samping teman-teman barunya yang datang daripada pelbagai negeri. Lynn juga dilantik memegang jawatan di sekolah dan asrama. Kredibilitinya sebagai seorang pengawas di sekolah lamanya terserlah.

“Kak De, tolong aku kiwi kasut ni sekejap, aku nak teman Ezza pergi tandas. Kalau boleh kiwikan semua kasut atas rak ni. Sayang Kak De!”

terus berlari Ellina apabila Kak De mahu membaling kiwi yang dipegang ke arahnya. Mana tak geram dibuatnya, bagi betis nak peha pula. Tetapi itulah semangat bantu-membantu apabila tinggal di asrama, saling bekerjasama memantapkan ukhwah. 

“Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Ellina Ismail, Allah selamatkan kamu...”

tepukan gemuruh diberikan usai doa dilagukan. Tersentuh hati Ellina mendengarnya. Dia sama sekali tidak menyangka sambutan hari lahirnya akan begitu meriah walaupun jauh daripada gapaian ibu bapanya.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tanpa disedari sudah lebih setahun Ellina belajar di sekolah tersebut. Pada tahun ini, dia akan menduduki peperiksaan terpentingnya dalam sejarah persekolahannya. Dia bakal menduduki SPM. Walaupun begitu, dia bijak membahagikan masa agar segalanya seimbang. Di samping mengulangkaji pelajaran, Ellina tidak lupa untuk melakukan solat hajat agar dipermudahkan segala urusannya. Dia juga tidak lupa untuk mendoakan untuk ibu bapanya dan kawan-kawannya. 

“Lynn, tolong ajar aku fizik, susahlah...”

 “Lynn, soalan addmath ni macam mana nak selesaikan?”

begitulah hidup Ellina sewaktu tinggal beberapa bulan lagi sebelum menghadapi SPM. Dia dijadikan rujukan kawan-kawannya lantaran kebijaksanaannya. Ellina tidak pernah lokek membantu kawan-kawannya malah berbesar hati apabila dapat membantu temannya. Dia juga berjaya membantu seorang kawannya mendapat A di dalam fizik semasa peperiksaan percubaan.

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu oleh seluruh pelajar tiba jua. Hari di mana peperiksaan SPM akan berlansung. Sepanjang minggu peperiksaan berlansung, Ellina tidak jemu untuk terus membantu sahabatnya. Diterangkan mana yang tidak difahami, di ajarkan mana yang tidak boleh dilakukan. Dia juga mengambil keputusan untuk menyambut Hari Raya Haji di sekolah bersama rakan-rakannya memandangkan ianya adalah tahun terakhir bersama mereka. Ketika pertengahan minggu peperiksaan, Ellina juga ringan tulang membantu teman-temannya menguruskan jamuan kelas. Dia juga turut meluangkan masa untuk membeli-belah bersama kawan-kawannya. Dia tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk mencipta memori manis bersama sahabat-sahabatnya. 

Setelah tiga bulan berpisah, mereka bertemu semula di sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM. Bermacam ragam kelihatan, maklumlah sudah lama tidak bertemu. Masing-masing riuh berborak menceritakan kahidupan yang di lalui mereka setelah bergelar “SPM leavers” . Ada yang bekerja, tidak kurang juga ada yang sudah bertunang. Ellina segera mencari kawan-kawannya untuk mengetahui perkembangan mereka. Setelah berbual panjang, mereka sepakat mengadakan reunion pada 14 Mac 2019 bersamaan tarikh lahir Yasmin di dewan sekolah tersebut.

“Lynn!”

suara Mak Timah yang kuat mematikan kenangan yang berputar di mindanya, seolah-olah baru semalam mereka berjumpa.

“Ya Mak Timah, Lynn datang ni” jawab Ellina.

“Daripada tadi cakap datang ni, datang ni, tapi sampai sekarang tak turun lagi”

Ellina yang kebetulan mendengar bebelan Mak Timah segera mendakap tubuh Mak Timah yang dianggap sepertu ibunya itu. Terkejut Mak Timah apabila dipeluk secara tiba-tiba daripada belakang. Tidak jadi dia mahu meneruskan bebelannya apabila terpandang wajah anak majikannya itu. Sungguh dia menyayangi Ellina seperti anaknya sendiri memandangkan dia hidup sebatang kara apabila suami serta anaknya meninggal dunia akibat Leukimia.

“Mak Timah, ada apa panggil Lynn turun? Nak ajak pergi pasar ke? Atau ada Mat Bangla cuba nak mengurat Mak Timah yang cantik ni?”

itulah Ellina, perangainya yang suka mengusik orang lain tidak pernah luntur seiring umurnya yang meningkat. Tetapi, perangainya itulah yang menjadikan banglo mewah itu meriah.

“ Ish Lynn ni, Mak Timah dah tualah sayang. Ni abah kamu telefon, suruh kamu bersiap.”

“Nak pergi mana Mak Timah?”

Ellina terus memintas percakapan Mak Timah.

“Lynn, cubalah bagi Mak Timah habis cakap dulu, ni tak, menyampuk saja. Abah Lynn kata petang ni ada orang nak datang merisik kamu nak.”

Terus terlopong mulut Ellina mendengarnya. Sungguh, berita itu amat mengejutkan dirinya. Tanpa menunggu penjelasan lanjut daripada Mak Timah, Ellina bergegas naik ke biliknya dan segera menelefon rakannya, Kak De untuk berkongsi berita mengejutkan itu. Petang itu seperti yang diberitahu abahnya, satu rombongon datang untuk merisik Ellina. Tetapi, majlis taaruf itu bertukar menjadi majlis pertunangan. Sekarang status Ellina bertukar menjadi tunangan orang. Walaupun begitu, Ellina tetap menjaga batas pergaulannya dan berusaha mempersiapkan dirinya untuk menjadi isteri mithali seperti umminya. 

Lima bulan berlalu, kini tibalah hari yang dinantikan oleh Ellina dan rakan-rakannya, iaitu reunion mereka buat kali pertama secara besar-besaran. Kebetulan pula pada tarikh tersebut merupakan hari lahir Yasmin dan mereka semua sepakat menghadiahi Yasmin sebuah majlis perkahwinan yang ditaja oleh mereka memandangkan Yasmin baru melansungkan pernikahan seminggu yang lalu. Segala tugas daripada menjemput tetamu hinggalah kepada dekorasi dewan dilakukan mereka semua. Terpancar sinar ukhwah yang terbina kerana Allah, ukhwah yang disulami kasih sayang dan sungguh erat diantara Ellina serta sahabat-sahabatnya sebiliknya. Muni bertugas untuk menjemput pasangan pengantin dengan menaiki helikopter, Aimi dan Ezza menyiapkan dekorasi dewan dan pelamin manakala Kak De serta yang lain menguruskan makanan dan jemputan. Ellina pula menjadi pengapit kepada Yasmin. Mereka bertungkus lumus bagi menjayakan hari yang bersejarah buat Yasmin. Setelah majlis selesai, Yasmin pula membuat kejutan dengan menghadiahi rakan-rakan baiknya itu percutian ke Pulau Seychelles. 

Sekembalinya mereka daripada percutian, giliran Ellina pula untuk menamatkan zaman bujangnya. Majlisnya sungguh meriah ditemani rakan-rakan karibnya. Dia berdoa agar ukhwah yang terbina terus dipanjangkan sehingga ke syurga kelak. Amin. 


hasil karya :-

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sunday, 16 September 2012

Once Upon a Time ~

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

mood kesedihan*

terlalu merindui bumi wakafan :'(

buka facebook terus nampak ini (!)
sebak >.<
biarlah kami tak mampu memiliki 11A+ spt tertera pd gambar
tapi~
ukhuwah yg terjalin
terlalu mahal berbanding 11A+.

kalau dpt 11A+ tak semestinya dpt ke uni ox-pod :p
TAPI
ukhuwah yg terjalin memberi kami kekuatan walau berjauhan!

lagi sebak bila bukak blog adik junior
dan tengok gambar2 batch 57.
subhanallah~
aku baru terasa gambar2 aku sepanjang di bumi wakafan ini~
terlalu CANTIK di sisi sahabat2!
( dipenuhi senyuman ikhlas )

"abah, kak lin taknak masuk Naim Lilbanat sebab semua perempuan!"

menjejak langkah ke bumi wakafan~
hanya dengan harapan takkan merasai hidup semua perempuan
sebab pada fikiran aku zaman kanak-kanak dulu~
"perempuan suka mengumpat. rimas."
ditambah lagi dengan semangat nak belajar~
yg aku dengar-dengar sahaja
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 
prestasi akademiknya hebat (!)
dalam kepala aku~
"mesti aktiviti berfokus pd akademik byk dan aktiviti kerohanian sikit saja!"
means~
tak perlu dah aku rasa terkongkong dengan aktiviti asrama
sama seperti duduk di SMKA Kerian waktu form one >.<

fakta~
aku tak tahu KISAS itu SBT sebelum melangkah masuk ke situ (!)
jadi~
aku bukan masuk situ sebab sekolah tu KAYA (!) 
>.<

kelantan ---> selangor
perjalanan yang sangat jauh pd permulaannya.
aku tak duduk hotel okay sebelum pendaftaran (!)
tumpang rumah orang saja.
sekian*

tiba hari pendaftaran~
yuran > RM1000.00.
aku hanya mampu telan air liur.
aku hampir menitik air mata sebab aku sedar family aku punya ekonomi tak stabil masa tu.
"umi, jom lah kita balik. mahal sangat yuran."
what i can say more (?)
"kak lin, umi ada rm1000.00 saja skg trmasuk duit nk isi minyak kereta utk balik."
pujuk hati utk berfikiran waras gara2 duit minyak datang mahal*
"umi, kak lin guna duit kak lin dulu lah. banyak lagi duit dekat tangan kak lin."

alhamdulillah~
biarlah perit belajar dekat pedalaman sepanjang form 3
berkat kesabaran, rancangan Allah berhikmah.
duit kejayaan PMR terlalu banyak
gara2 sekolah itu anak emas kerajaan*
sekian :D

alam form four~
perit SANGAT-SANGAT (!)
sebab,
KISAS yg aku fikir tak sama seperti KISAS realiti.
mana ada tumpuan pada akademik (!)
aktiviti tarbiyah terlalu banyak
mengalahkan aktiviti akademik!
seriously penat jadi junior dekat KISAS (!)
mcm jadi bdk form one balik*
sehinggakan~
result aku memang tunggang-langgang!
tak pernah dapat top 100 dalam batch (!)

macam-macam krisis berlaku sepanjang duduk bumi wakafan~
ada sekali tu aku bgtaw abah.
"abah, kak lin nk tukar aliran akaun, boleh?"
sentap tak sentap~
aku dapat tahu,
abah pergi jumpe kaunselor dapatkan pandangan!
( bukan kaunselor KISAS =.=')
"kak lin, dah fikir masak-masak? bidang akaun ni skop pekerjaannya kecil."
berbolak-balik hati masa tengah tahun form 4.
the ending one~
"tak apalah abah, kak lin teruskan selagi mampu."

aku sangat sensitif bab-bab akademik~
sebab 
aku dibesarkan dalam suasana kecemerlangan akademik yg memberansangkan
TETAPI
bukan di KISAS lagi (!)

final form four result HANCUR (!)

pasang niat sebelum balik cuti akhir tahun~
nak bgtaw umi abah,
aku nak pindah sekolah harian biasa!

gelabah tak gelabah~
minggu pertama cuti lagi
umi ajak beli baju sekolah baru untuk form 5 nanti!
memang TERBAIK lah (!)
buntu nak susun ayat macamne~
akur sahaja =.='

(aku rasa umi abah mmg sengaja beli baju cepat)
umi abah kenal aku macamne,
dah pandai baca rentak hidup aku >.<

alhamdulillah~
aturan ALLAH indah.
bergelar senior waktu form 5 memudahkan aku bergerak ke sana ke mari
tanpa tersepit dengan aktiviti tarbiyah yg berlambak!
so, here i come with myself!
prestasi akademik mula stabil.

berbekalkan kejahatan yg aku buat di KISAS,
sedikit sebanyak menyedarkan aku kepentingan niat.
nak buat sesuatu jangan difikir pandangan manusia~
pandangan Allah segala-galanya!
KISAS membuatkan aku TABAH menerima pandangan serong orang :D

berdiri di dunia universiti kini~
membuatkan aku rindu berpakaian sekolah!


membuatkan aku rindu adanya kawan di sisi!


membuatkan aku rindu adanya tazkirah!

membuatkan aku rindu adanya WANTAN =.='

membuatkan aku rindu tak banyak komunikasi laki puang :D


dengan ini saya dengan tegasnya menegaskan~
tarbiyak KISAS tak runtuh lagi!
buktinya KISAS banyak men-top-up kan ilmu agama saya
ditambah kesedaran apa sebenarnya tujuan hidup ini (!)


jika hendak dibicarakan~
ada yang dulunya baik di bumi wakafan
TAPI
kini mengalahkan kami yg nakal di sana,
buat relax buat peace (!)
jangan nila setitik rosak satu belanga.
kami masih mencari rentak dpt menjalani kehidupan di luar.
cuma, lambat atau cepat tali ukurnya :')

sy mengalu-alukan anda menjejakkan kaki ke bumi wakafan
iA, ada tidak akan bersyukur dengan nikmat itu
sebab~
anda tidak akan jumpa sekolah sesenyap bumi wakafan*
HAHA :D

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Saturday, 15 September 2012

New Episode (!)

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

setelah aku membuat perubahan fizikal pada diri~
hampir tiga minggu sudah,
setelah kembali cuti berhari raya~
barulah ada yang berani bertanya pada aku.

"lin, kenapa tak pakai jibab dah sekarang?"

aku sedar aku memang garang~
sebab tu tiada yang berani bertanya >.<
tapi~
alangkah seronoknya aku kalau anda bertanya
tanpa bersangka buruk lagi (:

however,
kalau anda semua cakap belakang tentang saya~
do i care (?)
( semakin matured semakin tak sensitif hati ini )

"jie, kalau saya balik lepas hari raya ni, saya tak pakai jibab dah apa pandangan awak?"

yeah~
jujur saya memang meminta pendapat orang terlebih dahulu.

"orang akan pandang pelik. kalau orang pakai tudung biasa pakai jibab, orang kagum.
tapi, kalau dari jibab nak bertudung biasa orang akan anda 1001 tanda tanya."

"kak lin ni cepat terpengaruh dengan orang."

apalah kekuatan saya ingin menafikan
statement umi yang mengandungkan saya selama 09 bulan 10 hari >.<

ops (!)
my mum bukan memaksudkan aku terpengaruh dengan gaya ber-fashion skg.
maksud umi aku~
aku terlalu mengambil berat pandangan orang.

subhanallah~
bila aku termenung kembali~

"apa niat aku sebenar berjibab?"

"knp tidak aku letakkan Allah sbg yg utama!"

kawan~
saya JARANG sekali berjibab di rumah.
saya PAKSA diri berjibab di universiti~
memandangkan komunikasi antara kaum adam sangat diperlukan di sini.

masih teringat ketawa kecil kawan saya 
melihat saya memakai tudung indon ketika ke kafe.
sinis, sangat terasa di situ.
saya tanya dia kenapa (?)
dia kata~
"tak biasa tengok kau pakai tudung begini."

masih teringat ketika aku mengenakan blaus
lalu digabungkan dengan tudung bidang biasa sahaja.
mata memerhati~
seolah-olah berdosa bagi aku 
memakai tudung yang bukan dikategorikan berjibab!

aku memang seorang yang suka mendengar suara2 sumbang.
tatkala mereka menghina mereka2 yang tidak menutup aurat.
subhanallah~
sesungguhnya aku hanya mampu berkata.
"andai kau kenal siapa aku dahulu, pasti kau mengeji aku!

jadi dengan ini~
saya NEKAD untuk menjadi diri sendiri (!)
menjadi seseorang yg tidak perlu peduli pandangan orang (!)
dan tiada lagi penipuan mahupun kejutan menerima aku seadanya (!)

lupakan erti persahabatan~
andai persahabatan yg dibina hanya berdasarkan pemakaian luaran!
aku tak perlukan persahabatan sebegitu.
aku lebih memerlukan persahabatan yg mengajar aku mengingati Allah selalu
tanpa memakan daging sahabat sendiri :'(

maaf andai aku kata~
aku rasa lebih selamat sekarang.
selamat dengan niat aku berpakaian.
mungkin bukan geng khemah lagi~
tapi,
izinkan aku menyertai geng khemah yang menutup hati terlebih dahulu.

"baguslah sipulan sipulan ni. bila masuk u makin labuh tudung."

saya tak kisah~
kalau tudung saya pendek.
asalkan saya tahu dan sedar lagi~
aurat perempuan yang digariskan dalam kalam Allah
ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tangan.
ditambah lagi panduan berpakaian wanita~
haruslah menutupi dada.
( andai satu hari sy melanggar panduan Allah ini, sila ingatkan saya )


kerana ini ialah saya (!)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Tuesday, 11 September 2012

CERPEN: SAHABAT RAMADHAN

“Aimi, awak nak air apa?” Tanya Yasmin kepadaku. 

“Mestilah saya mahu air jagung, air kegemaran saya.” Jawabku. 

Yasmin merupakan teman baikku, tetapi kami hanya akan berjumpa pada bulan Ramadhan sahaja. Ini kerana Yasmin tinggal jauh di Perak manakala aku menetap di Johor. Walaupun tinggal berjauhan, perhubungan kami sudah seperti saudara sendiri. Pada setiap kali Ramadhan, Yasmin akan pulang ke Johor untuk berpuasa bersama-sama neneknya, nenek Tijah. Itulah masa untuk kami berjumpa. 

Sepanjang lima tahun kami berkenalan, terlalu banyak kenangan manis dan pahit kami lalui bersama. Kenangan yang paling tidak boleh dilupa ialah ketika kami bermain bunga api semasa malam raya tanpa pengetahuan keluarga. Oleh kerana kedegilan kami, baju kurung yang dipakai Yasmin hampir terbakar apabila bunga apinya terjatuh. Akibatnya, seharian kami terpaksa menahan telinga mendengar leteran Nek Tijah. Kami juga gemar pergi memancing ikan di sungai di hujung kampung. Hasilnya kami akan berikan kepada ibu untuk dimasak. 

Apabila menjelang musim peperiksaan, kami akan memperuntukkan masa untuk belajar bersama-sama. Alhamdulillah, kami sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang berkat doa ibu bapa serta usaha kami. Selepas peperiksaan SPM tamat, Yasmin berpindah tinggal bersama Nek Tijah. Masa kami bersama bertambah dan perhubungan kami menjadi semakin rapat. Beberapa bulan berlalu, keputusan SPM keluar. Sekali lagi kami memanjatkan syukur kepada Ilahi di atas kurniaanya kepada kami. Kami Berjaya menghadiahi ibu bapa kami dengan keputusan yang cemerlang.

Telan mati emak, luah mati bapak, itulah keadaan ku apabila ditawar  melanjutkan pelajaran ke Australia di dalam bidang perhubungan antarabangsa. Ianya merupakan impianku selama ini, tetapi aku tidak sanggup untuk berpisah bersama keluarga dan Yasmin. Yasmin banyak memberiku dorongan untuk menyambung pelajaran di negeri orang itu. Katanya, aku akan mendapat pengalaman hidup di negara orang di samping dapat menguatkan jati diri aku sebagai orang Islam. Kami juga berjanji akan sentiasa bertanya khabar di antara satu sama lain.

Menitik air mataku saat Yasmin memelukku untuk kali terakhir. Walaupun aku cuba menahan air mataku daripada menitik ke bumi agar keluargaku dan Yasmin tidak bersedih dengan pemergianku, namun aku gagal jua. Ibu bapaku dan Yasmin banyak memberi pesanan kepadaku. Mereka mahu aku berjaya dan membawa pulang segulung ijazah apabila kembali ke tanah air. Akan kubuktikan kepada mereka, itu azamku.

Pertama kali berpuasa di negara asing, tanpa Yasmin dan ibu bapa di sisi terasa sungguh janggal. Mujur senior dan kawan-kawan banyak membantuku. Oleh kerana pada tahun pertama aku berpuasa di sini jatuh pada musim sejuk, tempoh kami berpuasa menjadi singkat. Selama berada di sini aku dan Yasmin saling berbalas e-mel. Katanya, dia rindu akan Ramadhan bersamaku. Rindukan solat terawikh bersama-sama, rindukan tadarus Al Quran pada petang hari dan membeli juadah berbuka di bazaar Ramadhan. Aku juga rindukan saat-saat itu, tapi apakan daya, kami terpisah di antara dua benua. Aku selalu menitipkan doa buat Yasmin dan keluarga kerana doa merupakan hadiah terbaik untuk orang yang kita sayang. 

Setelah 3 tahun berkelana di sini, aku semakin jarang mendapat balasan e-mel daripada Yasmin. Adakah Yasmin sudah melupakanku? Aku segera beristighfar kerana sudah bersangka buruk dengan Yasmin. Sesungguhnya bersangka buruk adalah bisikan syaitan dan boleh memecah belahkan kita. Aku menganggap Yasmin sibuk dengan pelajarannya. Masuk tahun keempatku di sini, tiada lansung balasan e-mel daripada Yasmin, namun aku masih setia mencoret kata-kata untuk tatapan Yasmin. Mungkin Yasmin sibuk hingga tiada masa untuk membalas e-melku.

Akhirnya, hari yang kunanti-nantikan tiba jua. Setelah siap berkemas aku segera singgah ke Queenstown Market bagi membeli cenderahati buat keluarga dan Yasmin. Aku tidak sabar untuk berjumpa dengannya. Perjalanan selama 15 jam kurasakan seperti setahun kerana keterujaanku untuk berjumpa mereka. Setelah sampai di kampung halamanku segera aku memeluk ibu dan abah yang sedang menantikan kepulanganku. Setelah menghilangkan penat dan berbual-bual, aku meminta izin untuk ke rumah Nek Tijah. Tidak sabar mahu berjumpa dengan Yasmin. Ibu sempat berpesan kepadaku agar menerima takdir Allah dengan hati yang redha. Walaupun aku berasa pelik dengan pesanan ibu, namun keterujaanku untuk bertemu Yasmin menghalangku daripada bertanya lebih lanjut.

Sesampainya aku di rumah Nek Tijah, segera aku memberi salam dan mengetuk pintu. Tidak lama kemudian salamku di sambut dan Nek Tijah kelihatan di muka pintu. Terus Nek Tijah memelukku. Mungkin rindu dengan cucu angkatnya ini, fikirku. Setelah bertanya khabar, aku bertanya mengenai Yasmin. Terus berderai air mata Nek Tijah. Aku berasa tidak senang dengan keadaan ini dan meminta penjelasan daripada Nek Tijah.

Rupa-rupanya Yasmin telah didiagnosis menghidap barah usus. Yasmin selalu mengalami sakit perut yang berpanjangan dan menyangka ianya hanya sakit perut yang biasa hinggalah pada suatu hari dia pengsan di universiti. Setelah mendapat tahu mengenai penyakitnya, Yasmin berhenti belajar untuk mengubati penyakitnya. Sekarang Yasmin terlantar di sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur kerana barahnya sudah sampai ke tahap akhir. Luluh hatiku apabila mendengar perkhabaran mengenai Yasmin. Nek Tijah juga berkata bahawa Yasmin jugalah yang meminta kepadanya dan ibu bapaku agar tidak memberitahu mengenai keadaannya kepadaku kerana gusar aku tidak dapat memberi fokus pada pelajaranku.

Keesokan harinya, keluargaku membawaku pergi berjumpa Yasmin di Kuala Lumpur. Sedih hatiku apabila melihat Yasmin sudah tidak seperti dulu lagi. Mukanya kini cengkung dengan pelbagai wayar berselirat di tubuhnya. Rambutnya juga menipis kesan daripada rawatan kimoterapi yang dilaluinya. Aku tidak dapat membayangkan bagaimana Yasmin bertarung dengan penyakitnya itu. 

Nyata Yasmin terkejut apabila melihat kedatanganku. Dia cuba untuk tersenyum bagi menyembunyikan kepucatan wajahnya di samping membuat suasana sedikit ceria. Aku segera memeluk Yasmin dan meminta maaf kerana tidak dapat berada bersamanya bagi melawan penyakitnya itu. Yasmin juga memohon maaf kerana merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuanku. Air mata rindu menjadi saksi kepada pertemuanku dan Yasmin. Yasmin cuba berjenaka bagi menukar suasana. Ketika kami sedang berbual, Yasmin tiba-tiba memintaku untuk membacakan Surah Yusuf, surah kegemarannya kerana dia rindu untuk mendengarku membaca Al Quran. Aku terus mengambil tafsir Al Quranku yang memang sedia ada di dalam tas tanganku dan membacanya. Ketika aku sedang membacanya, aku melihat Yasmin perlahan-lahan menutup matanya. Mungkin Yasmin mengantuk dan aku meneruskan bacaanku. Setelah habis bacaanku, aku mengucup dahi Yasmin tetapi kurasakan sejuk. Apabila kurasakan tiada tindak balas daripada Yasmin setelah aku memanggil namanya berkali-kali, aku segera menjerit memanggil ibu dan abah yang menunggu di luar untuk memberiku ruang bersama Yasmin. 

Kini, setiap kali Ramadhan menjelma, aku pasti teringat akan arwah Yasmin. Setiap kali usai solat aku tidak pernah lupa untuk mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatehah.


pemenang cerpen ramadhan UPM 2012.

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Saturday, 1 September 2012

Kad Hari Raya ( ! )

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

salam lebaran (:
rasanya masih belum terlambat :p
kan (?) kan (?) kan (?)

actually~
semalam my beloved sister tanya i
"kak lin, awak taknak update blog?"
i yang kemalasaan dengan sesuka hati menjawab.
"taknak. no idea. tiada benda menarik nak share."

i ingat dia nak sindir i yang selama ni rajin meng-update blog
yg makin tak istiqamah (!) ceh*
tapi~
tiba-tiba kakak i yg cantik tu cakap

"along nak update blog lah. cuba teka tentang apa?"

"pasal raya kah? mana lah aku tahu."

"tak lah. tadi along masuk bilik angah. ternampak perfume zaman2 sekolah rendah."

bersambung...

tiada masa utk bercerita panjang :D


ini bukan calang-calang kotak kasut~
barang di dalamnya lebih mahal drpd harga di kotak itu.
kotak ini salah satu benda kesayangan aku~
selain diary dan gambar2.

presenting~


my beloved sister 
ingatkan aku tentang kenangan zaman sekolah rendah~
zaman dulu terlalu indah untuk dikenang (:
sehinggakan~
i teringat KOTAK SURAT i (!)
kotak ini penyimpan rahsia terbaik (!)
biarlah tanpa mangga sebesar bigfoot~
tapi susunannya yg tidak teratur menyebabkan tiada yg berminat utk selongkar :D

apa yang ada dalam kotak kasut crocodile ni (?)
kad hari raya
kad hari lahir
surat-surat persahabatan
surat-surat tahniah
surat-surat cinta

aku memang jenis menghargai pemberian orang.
sekian*
haha :D

entry kali ini aku nak highlight kenangan hari raya zaman kanak-kanak~
it is about
KAD HARI RAYA (!)


zaman sekolah rendah~
memang tak nafikan
saling bersaing nak dapatkan banyak kad raya, kan (?)
kadang2 sampaikan rela kepenatan menulis kad raya kepada orang
dengan harapan orang akan balas (!)
kalau tak balas tu memang kategori sombong lah*
ngek punya pemikiran dulu :)

bilang kad raya mengalahkan bilang duit~
tiap-tiap hari bulan ramadhan tu
bawak plastik yang terisi kad raya.
nak menunjuk dekat kawan dapat banyak kad raya kot*
masa free-free dalam kelas~
keluarkan pen warna-warni tulis kad raya (:
bukan cam sekarang~
lecture tak ada keluarkan buku*
gulp ~.~

standard budak kecik~
makin mahal kad, makin rasa dihargai kawan.
alahai :D
sampaikan rela belajar macam mana nak tahu 
harga kad sebenarnya berdasarkan kod belakang kad*
.ish.ish.ish.
kalau kawan biasa-biasa yang tak rapat tu~
beli saja kad biasa yang mudah didapati.
no wonder banyak kad sama pattern :p


aku hanya mampu tergelak bila baca ucapan zaman kanak-kanak
alahai~
aku sendiri yakin tuan-tuan kad ni akan tergelak 
mengenangkan pemikiran mereka zaman kanak2 dulu (:
aku sendiri wondering~
ada lagi tak yang simpan kada raya pemberiaan aku (?)
hehe~


standard seorang guru punya kad~


semua tu hanya kenangan~
perkembangan teknologi memudahkan segalanya~
kad berganti kepada SMS sahaja :(
makin lama makin lupa nak hantar SMS*

ada jugak kenangan dapat kad raya banyak-banyak*
dan~
yang penting~
ada jugak pengalaman dapat kad berbaur cinta monyet (:
kenangan-kenangan*



the best one of card~
making me keep in smiling is from my dearest friend (:


hidup ini tak selalu indah~
tapi yang indah itu selalu hidup dalam kenangan (:

terima kasih 
kepada semua kawan-kawan mahupun secret admirer2 
yg hantar kad kepada aku.
sungguh~
mustahil aku lupakan anda semua selagi wujudnya bukti persahabatan kita
walaupun dengan hanya sekeping kad raya (:

May Allah bless you all <3

notakaki:
surat itu lebih baik daripada SMS (:
bersemuka itu lebih baik daripada laman sosial (:

syukran~


.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.