In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~
meskipun memang mustahil umi akan baca blog anak beliau yang cantik molek ini~
hati tetap berdegil meluangkan sedikit masa menaip entry serba ringkas,
mengisi masa gap antara maghrib dan isya' jugak :D
siapa sangka study week minggu lepas aku balik kelantan dan bersuka ria dengan keluarga.
siapa sangka salimi ismail berani ambik risiko takkan komitmen pada membaca sepenuhnya.
siapa sangka salimi ismail lebih memilih untuk santai di study week -.-
siapa sangka juga sepanjang study week terlalu terserlah
kasih sayang seorang anak pada mak.
kasih sayang seorang mak pada anak.
kasih sayang seorang anak pada ayah.
kasih sayang seorang ayah pada anak.
kawan,
aku sebenarnya penat sudah menghadap buku,
even pada realitinya masa aku ber-dating dengan buku sangat sikit -.0
aku sebenarnya penat sudah merindui umi abah,
even pada realitinya masa aku berpisah dengan umi abah lebih singkat -.o
siapa kenal aku pasti tahu aku bagaimana -.-
umi abah segala-galanya bagi aku.
tengok muka umi abah dapat bagi ketenangan pada aku.
tengok muka umi abah dapat bagi kekuatan pada aku.
tengok muka umi abah dapat membuatkan aku bertaubat drpd buat kejahatan.
tengok muka umi abah dapat bagi semangat luar biasa :D
cukup-cukuplah kak lin study, rehat lah pulak.
study sampai demam kak lin ni. jangan lupa makan ubat.
pergi lah naik tidur kak lin kalau dah penat belajar. esok sempat lagi nak baca.
itulah keluhan umi abah tengok aku yang pemalas ini membaca buku -.- malas bagi budak tamhidi dentistry.
paling sebak sekali bila umi masuk bilik, baca majalah atas katil tepi aku -.-
tiba-tiba umi tanya aku.
kak lin ambik berapa subject sebenarnya?
setelah bersuka ria dengan keluarga selama seminggu
main tangkap-tangkap gambar dengan umi dan adib depan laptop.
ajak umi bersuka ria macam kanak-kanak riang yang sekolah tadika tu.
main tangkap-tangkap gambar dengan umi dan adib depan laptop.
ajak umi bersuka ria macam kanak-kanak riang yang sekolah tadika tu.
maka berakhirlah study week aku -.-
malam tu nak naik bas, tapi sempat lagi umi ajak ber-shopping.
ibu mana tak gembira diberi keizinan oleh Allah
bershopping dengan anak perempuan setelah sekian lama bersendirian di rumah.
pada mulanya aku tergamam umi ajak bershopping di saat-saat genting aku nak final exam.
tapi, apakah daya. menggembirakan hati umi abah memang tugas aku.
kali ini aku membuka topik soal kerjaya.
aku cakap dekat umi yang kalau aku ditetapkan bekerjaya di negeri orang apakah daya.
aku cakap dekat umi yang kalau jodoh aku dengan orang luar apakah daya.
umi hanya senyap dan angguk sahaja. mungkin fokus tengah drive -.-
aku tanya umi lagi, kenapa umi mintak balik kelantan even hidup dekat perak lagi awesome?
umi cakap sebab teringat dekat mak umi :'(
anda tahu apa yang aku rasa waktu tu (?)
kreeek.kreeek.kreeek.
dalam sekelip mata aku terus semat dalam hati,
aku taknak bertugas jauh-jauh!
aku taknak pasang impian kawin dengan orang jauh-jauh lagi!
aku taknak anti orang kelantan lagi!
aku taknak kutuk negeri kelahiran aku lagi!
aku anak bongsu perempuan -.-
sama sahaja posisi aku dengan umi.
pagi ini macam biasa sebelum masuk exam
aku akan text umi dulu mintak restu dan doa.
even aku rasa memang mustahil umi baca mesej aku sebab umi letak hp rata2 -.-
komitmen umi pada keluarga lebih tinggi sangka aku.
Salam umi. Hari ni kak lin exam english waktu pg. Then, kak lin ada exam bahasa arb petang ni. Doakn dpermudahkn yek :')
lalu dengan senang hati melangkah masuk dewan exam
dengan muka yang lansung tak serba salah tak berapa study english -.0
bertahan dalam dewan exam 2 jam menghadap soalan reading dengan kebosanan.
dalam hati punya lah cakap dekat diri sendiri "tak payah nak bajet hebat sangat lah salimi ismail!"
keluar dewan exam terus capai hp dengan harapan ada mesej dari umi.
kebiasaannya hampa sahaja melihat hp tapi kali ini tersenyum panjang sebab umi REPLY mesej (!)
Ok. All the best! Ingat Allah.
mesej ringkas umi membuatkan aku diam tanpa kata.
Ingat Allah? subhanallah, bermuhasabah seketika. adakah aku lupa akan Allah yang memberi nikmat?
terima kasih umi sebab akhlak umi terlalu indah.
walaupun umi tak pakai tudung labuh, tapi hati umi terlalu terjaga sejak kecil lagi.
umi ada cakap umi akan menangis kalau ada lelaki suka akan umi.
umi tahu apa kak lin rasa? kak lin rasa malu sangat dengan umi.
kak lin yang dari kecik belajar ilmu agama, tak pernah terlintas nak menangis sebegitu rupa.
umi tahu bagaimana kak lin kuat tempuh pelajaran yang cam awesome ini?
sebab umi pernah cakap dulu kecik2 umi best student sekolah.
umi cakap lagi, umi belajar sebab umi tak ada duit. buku revision umi dapat hasil kejayaan umi sblm ini.
umi tahu kenapa kak lin terlalu berjimat duit asasi?
sebab umi cakap kecik2 dulu umi bekerja keras nak dapatkan duit untuk belanja ke sekolah.
umi, I am proud to have you (!)
waktu kak lin nak naik bas sabtu lalu,
kak lin suruh umi pergi dulu, biarkan kak lin sahaja di stesen bas tu.
sebab kak lin tahu umi penat hari tu. abah pun penat. perjalanan ke Kuala Balah jauh kan umi?
alahai, pengorbanan seorang guru mengajar di sekolah hulu memang banyak -.-
dalam hati kak lin waktu tu sebenarnya kak lin tak sanggup tengok kak lin yang tinggalkan umi abah!
perasaan duduk atas bas yang baru nak gerak, tengok umi abah dari tingkap, pilu sangat -.-
entah kenapa malam tu umi cium-cium kak lin banyak kali.
seolah-olah kak lin betul-betul nak pergi berperang. kucupan umi awesome sangat!
Allah sahaja tahu betapa beratnya hati kak lin nak tinggalkan umi sorang-sorang perempuan dekat rumah.
patutlah Allah tak bagi kak lin pergi oversea kan umi?
sebab Allah tahu umi perlukan kak lin untuk lepaskan rindu pada anak-anak perempuan :')
terima kasih umi sebab jadi super-woman di hati kak lin!
umilah wanita paling tabah paling kak lin respect!
umi, kak lin menangis tadi, sekarang dan mungkin lepas ini :')
anak-anak umi dah besar-besar umi! pandai umi abah didik anak-anak.
umi abah sabar yek, sikit lagi kami nak capai kejayaan!
iA, kami tolong-menolong adik beradik bila dah besar nanti.
umi abah selalu pesan jangan iri hati sesama adik beradik kan?
kami dah matang sekarang :D sikap negatif tu dah nyah dari darah kami!
"abah pun Allah bagi kekayaan jugak! kaya dengan anak-anak. anak-anak yang baik-baik semua."
-abah-
No comments:
Post a Comment