Thursday, 31 January 2013

I am not good for all of you.

aku bukan budak baik jadi jangan pernah minta kesempurnaan daripada aku.


dear my friends,

jangan pernah fikir salimi ismail bertudung labuh means dia baik sebab sejujurnya salimi ismail bukan istiqamah dengan tudung labuh dan tak terasa diri nak pakai tudung bulat sepenuh masa.

jangan pernah fikir salimi ismail punya peringatan atau gerak hati memahami anda menunjukkan dia baik sebab kebiasaannya salimi ismail merasai dulu apa yang pernah anda lalui, maka dengan itu dia mampu lontarkan nasihat berdasarkan pengalaman pahit itu.

jangan pernah fikir salimi ismail jaga pandangan means salimi ismail hidup penuh tarbiyah tapi anda perlu faham memang itu sifat yang Allah sebatikan dalam diri ini dan sejujurnya jaga pandangan salimi ismail bukan bermakna menjaga hatinya lagi.

jangan pernah fikir salimi ismail sentiasa menjaga hubungan dengan Allah kerana sejujurnya jatuh dalam lubang yang digali syaitan sudah dia lali. ada masa dia ingat pada-Nya ada masa dia terkecewa dengan takdir-Nya.


cuma


bilamana salimi ismail menasihati anda, itu bermakna dia sayang akan anda. namun mungkin caranya tidak sebati dengan anda yang sopan dan santun kerana anda perlu sedia maklum dia bukan sesopan wanita solehah lagi.

bilamana salimi ismail lontarkan pendapat bukan diminta untuk ditolak mentah-mentah, tetapi dipohon untuk dipertimbangkan juga. pertukaran ilmu membolehkan fikirannya berkembang juga di samping boleh sebarkan lagi kebaikan ilmu itu.

bilamana salimi ismail menolak pendapat anda, bukan bermakna dia terasa dia lebih hebat tetapi mungkin dia belum tahu bagaimana cara untuk melontarkan ilmu yang dia sedia ada dengan cara yang betul.

bilamana salimi ismail berkata "tak apa, hidup kita masing-masing, masuk kubur masing-masing" bukan bermakna dia ingin tinggalkan anda dalam kejahilan tetapi dia ingin sedarkan anda hidup anda bukan boleh dikawal olehnya.


di kesempatan ini salimi ismail ingin memohon seribu kemaafan kerana:-

1. tak mampu jadi kawan yang baik.
2. tak pandai adakan perbincangan yang baik.
3. sukar terima pandangan agama yang baru selagi ada keraguan dan bercanggah dengan prinsip yang ada pada dirinya sehingga dirujuk kepada ustaz kepercayaannya.
4. tak pandai caring mengenai orang yang tak caring pada orang lain.
5. tak pandai jadi sopan dalam menasihati dan melontarkan pendapat.
6. tak pandai nak susun ayat nak sampaikan moral of the story.
7. tak mampu jadi contoh yang baik.
8. tak mampu jadi seorang yang ramah bertanya khabar bagai.
9. mudah berubah mengikut peredaran masa.
10. sangat degil dan tak percayakan orang yang tak rapat dengannya.


sorry, mungkin ini entry serba cincai sebab diri rasa macam dah rimas sekejap.
tak pasti kenapa tak suka orang layan salimi ismail dengan baik sangat, rasa masih belum layak.



jangan anggap saya baik kerana sesungguhnya anda perlu tahu dan sedar anda lebih baik daripada saya. jauh lebih baik.



syukran~



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

No comments: