Monday, 11 February 2013

USRAH.

"ikatan aqidah dan ukhuwah lebih kuat daripada ikatan darah."



baru selesai usrah. alhamdulillah. rasa tahap kekuatan mengatur langkah meneruskan kehidupan bertambah. terima kasih Allah kerana adakan mereka di saat aku hampir tersungkur meraung dalam hati lemah longlai.






entry yang lepas bukti betapa anti aku pada usrah. [klik





we are talking about ikhlas. and it is interesting part when i got a new knowledge. do you know how the concept of ikhlas comes from? 

"ikhlas itu bilamana seseorang manusia itu sedar bahawa dia melakukan sesuatu perkara itu kerana Allah yang suruh dan kerana Allah yang larang, itulah bezanya dengan amalan manusia dengan malaikat. malaikat melakukan amalan tanpa perintah Allah. kerana keikhlasan itu, manusia dimuliakan."



"ikhlas itu umpama semut hitam yg kalah peperangan"

hanya mampu ketawa teringat ayat ini waktu bincang topik ikhlas dalam usrah tadi. terima kasih kepada individu yang melontarkan idea yang membuatkan aku pelik dan terpaksa menyemak kebenarannya :)


ilmuan islam pernah berkata, 
"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam pada waktu malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."


"tahap keikhlasan itu kita tak boleh ukur. ikhlas itu salah satu rahsia Allah. yang mampu kita buat hanyalah berdoa kepada Allah moga-moga kita tergolong dalam golongan orang yang sentiasa ikhlas."





selesai bincang tajuk utama, kami mula buka sesi berkongsi pendapat. nasihat yang cukup awesome! subhanallah, terima kasih Allah atas segala nikmat Engkau pinjamkan ini. dekatnya Engkau dengan hamba-hambaMu yang sedang berusaha mencari jalan menghampiri-Mu.

i just can say...

"orang yang join usrah bukanlah yang lahir sedia baik, tak kira lah naqibah mahupun ahli usrah. Kami masing-masing ada sejarah hitam."


tapi, ada sesuatu yang perlu kami lafazkan setiap kali perasaan malu menguasai diri apabila fikiran mula memainkan kisah silam kami.


"kita kena tetap bersyukur sebab kita yang Allah pilih terima hidayah-Nya. Allah tunjukkan kita kebenaran dan Allah campakkan kesedaran kepada kita kembali kepada-Nya. nikmat dan peluang itu bukan semua manusia dapat."






seorang ahli usrah melontarkan persoalan bagaimana untuk mendapat kekuatan bertudung labuh. ahli usrah tidak kekok berkongsi pengalaman mereka. cemuhan dan gurau senda keluarga besarnya berkonsepkan sinis telah mengalirkan air mata salah seorang ahli usrah kami yang baru sahaja berhijrah. 


"bagaimana untuk kekal kuat hadapi cemuhan manusia?"


"bangun solat malam! cara terbaik berdua-duaan dengan Allah. letakkan pergantungan pada-Nya. minta bantuan-Nya mempermudahkan urusan hijrah. Moga-moga orang sekeliling dilembutkan hati menerima penghijrahan kita."


"saya takut nak berhijrah sebab saya punya attitude yang tak berapa nak sopan. bergurau dengan orang ikut suka hati, ketawa ikut suka hati. saya bimbang akan menjadi fitah kepada golongan yang pakai tudung labuh."


"persoalannya kini, adakah anda yakin dua tahun akan datang, anda akan masih mempunyai attitude itu? attitude kita dipengaruhi oleh orang sekeliling. kalau anda rasa dengan berhijrah tempat mampu mendekatkan anda kepada-Nya, berhijrahlah!"



aku tak pasti kenapa mudah sahaja Allah jawabkan persoalan yang bermain di minda aku sepanjang minggu ini.

Allah, Maha Agung-Nya Engkau, mempermudahkan segala urusan hamba-Mu ini.




naqibah mengakhiri usrah dengan kata-kata persis seperti kata-kata yang mengikat hati aku untuk kuat di jalan-Nya.



"hidup ini tiada erti bosan kalau kita pandai memanfaatkan-Nya. Majlis ilmu memanggil, jangan pernah ditinggalkan. Malaikat ada di majlis ilmu. Banyakkan berdoa di dalam majlis ilmu itu,"


banyakkan membaca, banyakkan mencari ilmu, tambahkan cinta pada ilmu.


"Ilmu itu cahaya dan cahaya TIDAK AKAN masuk dalam hati yang dikotori maksiat."


sama-sama bersihkan hati dalam misi mengenali pencipta awan :)






.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

No comments: