Rindu itu datang bertandang.
Rindu pada mereka yang sentiasa di sisi di saat gembira mahupun sedih.
Mereka itu istimewa, terlalu istimewa di hati ini.
umi, abah,
kak long, kak ngah, ahmad, naufal, fathi, adib.
subhanallah,
study week ini membosankan, terlalu membosankan. tak boleh tahan hidup kena struggle seperti ini. tapi apa yang mampu aku katakan pada masa yang sama.
"Ruginya jadi salimi ismail sekarang, pemalas!"
flashback..
azam tahun baru,
nak cari ilmu bersungguh-sungguh dalam usaha mengenali dan mencintai pencipta awan itu.
mohon bangun! umat Islam tak boleh lemah. umat Islam harus cemerlang!
"kalau malas nak buat kebaikan di dunia, bagaimana Allah nak bagi kebaikan di akhirat nanti?"
tunduk keinsafan ditambah kepenatan.
kebenarannya kini semangat itu pudar.
longlai berseorangan. peristiwa itu masih terkesan. bukan dendam. bukan tidak memaafkan.
salah siapa sekarang? jujur sahaja salah aku kerana mencintai orang, terlalui mencintai. benarlah orang kata, sayang biar berpada.
"Hidup di dunia bukan nafsi-nafsi. Aku dan kamu harus saling melengkapi."
moga hari esok lebih baik. moga jauh lebih baik.
"Ya Allah, bantulah hamba-Mu dalam mengingati-Mu, bersyukur pada-Mu, dan beribadat dengan baik kepada-Mu."
No comments:
Post a Comment