Wednesday, 15 May 2013

Ingatkan aku.

"They were planning, and Allah was planning, and Allah is the best planner."
al-Anfal : 30




saat itu dirasai semua yang bergelar manusia.

 saat itu juga kita mula merungut dengan cubaan Allah.

saat itu manusia ego mengatakan "aku yang rasa, bukan kau yang rasa."

saat itu manusia mula membandingkan diri dengan manusia yang 'beruntung'

saat itu kita lupa untuk berterima kasih kepada-Nya untuk nikmat yang lain.

saat itu kita cuma mahu bersendiri untuk mengumpul kekuatan menghadapinya.




wahai hati.

berhentilah engkau kecewa dengan takdir-Nya.

berhentilah engkau merendahkan diri yang lemah itu.

bersyukurlah kerana masih ada air mata yang jatuh tatkala mengingati-Nya.

"mata fizikal kita menangis kerana mata hati kita tersentuh."

Ya Allah, baiknya Engkau menyentuh hati ini dengan penuh kelembutan.



Rasulullah SAW bersabda: 
"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan
(Riwayat Al-Bukhari)




ujian hidup kita berbeza-beza.

jangan kau sangka senyuman manusia yang bahagia tidak terselit kedukaan.

bergembiralah dengan ujian-Nya. Moga-moga kebahagiaan itu kekal hingga ke sana.





berhentilah mencari kelemahanmu wahai diri.

tiada yang sempurna di muka bumi ini.

hargailah yang diberikan-Nya, berhentilah membandingkan dengan yang lain.

janganlah berdukacita dengan hidup ini.



"Gantikan kesedihan itu dengan keazaman yang tinggi untuk mencapai apa yang kita ingin kan, kegagalan kita kali ini bukan bermaksud kita gagal selamanya tetapi mungkin ianya satu petunjuk bahawa masa hadapan tidak ada sesiapa pun yang boleh menjatuhkan kita"



terima kasih Allah.

Yang Maha Pengasih, ingatkanlah kami untuk sentiasa mengingati-Mu.




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

1 comment:

Anonymous said...

Terima ksh sudi igtkn :)