Wednesday, 20 November 2013

Tawakkal.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.



Assalamualaikum.
Suasana petang yang sukar digambarkan perasaan gembira itu.

Alhamdulillah.
Terima kasih Allah untuk nikmatMu ini.
Yang setia aku nantikan dari dahulu lagi.
Sesuatu yang aku nantikan dengan kepercayan berdoa kepadaMu.



19 November 2013.
Exam midsem untuk mikroekonomi.
Sesuatu yang mendebarkan kami budak sains yang baru melangkah ke dunia akaun.
Air mata entah kenapa mudah saja mengalir malam sebelum exam.
Malam tu aku memang dah cover 100% setiap chapter.
Ya, kali ini aku nekad untuk bagi komitmen.
Kenapa?
Kerana cinta aku pada dunia ekonomi.
Kerana nekad aku untuk merealisasikan impian memberi khidmat dalam bidang ini.

Susah nak gambarkan.
Malam itu aku memang sudah mula kosong.
Rasa sangat tak layak untuk over confident dapat jawab exam.
Sejujurnya perasaan itu sangat sangat berbeza dengan perasaan nak exam masa Tamhidi.
"Ya Allah, sesungguhnya kejayaan itu dengan izinMu. Dan kegagalan itu dengan izinMu."
Perasaan masa tu macam memang betul-betul serah dekat Allah untuk hari esok.
lembut betul mata hati ni sampai mampu menitikkan air mata fizikal.

aku mengaku yang aku ada tinggalkan satu soalan yang 8 markah.
bukan tak boleh jawab tapi sebab tulisan aku lambat dan tak sempat.
entah kenapa aku tenang tak menggelabah.
yang aku mampu cakap pada diri sendiri saat masa tamat
"kerana itu yang Allah berkehendak."
aku tak resah sebab aku memang faham subjek tu.
mungkin Allah tak izinkan aku score midsem kali ini.
tapi nilai ilmu yang mampu aku kuasai itu lebih bererti.

kalau dulu aku tanya apa fungsi belajar itu dan ini.
tapi.
for the first time in my life.
aku sedar apa fungsi aku belajar mikroekonomi.
aku sedar apa fungsi aku belajar algebra.
aku sedar kenapa aku di kos ASRM.

Belajar untuk menguasai ilmu.


Seronoknya perasaan itu.
Perasaan berlapang dada.
Entah kenapa lately rasa macam rindu sangat dengan Allah.
Rindu sangat-sangat.
sangat-sangat.

Seronoknya dapat bertemu Allah.
Seronoknya dapat bersama orang-orang yg baik di sana.


Seronoknya jadi Ahmad Ammar.
Andai ada yang mengerti kisah hidup AAhmad Ammar ialah impianku.
impianku di bangku sekolah.
bergelar seorang doktor yang tak gentar ke medan peperangan.

kawan aku cakap
"Ambil PHD dapat doktor jugak."
Dan sekarang aku faham Dia masih membuka ruang utk doa itu dimakbulkan.

andai ada yang mengerti betapa cemburunya aku pada mereka yang syahid.


SUBHANALLAH.ALHAMDULILLAH.ALLAHUAKBAR.


.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

No comments: