Sunday, 16 March 2014

Senyum.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.


Nanti satu ketika pasti kau belajar bagaimana untuk senyum dalam tangisan.



Second sem is a really really tough sem.
Walaupun jadual tak padat tapi tetap rasa penat.

Isnin pukul 8am-1pm sambung balik malam 8pm-10pm
Selasa pukul 9am-11am then sambung balik 2pm-4pm
Rabu pukul 8am-1pm
Khamis pukul 3pm-6pm
Jumaat sejam sahaja 8am-9am.

Jadual lebih terasa relax berbanding zaman sekolah.
Serious.
Tapi penat dan menangis melebihi zaman sekolah.
Barangkali suasana dan komitmen.



CALCULUS & STATISTIC
Subject core subject killer
But I can still smile even I do not understand after the lecture.
Mungkin kerana minat dan mungkin kerana yakin boleh faham.
Even kena buat revision banyak kali baru faham :'(


Tapi


BAHASA ARAB
Allahurabbi
Kecewa dengan diri sendiri yang memang dah ada mindset subject ni susah.

"Aku belajar Bahasa Perancis senang je. Tak sesusah Bahasa Arab dulu. Barangkali sebab aku yang betul-betul nak belajar Bahasa Perancis."

Aku mengambil pengajaran daripada apa yang kawan aku cakap.
Kena ikhlas dalam menuntut ilmu.
Kadang aku terlintas biarkan sahaja bahasa syurga ini aku tak dapat A dalam exam
Asalkan aku belajar! Something is better than nothing.

Walau Bahasa Syurga ini menjatuhkan pointer aku di dunia, semoga menaikkan pointer aku di akhirat.
.________.



"Mereka masih belum sempurna menutup aurat tetapi akhlak mereka sangat menggambarkan keindahan Islam. Mereka sangat ramah dan murah dengan senyuman. Sedangkan kita yang menutup aurat?"
Kata-kata Fatimah Syarha memberi kesan di hati.
Aku mula belajar untuk senyum setiap masa 
tapi semua orang sedia maklum bagaimana wajah aku masa belajar.
Kerana terlalu fokus, senyuman entah ke mana hilang.
Maaf semua.
.______.



"Ya Allah, moga-moga dengan perancanganMu ini mendekatkan aku padaMu."
Teringat hari pertama saat kejatuhan itu.
Bisik aku dalam hati seperti kata-kata di atas.
Dan sekarang alhamdulillah terlalu banyak masa lapang untuk aku bercinta dengan Dia.
Aku belajar lagi bagaimana redha mencipta bahagia
.___________.


Sekarang nak fokus dalam mencari ilmu kehidupan.
Kena aim baik-baik nak tambah ilmu dunia dan akhirat.
Kena ingatkan diri untuk jaga akhlak, bawa aura positif dalam suasana kelam.




Nak share pengalaman pergi Gua Tempurung.
In shaa Allah bila boring aku update :D




Salam persaudaraan dunia akhirat.
#PrayForMuslims




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Thursday, 6 March 2014

Susah.

In the name of Allah the Most Gracious and the most Merciful.


semalam aku termenung fikir masa hadapan
aku fikir apa yang aku perlu buat untuk hidup senang kelak?
serious aku tak tahu apa cita-cita aku sekarang.

aku lansung tiada hati nak bergelar aktuari mahupun bekerja di pejabat.
yang aku harapkan aku ingin menjadi seorang isteri kepada seorang ahli ekonomi.
bukan menjadi suri rumah yang tidak mengerti apa-apa,
tapi menjadi tulang belakang kepada seorang ahli ekonomi dalam menyelamatkan ekonomi Islam.

susah nak capai cita-cita aku.
sebab ianya soal jodoh yang ditetapkan Dia Yang Maha Pengasih.
tambah-tambah lagi lansung tiada calon dan mungkin memang tiada calon.
especially bila aku memang sedang bermood fikir soal cinta kepada ajnabi lepas HALAL.
ini bukan soal puitis bagai okay!
Ini soal aku banyak benda nak fikir sekarang memandangkan tanggungjawab bertimbun.
Tanggungjawab yang akan ditanya olehNya kelak.

Maka aku terfikir
Apakah yang perlu aku buat untuk mencapai cita-cita aku ini?
It is too complicated.



Apa aku nak sumbangkan pada ummah?
Jawapan sama yang terlintas dalam kepala ni.
menjadi seorang isteri kepada seorang ahli ekonomi.
bukan menjadi suri rumah yang tidak mengerti apa-apa,
tapi menjadi tulang belakang kepada seorang ahli ekonomi dalam menyelamatkan ekonomi Islam.

Aku tersepit dalam situasi ini.
Aku suka mengeluarkan idea tetapi aku tak suka bergaul dengan orang atasan.



Persoalan seterusnya perlukah aku berpesatuan di universiti?
Ikutkan minat memang lansung tidak lah aku cakap!
Tapi orang cakap berpesatuan menjamin kerjaya masa kelak memandangkan krisis pengangguran bagai.
Dalam kepala ni berdegil jawab,
Aku nak kerja sendiri dan rezeki itu milik Dia.
Tapi, once again aku sepatutnya usaha untuk hidup senang kelak.

someone please support me!



Apa yang aku minat sebenarnya?
Aku minat bidang aktuari.
Aku minat baca buku motivasi.
Aku minta baca buku islamik.
Aku minat menulis.
Aku minat ambik gambar.
Aku minat pergi ke sana ke mari.

Sepatutnya aku menjadi seorang PENULIS!



Aku tak tahu nak mula dari mana.
Tiada yang nak jadi mentor aku.

Nangis*



Aku mengharapkan Allah izinkan aku habiskan Degree Sains Aktuari & Pengurusan Risiko.
Sebab aku minat sangat-sangat bidang ni even susah bagai.


Benarlah hidup ini terlalu sukar.
Seronoknya ada di zaman sekolah rendah.


Makin hari makin banyak istikharah kena buat.
Biarlah orang cakap itu orang cakap ini.
Istikharah itu lebih aku yakini.
Hidup ini penuh rahsia.
Minta petunjuk Dia adalah yang terbaik.



Mohon tajdid niat kalau nak buat apa-apa.
Bukan dunia destinasi kita.
Tapi akhirat.

Allahurabbi.

Susahnya hidup di dunia.




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.