Thursday, 6 March 2014

Susah.

In the name of Allah the Most Gracious and the most Merciful.


semalam aku termenung fikir masa hadapan
aku fikir apa yang aku perlu buat untuk hidup senang kelak?
serious aku tak tahu apa cita-cita aku sekarang.

aku lansung tiada hati nak bergelar aktuari mahupun bekerja di pejabat.
yang aku harapkan aku ingin menjadi seorang isteri kepada seorang ahli ekonomi.
bukan menjadi suri rumah yang tidak mengerti apa-apa,
tapi menjadi tulang belakang kepada seorang ahli ekonomi dalam menyelamatkan ekonomi Islam.

susah nak capai cita-cita aku.
sebab ianya soal jodoh yang ditetapkan Dia Yang Maha Pengasih.
tambah-tambah lagi lansung tiada calon dan mungkin memang tiada calon.
especially bila aku memang sedang bermood fikir soal cinta kepada ajnabi lepas HALAL.
ini bukan soal puitis bagai okay!
Ini soal aku banyak benda nak fikir sekarang memandangkan tanggungjawab bertimbun.
Tanggungjawab yang akan ditanya olehNya kelak.

Maka aku terfikir
Apakah yang perlu aku buat untuk mencapai cita-cita aku ini?
It is too complicated.



Apa aku nak sumbangkan pada ummah?
Jawapan sama yang terlintas dalam kepala ni.
menjadi seorang isteri kepada seorang ahli ekonomi.
bukan menjadi suri rumah yang tidak mengerti apa-apa,
tapi menjadi tulang belakang kepada seorang ahli ekonomi dalam menyelamatkan ekonomi Islam.

Aku tersepit dalam situasi ini.
Aku suka mengeluarkan idea tetapi aku tak suka bergaul dengan orang atasan.



Persoalan seterusnya perlukah aku berpesatuan di universiti?
Ikutkan minat memang lansung tidak lah aku cakap!
Tapi orang cakap berpesatuan menjamin kerjaya masa kelak memandangkan krisis pengangguran bagai.
Dalam kepala ni berdegil jawab,
Aku nak kerja sendiri dan rezeki itu milik Dia.
Tapi, once again aku sepatutnya usaha untuk hidup senang kelak.

someone please support me!



Apa yang aku minat sebenarnya?
Aku minat bidang aktuari.
Aku minat baca buku motivasi.
Aku minta baca buku islamik.
Aku minat menulis.
Aku minat ambik gambar.
Aku minat pergi ke sana ke mari.

Sepatutnya aku menjadi seorang PENULIS!



Aku tak tahu nak mula dari mana.
Tiada yang nak jadi mentor aku.

Nangis*



Aku mengharapkan Allah izinkan aku habiskan Degree Sains Aktuari & Pengurusan Risiko.
Sebab aku minat sangat-sangat bidang ni even susah bagai.


Benarlah hidup ini terlalu sukar.
Seronoknya ada di zaman sekolah rendah.


Makin hari makin banyak istikharah kena buat.
Biarlah orang cakap itu orang cakap ini.
Istikharah itu lebih aku yakini.
Hidup ini penuh rahsia.
Minta petunjuk Dia adalah yang terbaik.



Mohon tajdid niat kalau nak buat apa-apa.
Bukan dunia destinasi kita.
Tapi akhirat.

Allahurabbi.

Susahnya hidup di dunia.




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

No comments: