In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.
Hari ini aku cuba berdiri sendiri
Tanpa sahabat sejati di sisi
Sahabat yang sering aku nyanyikan lagu mengejar sempurna
Ya, aku yang menjauhkan diri
Kerana aku ingin bergantung pada Dia kuat-kuat.
tidak ingin lagi menjadi manusia yang menyusahkan hati dia.
Bila aku cinta seseorang
Aku harap cinta dia pada Dia
melebihi cinta dia pada aku
Kerana aku yakin dengan menjaga hubungan bersama Dia
hubungan kami akan baik-baik sahaja.
hmmmm.
Baikkah hubungan ini?
Mana perginya erti mencari redha Ilahi?
--------------------------------------------------------------------------
"Apa cita-cita kau? Kau belajar untuk apa sebenarnya?"
"Aku kuasai ilmu. Aku nak bagi syafaat pd manusia. Aku nk bawak pahala jumpa Dia."
"Tak. Maksud aku kau nak kerja apa?"
"Aku taknak aim untuk kerja. Sebab aku takut kecewa dengan dunia."
Hmmm.
Kerana jatuh itu aku yang rasa.
Sakitnya kecewa dengan dunia.
Aku tak sanggup lagi meletakkan impian yang terlalu tinggi untuk hidup di dunia ini.
Tempuh saja.
Yang Allah tetapkan pasti terbaik, in shaa Allah.
------------------------------------------------------------------
Keliru dengan perangai sendiri sekarang
Tapi ada satu yang aku pasti
Aku mencari Dia lagi.
Dalam banyak bicara aku
Dalam diam aku
sebenarnya aku memerhati apa itu duniawi
Aku cuba kejar dan penuhi kehendak orang itu dan ini
Konon untuk kebaikan hari lain
Tapi hati tetap memberontak
Bukan ini yang diajar Allah
Untuk apa aku bimbang dengan pandangan dunia
Bukankah janji Dia pasti?
Maka cukuplah sampai di sini
Aku patahkan misi ini dengan berat hati
Walaupun air mata mengalir tak henti.
Allah, kuatkan aku.
Bantu aku untuk kukuhkan Kau di hati!
----------------------------------------------------------
Waiting for Ramadhan.
Aku rindu ketenangan, Ya Rabb!
No comments:
Post a Comment