Showing posts with label surat cinta (:. Show all posts
Showing posts with label surat cinta (:. Show all posts

Wednesday, 16 May 2012

Sayang Kamu, Birthday Girl ( ! )

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

Dear Munifah Baba,
Saya bagaikan sudah terasa hari ini 17 Mei. Tertinggal tarikh 16 Mei. Entah kenapa tarikh tu menghantui saya. Bukan sengaja nak lupakan birthday awak, tapi 17 Mei lagi tak dapat lupakan apabila awak akan mendaftar ke UPM (.") Terasa berat hati nak berpisah dengan kawan-kawan. Mungkin selama ini memang kita ada jarak pada alam realiti tetapi di alam maya tiada jarak kan (?) So, masih terasa dekat. Senang bercerita sana-sini. Apabila awak melangkah ke alam universiti, automatically ingatan awak pada saya akan kurang =.=' 

Bagaimana saya boleh berkata sedemikian (?) Masing-masing akan struggle dalam bidang masing-masing. Kita sama-sama berada di tangga yang sama. Manakan tidak, bukan minat kita untuk mempelajari bidang sains ini. Mungkin awak lebih seronok kalau dapat law memandangkan awak hot stuff pada sejarah, tetapi Allah hadiahkan awak sains pertanian kerana Allah tahu itu yang terbaik (: Dan awak kenal saya kan (?) Suka kepada sesuatu yang mencabar. Even saya tak minat subject sains, saya minat kedoktoran (!) Kalau boleh, nak jadi doktor tanpa belajar ilmu sains (: bukan doktor bawah jambatan* heeew~ However, Allah hadiahkan saya kos pergigian. Seingat saya, tak pernah saya jaja cerita dengan kawan-kawan yang saya nak jadi doktor gigi kan (?) Tapi lepas saya terima banyak feedback yang kata beruntunglah dapat dental, saya baru faham, ramai kaum hawa bercita-cita nak jadi dentist. Ya Allah, terlalu banyak hadiah yang Allah berikan <3


Awak,
Bermula dari tingkatan empat kita berada di dorm yang sama, kelas yang sama, tempat duduk yang sama, banyak suka duka kita kongsi bersama. Memahami awak sangatlah perit bagi saya. Mungkin kerana saya serious orangnya dan tak boleh adapt dengan suasana kanak-kanak riang (: Macam-macam salah faham antara kita berlaku. Thats why waktu tingkatan lima saya dah tak mampu berada di sisi awak dalam kelas kerana saya tak sanggup jadi GARANG lagi (!) senyum* Tapi alhamdulillah, saat-saat akhir hari persekolahan kita dapat bersama. Walaupun awak ada aimi di sisi, saya tetap rasa selesa. Sebab saya sedar saya bukan contoh teladan yang terbaik bab-bab sahsiah ni (: Kalau tak kenal awak, mungkin saya tak belajar erti kehidupan kanak-kanak riang <3


Budak comel,
Masih teringat sambutan birthday saya waktu form 4, awak terlalu banyak kejutan buat saya (!) Saya terharu, tapi saya tak tahu bagaimana nak tunjukkan keterharuan saya tu. Saya nak kiss awak tapi tak boleh. tipu* Banyak benda saya belajar dengan awak. Terlalu banyak. Mungkin satu masa nanti jalan hidup saya bersama awak akan menghasilkan sebuah novel cerita kanak-kanak mahupun novel remaja (: Dan saya pasti awak akan suka sepertimana awak suka pada Ain Maisarah (!) heeew. perasan* Dan hari ini saya nak mengaku yang saya terima pendapat awak, suka dan cinta adalah dua perkara berbeza. Itu sahaja. haha :D Beria saya kaji idea awak tahu (!)

Saya sedar karangan saya ini tidak mengikut kronologi. Idea yang datang terus mengarahkan jejari menaip. Tapi saya dapat rasakan, hanya awak yang faham surat ini dan A+ untuk saya (!) perasan lagi* Saya cuma nak pesan dekat awak, belajar di UPM nanti, jangan main-main dah. Jangan ulang kesilapan kita belajar last minutes cam SPM (: Result SPM kita dah baik dengan belajar last minutes, tapi kalau kita belajar early minutes mesti gempak kan (?) So, kita belajar daripada pengalaman bukan kesilapan, right (?) Semoga teknik kita belajar bersama di saat akhir sedikit sebanyak membantu kita belajar dengan smart dari awal lepas ni (: Saya yakin awak boleh perform (!) Dunia U bukan dunia sekolah. Result SPM hanya tiket untuk kita menuju ke mana bukan tiket kita grad dengan cemerlang di universiti. So, ingat pesan saya "thank Allah for what you have, for what you need believe Allah." tulis dekat kertas tampal dalam bilik nanti*


Saudari,
Sanah helwah (: Jaga diri, jaga iman, jaga hati. Saya doakan yang terbaik buat awak yang dikasihi <3 Maafkan tindak tanduk saya yang tidak disenangi awak selama ini. Sesungguhnya saya adalah manusia yang masih belajar. Ingat saya dala  doa awak. Semoga sujud tahajjud sentiasa menghubungkan kita :'( 


Salam rindu,
SALIMI ISMAIL

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Wednesday, 2 May 2012

Re: Baru Saya Sedar Saya Sayang Kamu..

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

Ke hadapan cik adnin durrah,
sejujurnya cik lin tak sangka yang cik adnin begitu romantik sehingga sanggup membuatkan surat cinta buat cik lin. Sekali lagi, cik lin tak sangka (!) mula2 cik lin baca surat cik adnin melalui hp sahaja memandangkan rumah cik farwah tijani ada wifi (: jadi cik lin agak sukar untuk mambalas surat ini seperti mana cik adnin berharap daripada seorang sahabat yang buta tentang erti persahabatan ini <3

cik adnin,
cik lin minta maaf sangat-sangat kerana sejujurnya cik lin tak pernah nampak kasih sayang cik adnin terhadap cik lin. Mungkin kerana kita sama-sama sibuk belajar kan. Bila cik lin di dorm, cik adnin di bilik study. Bila cik adnin di dorm, cik lin di kelas. Kita sama-sama mencemburui dari pelbagai aspek, kan? orang kata persaingan sihat (:

kalau hendak diceritakan tentang pelajaran, jujur sahaja saya tak tahu kenapa awak kata saya pandai >.< sedangkan saya biasa-biasa sahaja. mungkin kerana awak selalu tengok saya mengajar orang kan? saya memang terlalu menjaga pembelajaran saya, tetapi entah kenapa waktu tingkatan lima semangat itu semakin kurang. Bagi saya ilmu bukan terletak di slip peperiksaan sahaja. Thats why makin malas saya belajar semangat-semangat. The ending, I got 10 A only and you got 11 A (!) tahniah sayang! saya tak pandai lah awak, saya biasa-biasa sahaja. Saya minta maaf sebab membuatkan awak stress tengok saya belajar. Jujur sahaja, saya tak rajin belajar cuma saya belajar masa orang tak belajar. Thats why awak terasa saya ini selalu belajar >,<

Jika ditanya soal sosial pula, awak memang hot! Saya tak suka orang hot! Entah, memang tak suka orang yang terlalu hot! Realiti :) Kalau awak tak percaya, awak tanyalah cik ida. Saya memang pernah cakap, yang saya tak suka awak sangat-sangat waktu form 4! Tapi masuk form 5, dah tak sempat fikir mengenai sosial ni. Awak ingat tak waktu saya marah awak sebab awak nak tackle lelaki yang saya suka waktu akhir tahun form 4? Saya nak ketawa sekarang. Awak, saya tak suka si dia yang awak ingin tackle dahulu. Sejujurnya, saya memang sengaja kelirukan ramai orang kerana saya ingin menjaga perasaan saya pada seseorang. Awak, jika saya suka akan seseorang, saya rela simpan dalam hati asalkan maruah saya dan maruah dia terjaga. Tidak perlu jaja cerita sana sini. Bak kata orang, kalau lelaki boleh gunakan nama perempuan untuk main-main, saya pun boleh (!)

lagi satu yang saya tak faham. awak selalu kata saya cantik. Dan saya akan selalu jawab, saya tak pakai alat solek macam awak kan? Kelakar sangat. Awak, simple is nice. Saya memang salah seorang yang tak pandai bersolek depan cermin. Cukuplah cuci muka guna safi balqis <3 Saya pun selalu pesan dekat awak, yang jangan terlalu pakai alat solek sebab nanti muka akan terjejas bila dah berusia. Tapi awak tetap degil (!) Aish, bagaimana lagi mahu saya buat =.= Kawan-kawan saya memang berprinsip dan tidak mudah dipengaruhi. Awak, cantik itu abstrak. Cukuplah kita cantik di mata Allah dan di mata yang halal buat kita. Umi saya selalu kata, "Secantik manapun anak orang lain, memang tak dapat nafikan anak sendiri lagi cantik." See? Sweetkan seorang ibu.

jodoh oh jodoh,
awak pun sedia maklum kan saya nak jadi Doktor sekarang? Mahu sangat-sangat. Tapi saya sekarang terpaksa berbelah bagi sedikit sebanyak memandangkan saya dapat panggilan temuduga IPG untuk Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Cik adnin, layakkah saya menjadi ustazah? Awak kenal saya dan awak tahu masa lalu saya kan? Saya buntu dan terus buntu. Fikir soal masa depan sangat perit. Sepenat-penat saya bermusafir, saya paksa juga untuk solat istikharah. Awak tahu kan saya memang selalu akur keputusan keluarga. Andai cita-cita doktor tidak menjadi realiti, doakan saya mampu menjadi doktor untuk keluarga kelak, perawat suka dan duka mereka! Mungkin kita tidak sehaluan lagi lepas ini, tapi yakinlah pasti Allah aturkan yang terbaik buat kita!


mungkin sampai di sini sahaja coretan kali ini. Jujur sekali lagi, saya tidak sangka awak seorang yang menghargai dan saya pula tidak. Saya lansung tak ingat part mana saya panjat katil awak untuk ceriakan awak. Nampak sangat spontan kan (: Awaklah sahabat yang menghargai kekecohan dan keaktifan saya. A friend in need is a friend indeed! Uhibbukifillah.


p/s:
terima kasih sebab awak salah satu pendorong untuk saya berhijrah ke arah lebih baik. baru saya sedar, kawan kerana Allah bukan perlu ditayang seakrab mana kita tetapi cukuplah apabila kita mengingati titik perubahan kita, kita mengingatinya. sesungguhnya saya mengingatin awak (!) moga Allah jaga awak untuk saya dan sentiasa berada di jalan yang benar. Ingat, semuanya kerana Dia bukan kerana dia (!)

salam sayang,
salimi ismail.

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.