In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~
dah hampir sebulan menjejakkan kaki ke sekolah~
bukan saya tapi awak yang manis :)
waktu awal2 sesi persekolahan dibuka~
cikgu2 dah bimbang~
dok fikir macamane dengan pelajar aku tahun ini?
budak2 sekolah plak~
ada yang tak sabar nak belajar :)
ada juga yang tak sabar nak jumpa kawan2 lepak :)
dan bagi calon peperiksaan tahun 2012~
rasa macam 'wah, cuaknya!'
ala, tapi calon SPM pada masa yang sama,
'huh, sampai juga ke tahun terakhir pakai baju sekolah!'
okay, majoriti kata camtu kecuali yang sambung F6 :)
komen fb di atas ini
adalah yang sempat saya bawakan untuk perbincangan malam semalam
di group muslim-art batch 56 of KISAS
dan ini adalah hasil tinjauan daripada
penganggur lepasan SPM 2011 :)
waktu awal2 jejak form 5~
sifu2 saya ramai yg cakap~
nanti dah habis form 5,
baru rindu zaman sekolah :)
okay, sapa percaya akan hidung~
( just kidding )
jom dengar perkongsian idea saya
yang dah mencuba sembilan buah sekolah
daripada umur lima tahun sehingga tingkatan lima :)
wow! banyaknye~
perkongsian pertama~
sekolah adalah tempat yang paling sebati dengan jiwa kanak-kanak
seterusnya jiwa remaja belasan tahun ini~
sekolahku syurgaku!
setiap yang ada di sekolah akan mempengaruhi jiwa pelajar.
yeah, sebab~
pelajar adalah insan yang baru mencari identiti diri~
so, ibu bapa patut alert dengan suasana sekolah anak-anak :)
perkongsian kedua~
sekolah adalah tempat menuntut ilmu bagi yang bijak
tetapi tempat untuk bersuka ria bagi yang tidak menghargai nikmat belajar
waktu tingkatan tiga~
saya boleh cakap 'pandai itu adalah satu anugerah juga'
sampaikan saya kata, 'tak fahamlah kenapa orang cakap nak jadi pandai kene ubah sikap'
tapi~
waktu tingkatan lima~
saya terpaksa admit 'nak berjaya datang daripada diri sendiri!'
contohnya, saya selalu dapat E dalam subject BIO waktu form 4
tapi, saya cuba buang sikap bencikan subject yang memerlukan penghafalan~
dan alhamdulillah~
BIO berada di zon yang selesa, begitu juga dengan SEJ.
so, point dekat sini~
kalau adik2 tahun 6 dan form 3 dah rasa susahnya UPSR dan PMR..
buatlah seperti saya ajar :)
satu habit buruk dibuang, 10 kebaikan yang datang :)
perkongsian ketiga~
sekolah adalah tempat pelajar bina keyakinan diri :)
keyakinan diri bukanlah hanya perlu dilihat apabila seseorang itu naik ke pentas dan berucap.
BUKAN!
saya cuma nak cakap benda simple~
keyakinan diri untuk membuat keputusan sendiri
dan menanggung kesannya sendiri :)
semua yang anda buat, adalah yang terbaik!
tak kisah lah anda cuba langgar peraturan sekolah
sebab, setiap yang berlaku ada hikmahnya~
langgar peraturan sekolah adalah satu wasilah utk mendekati Allah
so,
jangan pandang hina pada pelajar bermasalah.
cuma masing-masing ada peranan untuk menggunakan akal
berfikir hikmahnya~
bukan sekadar pengalaman yang dibawa angin.
perkongsian keempat,
sekolah adalah tempat utk pelajar menyedari hidup ini adalah satu tanggungjawab.
ambil yang paling simple~
tanggungjawab sebagai seorang pelajar~
bukan sebagai seorang ketua kelas mahupun ketua pelajar :)
kali ini saya serahkan pada anda untuk berfikir.
itu sahaja idea yang tercetus~
sila tinggalkan komen utk perkongsian lain.
berkongsi pendapat, pahala berlipat :)
notakaki: pelajar yang paling bijak ialah pelajar yang sedar tanggungjawab untuk belajar ilmu Allah
nota tambahan: kakak saya selalu pesan sekolah agama adalah sekolah yang terbaik kerana keberkatan ada di situ :)
syukran~
.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.