Sunday, 6 May 2012

Santai Di Pantai Irama

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

"kak lin, pergi siap-siap. kita sarapan dekat pantai. abah nak mandi air pantai."

"nak buat apa? dah siap lah ni. tak boleh pakai macam ni?"

"badan abah gatal ni. boleh saja pakai macam ni. nanti ambil adik-adik dekat rumah mok terus pergi."

rumah mok = rumah nenek

satu keuntungan anda pakai pakaian menutup aurat di rumah~
tak payah salin baju banyak-banyak (:

baru semalam aku bercakap tentang pantai di facebook +.+


dalam kekalutan buat preparation untuk temuduga esok,
entah kenapa aku tak cakap taknak ikut (!)
macam zon tawakkal lah hari ini kan,
sebab bukan kita tahu pun soalan apa yang akan ditanya esok =.=
"Ya Allah, permudahkanlah urusan Salimi Ismail esok."
minta apa yang aku baca yang ditanya (:


inilah sebab utama aku tak ambil lesen kereta lagi (!)
adik aku langkah bendul <3
tak apa lah,
cakap nak jadi kakak mithali (:


"jom makan."

"aik? buat apa makan dulu? pergi lah mandi dulu. nanti lapar balik."

"makan lah dulu. lepas mandi makan lagi."

"baru kakak niat nak makan kueteaw banyak-banyak. kalau dua kali makan limited edition lah."

aku datang pantai bukan untuk mandi~
tapi untuk makan (!)
sebab macam tak suit sahaja aku mandi tempat open gini >.<
dah lah sorang-sorang perempuan yang kecik (!)
umi pun datang pantai nak baca katalog courts sajo.


hari ini aku panggi adib penyu~
sebab dia main pasir guling sana-sini
terabai muka dan badan yang penuh pasir (!)


agak-agak lah kan~
nanti adib dah masuk sekolah rendah,
sempat tak dia main bola suka-suka dengan abang-abang dia yang dah matured (?)
oh my little boy :'(



stop (!) stop (!) stop (!)
adib nak main jugak >.<


ini baru mandi bersopan
sila pakai baju jika anda ingin mandi di tempat awam
walaupun aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut sahaja (:

apabila dah alone duduk tepi pantai~
mulalah aku buat aktiviti-aktiviti pelik =.=
tangkap gambar ikut dang jah (!)
sempat lagi buat aktiviti minta petunjuk daripada Allah.
macam usrah sorang-sorang plak >.<


yang terasing itu indah <3

mula-mula saja gatal tangkap gambar bunga ni
sebab ada tengok beberapa orang jejaka tangkap gambar ni dulu (!)
saja, suka-suka tiru orang >.<
bila transfer gambar dalam laptop
tiba-tiba terpegun tengok bunga ini (!)

kalau luaran dah cantik, 
rasa nak bawak balik sajo (!)
tapi~
aku tak sempat lah pulak bau.
kadang-kadang bunga ini cantik pada luaran tapi tak wangi (:

sesungguhnya beruntunglah yang memiliki bunga yang wangi (!)
kalau tak wangi tak apa~
la tahzan~
letak perfume banyak-banyak (:

majaz tahap tinggi yang perlu difikirkan oleh minda kelas pertama*

barisan pelakon utama untuk entry kali ini
give them a clap (!)
a only, okay (:


ciptaan Allah itu indah (:

notakaki:
entry ini ditulis gara-gara mata aku terlelap membaca bahan2 persediaan temuduga esok (!)
bagaikan membaca buku sejarah >.<

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday, 4 May 2012

Be Positive ( ! )

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

" mana ada orang gila mengaku gila "

seharian aku terfikir petikan perbualan ini.
dalam hati aku tertanya,
apa salahnya mereka tak mengaku?
means mereka tak minta untuk jadi gila
tetapi mereka mendoakan mereka sembuh seperti biasa.

bukankah setiap perkataan itu doa?

"apa khabar iman kau?"

"In Sya Allah, bertambah."

"apa kau buat untuk tambahkan iman tu?"

"amar makruf nahi munkar."


aku faham yang bukan mudah anak remaja nak bertanya soal agama sesama kawan2
jadi, beruntunglah kepada mereka yang memiliki sahabat mengingatkan kita pada-Nya.

aku teringat zaman-zaman sekolah~
di mana aku cukup anti dan menyampah dengar bab-bab jadi baik ini.
tapi hari ini~
aku baru sedar sesuatu,
apa yang kita kata memotivasikan diri kita (!)

apa kau cakap ni lin (?)

"aku lah manusia yang kalau ada peperiksaan menipu, aku akan gagal! tak pun hampir-hampir gagal"

pernah dengar kawan anda berpoyo sebegini?

sorry to say~
anda tidak sewajarnya melabelkan dia si poyo!
sebaliknya~
anda perlu turut mendoakannya (:
pada masa yang sama anda perlu mengerti,
dia berkata begitu untuk memotivasikan dirinya untuk sentiasa jujur.
bohong itu berdosa kan?

siapa yang suka buat dosa (?)
memang sengaja kau tempah nak dapat rumah yang kekal yang sempit kan (!)
kubur*

"aku memang pakar bab-bab menipu ni."

anda suka dengar orang kata begini?
nampak lucu kan?
dan ini yang membuatkan kita ketawa terbahak-bahak dengan kawan-kawan!
sedar tak sedar~
itu satu doa.

aku sendiri kene revision adab-adab bergurau balik (!)

anda pernah rasa meluat tak tengok perbualan komen2 sahabat2 yang "bajet baik"
anda kenal dia yang sosial
tapi sudah pandai berbicara soal agama.

aku pernah (!)
sebab aku cemburu tengok kesungguhan mereka mendalami agama.
bukan mudah nak jadi baik >.<
pernah dengar perkataan paksa rela (?)
dalam melakukan perubahan~
kita perlu paksa diri terlebih dahulu,
sedikit demi sedikit~
perubahan itu semakin berkualiti.

mula-mula paksa~
lama-lama biasa (!)

apa pandangan anda mengenai orang couple (?)



bukankah Allah ciptakan manusia pelbagai kerenah (?)
andai anda jumpa orang yang membenci anda
mahupun membuat maksiat~
berterima kasihlah padanya juga,
kerana dia mengingatkan kita kepada kekuasaan-Nya (:

( hak milik senyom design studio )
notakaki:
Orang baik jgn kita sangka tidak pernah berbuat dosa 
dan jangan pernah sangka orang jahat tak pernah buat kebaikan :)

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Thursday, 3 May 2012

Ingin Menjadi Pendidik Bukan Pengajar

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful


aku tahu memang tak wajar untuk tukar cita-cita
semata-mata untuk menghadiri temuduga next week >.<
bukan mudah dalam membuat keputusan
kerana
perancangan Allah penuh dengan rahsia (!)


aku tahu nanti penemuduga akan tanya
"awak ni betul kah nak jadi cikgu?"
kalau minggu depan adalah tahun lepas~
dengan yakin aku jawab
"ya, saya sangat yakin! tanpa seorang cikgu tiadalah doktor!"


once wind blow it will never come back~
begitu juga dengan semangat (!)
manusia boleh berubah.
aku selalu tanya pada diri aku sekarang
"manusia sekarang boleh harap kah? ada kah manusia yang nak realisasikan impian aku?"
semut sendiri pun tak percayakan manusia kan (?)


menjadi seorang pendidik bukanlah satu benda yang remeh (!)
belajar memang tak tough jika dibandingkan dengan medik~
tapi,
bekerja memang tough sebab kene berhadapan
dengan manusia pelbagai kerenah.
tambah-tambah anak-anak kecil~
Ya Allah, penyabarkah aku dalam mengasihi mereka kelak?

aku rasa aku lah ustazah yang paling garang nanti (!)


aku tahu pekerjaan pendidik ini sangat mulia (!)
tetapi,
kemuliaan itu dapat dirasai dengan keikhlasan~
aku tahu juga minat itu boleh dipupuk,
tetapi,
adakah kesabaran dapat dipupuk dengan mudah (?)


dengan nama Allah aku bertawakkal :'(

karangan tak tulis lagi.
hujah2 nak jawab dengan penemuduga tak kukuh lagi.
semuanya perlu datang daripada keikhlasan.
aku yakin,
dengan keikhlasan membuat sesuatu hasilnya akan menjadi baik (!)
seperti mana seorang ibu menyediakan masakan untuk keluarga~
keikhlasan itu dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

andai aku ingin menjadi seorang ustazah~
aku ingin pastikan ada sasaran yang betul.
bukan sekadar mengajar mengikut silibus~
bukan hanya goyang kaki memandangkan bukan matapelajaran peperiksaan.
aku sedar~
apabila aku memilih bidang ini~
sebenarnya membuka ruang untuk aku mendalami ilmu agama yang lebih.

jadi yang mahal <3


syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.