Wednesday, 16 May 2012

Sayang Kamu, Birthday Girl ( ! )

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

Dear Munifah Baba,
Saya bagaikan sudah terasa hari ini 17 Mei. Tertinggal tarikh 16 Mei. Entah kenapa tarikh tu menghantui saya. Bukan sengaja nak lupakan birthday awak, tapi 17 Mei lagi tak dapat lupakan apabila awak akan mendaftar ke UPM (.") Terasa berat hati nak berpisah dengan kawan-kawan. Mungkin selama ini memang kita ada jarak pada alam realiti tetapi di alam maya tiada jarak kan (?) So, masih terasa dekat. Senang bercerita sana-sini. Apabila awak melangkah ke alam universiti, automatically ingatan awak pada saya akan kurang =.=' 

Bagaimana saya boleh berkata sedemikian (?) Masing-masing akan struggle dalam bidang masing-masing. Kita sama-sama berada di tangga yang sama. Manakan tidak, bukan minat kita untuk mempelajari bidang sains ini. Mungkin awak lebih seronok kalau dapat law memandangkan awak hot stuff pada sejarah, tetapi Allah hadiahkan awak sains pertanian kerana Allah tahu itu yang terbaik (: Dan awak kenal saya kan (?) Suka kepada sesuatu yang mencabar. Even saya tak minat subject sains, saya minat kedoktoran (!) Kalau boleh, nak jadi doktor tanpa belajar ilmu sains (: bukan doktor bawah jambatan* heeew~ However, Allah hadiahkan saya kos pergigian. Seingat saya, tak pernah saya jaja cerita dengan kawan-kawan yang saya nak jadi doktor gigi kan (?) Tapi lepas saya terima banyak feedback yang kata beruntunglah dapat dental, saya baru faham, ramai kaum hawa bercita-cita nak jadi dentist. Ya Allah, terlalu banyak hadiah yang Allah berikan <3


Awak,
Bermula dari tingkatan empat kita berada di dorm yang sama, kelas yang sama, tempat duduk yang sama, banyak suka duka kita kongsi bersama. Memahami awak sangatlah perit bagi saya. Mungkin kerana saya serious orangnya dan tak boleh adapt dengan suasana kanak-kanak riang (: Macam-macam salah faham antara kita berlaku. Thats why waktu tingkatan lima saya dah tak mampu berada di sisi awak dalam kelas kerana saya tak sanggup jadi GARANG lagi (!) senyum* Tapi alhamdulillah, saat-saat akhir hari persekolahan kita dapat bersama. Walaupun awak ada aimi di sisi, saya tetap rasa selesa. Sebab saya sedar saya bukan contoh teladan yang terbaik bab-bab sahsiah ni (: Kalau tak kenal awak, mungkin saya tak belajar erti kehidupan kanak-kanak riang <3


Budak comel,
Masih teringat sambutan birthday saya waktu form 4, awak terlalu banyak kejutan buat saya (!) Saya terharu, tapi saya tak tahu bagaimana nak tunjukkan keterharuan saya tu. Saya nak kiss awak tapi tak boleh. tipu* Banyak benda saya belajar dengan awak. Terlalu banyak. Mungkin satu masa nanti jalan hidup saya bersama awak akan menghasilkan sebuah novel cerita kanak-kanak mahupun novel remaja (: Dan saya pasti awak akan suka sepertimana awak suka pada Ain Maisarah (!) heeew. perasan* Dan hari ini saya nak mengaku yang saya terima pendapat awak, suka dan cinta adalah dua perkara berbeza. Itu sahaja. haha :D Beria saya kaji idea awak tahu (!)

Saya sedar karangan saya ini tidak mengikut kronologi. Idea yang datang terus mengarahkan jejari menaip. Tapi saya dapat rasakan, hanya awak yang faham surat ini dan A+ untuk saya (!) perasan lagi* Saya cuma nak pesan dekat awak, belajar di UPM nanti, jangan main-main dah. Jangan ulang kesilapan kita belajar last minutes cam SPM (: Result SPM kita dah baik dengan belajar last minutes, tapi kalau kita belajar early minutes mesti gempak kan (?) So, kita belajar daripada pengalaman bukan kesilapan, right (?) Semoga teknik kita belajar bersama di saat akhir sedikit sebanyak membantu kita belajar dengan smart dari awal lepas ni (: Saya yakin awak boleh perform (!) Dunia U bukan dunia sekolah. Result SPM hanya tiket untuk kita menuju ke mana bukan tiket kita grad dengan cemerlang di universiti. So, ingat pesan saya "thank Allah for what you have, for what you need believe Allah." tulis dekat kertas tampal dalam bilik nanti*


Saudari,
Sanah helwah (: Jaga diri, jaga iman, jaga hati. Saya doakan yang terbaik buat awak yang dikasihi <3 Maafkan tindak tanduk saya yang tidak disenangi awak selama ini. Sesungguhnya saya adalah manusia yang masih belajar. Ingat saya dala  doa awak. Semoga sujud tahajjud sentiasa menghubungkan kita :'( 


Salam rindu,
SALIMI ISMAIL

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday, 14 May 2012

Dipermudahkan dengan izin-Nya

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
dipermudahkan urusan sepanjang hari.
misi untuk selesaikan perkara-perkara berkaitan usim.
even usim just local~
proudly presenting~
Allah know the best for me (:

sejak due menjak ni paksa diri tidur awal <3
alhamdulillah~
dipermudahkan juga untuk Qiam.
seperti yang pernah aku terbaca dekat satu blog senior di mesir~
dia terlalu sedih dan terasa rugi kalau terlepas Qiam.
dengan izin-Nya, aku sedang berlatih menjadi yang lebih baik.

solat sunat taubat.solat sunat tahajjud.solat sunat hajat.
alhamdulillah~
tiba-tiba terlintas pula nak doa~
Ya Allah, permudahkanlah urusanku hari ini.
Moga-moga kesenangan ini akan menenangkan hati umi abah.


usai solat subuh dan al-mathurat~
buka laptop dan cek facebook dan blog.
nothing interesting~
tapi macam biasa hantar love kepada tunang (:


masa bila kau tunang lin (?)
tak lah >.<
kawan baik, iA (:
aku sayang dia ketat-ketat sebab dia faham aku
dan pandai bimbing aku ke arah akhirat.
FATIMAH HASSAN (:

siapkan sarapan sambil2 lipat kain~
tiba-tiba, tup*
black out (!)


"umi, macam mana ni? baju dan tudung tak gosok lagi. umi ada tudung dah bergosok?"


"nih ambik yang ni besar sikit."

hambik kau (!)
umi bagi tudung tiga segi yang besar sikit >.<
sebab umi sedar anak dia dah start pakai tudung labuh.
aku cam diam seketika.
sebenarnya aku tak kisah pun pakai tudung tiga segi biasa
asalkan tutup dada (:

pssst~
aku suka pakai tudung bulat
sebab aku "kurang rajin" nak jaga kekemasan tudung :')

baju kuning yang aku iron bulan lepas masih tergantung~
kebetulan tudung umi yang labuh sikit tu warna kuning perlahan.
so, alhamdulillah =.='

jam 10 abah nak ambik untuk gerak ke jeli.
aku jam 09.30 dah mula bersiap-siap.
jam 10 abah tak sampai lagi =.='
mula baring-baring tanpa fikir kekedutan baju sangat.
tak sempat mimpi, abah ketuk pintu.

okay, jom gerak ke jeli (!)

kuala balah ke bandar jeli hampir 30 minit perjalanan.
aku memang suka tidur kalau naik kereta ni.
tapi kali ni kena teman abah
sebab nanti abah terlelap jugak (!)

misi pertama siapkan medical check-up (!)
seriously, lancar (:
tapi cam hape jewp kene bayar hasil RM 80 untuk medical check-up ni.
RM 20 untuk x-ray dan RM 0 untuk urine test.
mula-mula urine test, negative dadah okay (!) heeew~
then pergi x-ray, ergh~ tak ada orang. aku suka (!)
pastu timbang berat dan tinggi kan.
okay fine >.< 
berat:- 46kg. tinggi:- 159cm
last sekali jumpa doktor.
eh, doktor sama waktu medical check-up nak masuk SBP 2 tahun lepas (!)
aku tahu dia tak cam aku =.='

"awak ambil kos ape?"

"tamhidi pergigian."

"awak memang minat?"

"kalau boleh saya nak perubatan tapi dapat pergigian saya terima jelah."

"ini baru foundation kan? boleh tukar kos kan lepas tu kalau result baik?"

"yep, kene dapat pointer tinggi."

"boleh punya lah."

okay, fine (!)
aku tak dapat kawal apa yang aku cakap dengan doktor tu.
bagaikan hati yang berkata-kata.
aku memang akan gagal kalau ada exam menipu (!)

selesai medical check-up~
pergi ke pejabat tanah untuk matikan setem hasil
perjanjian bantuan ASASI pulak >.<
selesai, mudah (!)

after that terus ke tanah merah pulak.
aku dah mengantuk, dan abah pun lagi mengantuk (!)
30 minit perjalanan memang cam hape jewp.
berhenti beli soya hilangkan mengantuk.
satu kongsi dua orang
sebab abah tahu aku bukan suka sangat makan-minum ni (:

urusan bank mudah sahaja.
buka akaun dan pembayaran yuran~
sungguh, simple >.<
memang mudah sangat.
aku kembali dengan senyuman (:


sambil tunggu kad bank siap,
sempat lagi cakap dalam hati.
"Ya Allah, dekatnya Kau dengan aku."


"nak solat dulu atau makan?"


"solat dulu lah abah. senang hati sikit."

kesimpulannya,
semuanya lancar (:


upload gambar belum selesai (:
dengan izin-Nya hujung minggu ini.
moga dipermudahkan >.<


bersyukur tak terhingga~
akhirnya sampai juga ke tahap ini.
budak yang tak tahu apa-apa tentang cita-cita ini
akhirnya dihadiahkan Allah jurusan pergigian sebagai permulaan.
Allah kenal aku lebih daripada aku kenal aku.
terima kasih Allah <3

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Sunday, 13 May 2012

Misi Berhati-Hati

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~


langkah pertama menjaga hati adalah kena selalu berhati-hati (:
setuju (?)
heeew.heeew.heeew.
alhamdulillah~
kawan-kawan support hujah aku.
daripada kekuatan yang sedikit menjadi banyak sikit <3


merepek memang merepek.
tapi~
inilah dakwah santai namanya.
simple tapi terkesan (:

thanks kawan-kawan.

( hak milik senyom design studio )
.tacink.tacink.tacink.
sayang kawan-kawan yang selalu support aku.
yang kadang-kadang buat aku tergamam pada mulanya~
tetapi pada akhirnya aku menyedari ada apa dengan nasihat.

( hak milik senyom design studio )
dengan izin-Nya~
saya akan cuba dan terus mencuba.

( hak milik senyom design studio )
senyum (:

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.