Sunday, 18 November 2012

ada apa dengan khusyuk (?)

In the name of Allah
the most Gracious and the most Merciful~

"Khusyuk dijelmakan dengan peribadi unggul yang ditunjukkan oleh seseorang wanita - tidak bercakap kosong, lidahnya basah dengan berzikir, pandangan matanya sentiasa jaga daripada memandang maksiat, dan sentiasa mendahulukan urusan agama daripada urusan keduniaan. Ia adalah kesan daripada khusyuk yang didambakan."

[ Majalah Anis / Nov 2012 / ms 86 ]


"Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar."

(al-Ankabut: 54)





datang kesedaran bahawa solat aku tak sempurna. aku kata aku takut pada-Nya tapi apa buktinya (?)
sudah cukup dengan berdating dengan Allah menepati masa (?) Sepatutnya bila dizahirkan "aku mencintai Allah" pastinya aku akan setia menanti waktu menghadap Allah, setia di atas sejadah menanti masuk waktu solat untuk bertemu-Nya. humble*




"Dirikanlah sembahyang untuk mengingati-Ku"

(Toha: 14)


"Khusyuk membawa kebahagiaan kepada wanita. Bahagia dapat bersimpuh mengadap Allah. Mengharapkan redha dan pengampunan. Dirinya diulit bahagia saat dahinya khusyuk mencecah sejadah, tanda penghambaan dan kecintaan kepada Rabb......"

[ Majalah Anis / Nov 2012 / ms 86 ]




seronoknya memiliki solat sekhusyuk solat Hatim bin Aisam. Membayangkan Kaabah berada di hadapannya, kakinya berdiri di atas titian sirat dengan syurga di sebelah kanan dan neraka di sebelah kiri. Manakala malaikat Izrail berada di belakang. Perasaan seolah-olah itulah solat terakhir.

.________.






. Allah . Allah . Allah .


kadang kita terlalu melihat kesalahan orang lain couple, tak tutup aurat bagai sedangkan kita sendiri bersalah dengan Allah kerana berprasangka buruk dan mungkin pada masa yang sama tidak dapat menahan marah lalu mengutuk dan mencaci mereka. inikah kesan khusyuk kita dalam solat ? headshot*


jangan terlalu berkehendak melihat dosa besar sehingga mengabaikan dosa kecil.


syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Saturday, 17 November 2012

Masa.

In the name of الله
the most Gracious and the most Merciful~

1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

[ al-Asr ]



"dulu waktu kak lin sekolah rendah, cuti sekolah paling best! bangun awal pagi, tunggu depan tangga rumah mok. tunggu jemputan ajak main. bestnya."




next week last week duduk rumah dan hati rasa nak menjerit sekuat-kuatnya.







Ya Allah, aku rindukan masa kanak-kanakku. Masa yang terukir kenangan-kenangan manis.







Masa yang mengizinkan aku bersama keluarga sepenuhnya. Masa yang menyatukan kami semua.





masuk bilik adik-adik nak kejut subuh terasa sebak, next week nak tinggalkan mereka (!)
apakah untuk selama-lamanya mungkin kerana syarat mati ialah hidup bukan tua.
Ya Allah, baru semalam rasanya jogging dekat Kuala Kangsar, makan-makan satu family. erm -.-


Do you know how much I miss perak (?) sob sob sob :'(
manakan tidak tempat kamu adik-beradik mencipta kenangan.


bila pindah kelantan terlalu sikit kenangan bersama :'(
nothing interesting here without memory. 


Tengok bilik kak ngah, kosong. Tengok bilik sendiri, alahai mana kak long? Aku sedar umi lagi terasa kosong dan sepi apabila naik-naik tingkat atas, hanya satu bilik yang digunakan, bilik anak lelaki. Mana anak-anak perempuan umi? Semuanya menggalas tanggungjawab belajar yang semakin berat. Habis belajar setahun due, bermulalah sesi membina rumah tangga. Rasa sesuatu yang janggal. No wonder, masa kecil sahaja masa bersama keluarga :'( 


Menghabiskan sisa baki cuti dengan sebaiknya bersama keluarga.
Meringankan bebanan umi abah sedikit sebanyak. Oh, banyaknya tanggungjawab.
Aku sendiri rasa ganjil hidup seorang saja perempuan di rumah bersama umi -.- ke mana-mana menjadi peneman umi. bagaikan tulang belakang umi.



My sisters in Egypt and Kedah, I miss both of you. Spending my holiday with lonely. noktah.

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Friday, 16 November 2012

Bulatan Gumbira

In the name of Allah
the most Gracious and the most Merciful~

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” 

[Hadis riwayat al-Hakim]


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: 
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”

[Riwayat Al-Tabrani]



Ya Allah,
andai aku buta erti kasih sayang dalam persahabatan, ajarkanlah aku Yang Maha Pengasih agar tidak aku lukai saudara se-Islamku. Andai aku hidup dengan keegoanku, ajarkan aku untuk merendahkannya agar dapat aku terima baik buruk saudara se-Islamku. Andai aku mengharap sesuatu yang sempurna, ajarkan aku erti bersederhana agar aku tidak alpa saudara se-Islamku yang berada di bawah.





kadang hati memberontak inginkan seorang teman yang mengerti aku
sehingga lupa teman yang memerlukan pengertiaan aku pada masa yang sama.
kadang hati tertanya-tanya kenapa harus mereka bersikap begitu begini yang melukai aku
sehingga lupa aku sendiri bergelumang dengan sifat mazmumah yang lansung tidak mempedulikan mereka.




belajar untuk menghargai hadiah Allah yang baru bukan bermakna membuang hadiah yang lama.


._____.



SK Raja Muda Musa --> SK Sultan Idris II --> SK Raja Perempuan Muzwin --> SMK Agama Kerian --> SMK Bukit Merchu --> SMK Kuala Balah --> KISAS --> USIM



Rasa macam terlalu ramai sahabat yang Allah hadiahkan sehingga terabai tanggungjawab menjaga hati setiap individu. 
Asif jiddan :'(


syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.