Monday, 11 February 2013

[carca-merba]: motip?

"CREATIVITY is allowing yourself to make mistakes. ARTS is knowing which ones to keep."


cuti tinggal hari ini dan esok, tetapi masa itu tak pasti lagi menjadi milik aku ataupun tidak.
bahasa kias tinggi*

03 Feb 2013.
bertolak dari kelantan jam 10.30 malam dari tanah merah setelah seminggu bersuka ria bercuti di rumah tanpa belas kasihan mengenepikan buku pelajaran :D

04 Feb 2013.
sampai Nilai pukul 7 pagi. gerak ke kuliah jam 9 pagi. start kuliah jam 10.30 pagi. habis kuliah jam 4 petang. balik dari kuliah jam 5 petang -.-

07 Feb 2013.
dapat result Math Mid-sem. tahniah kepada yang berjaya dengan bantuan Allah. Mabruk! terima kasih Allah, hanya Engkau yang Maha Pemurah dan Maha Memberi Rezeki tanpa disangka-sangka.

09 Feb 2013.
sukan tamhidi. Tak pasti kenapa rajin sangat aku nak pergi TASCA even tak masuk bertanding. Mungkin kerana melihat penat lelah kawan2 uruskan semua benda ni.

10 Feb 2013.
Time square, kami datang >.< having an awesome day! thanks kepada yg memudahkan urusan.


i need to change my attitude! i do not like me myself right now! mungkin kena bersihkan diri, tempat tinggal. oh my Allah, tak boleh aku hidup dalam suasana yg tak teratur -.- Moga Allah mudahkan.


do not know what to say. mungkin sebab dah malas menghadap laptop.


okay, salam alaik!


.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Thursday, 31 January 2013

I am not good for all of you.

aku bukan budak baik jadi jangan pernah minta kesempurnaan daripada aku.


dear my friends,

jangan pernah fikir salimi ismail bertudung labuh means dia baik sebab sejujurnya salimi ismail bukan istiqamah dengan tudung labuh dan tak terasa diri nak pakai tudung bulat sepenuh masa.

jangan pernah fikir salimi ismail punya peringatan atau gerak hati memahami anda menunjukkan dia baik sebab kebiasaannya salimi ismail merasai dulu apa yang pernah anda lalui, maka dengan itu dia mampu lontarkan nasihat berdasarkan pengalaman pahit itu.

jangan pernah fikir salimi ismail jaga pandangan means salimi ismail hidup penuh tarbiyah tapi anda perlu faham memang itu sifat yang Allah sebatikan dalam diri ini dan sejujurnya jaga pandangan salimi ismail bukan bermakna menjaga hatinya lagi.

jangan pernah fikir salimi ismail sentiasa menjaga hubungan dengan Allah kerana sejujurnya jatuh dalam lubang yang digali syaitan sudah dia lali. ada masa dia ingat pada-Nya ada masa dia terkecewa dengan takdir-Nya.


cuma


bilamana salimi ismail menasihati anda, itu bermakna dia sayang akan anda. namun mungkin caranya tidak sebati dengan anda yang sopan dan santun kerana anda perlu sedia maklum dia bukan sesopan wanita solehah lagi.

bilamana salimi ismail lontarkan pendapat bukan diminta untuk ditolak mentah-mentah, tetapi dipohon untuk dipertimbangkan juga. pertukaran ilmu membolehkan fikirannya berkembang juga di samping boleh sebarkan lagi kebaikan ilmu itu.

bilamana salimi ismail menolak pendapat anda, bukan bermakna dia terasa dia lebih hebat tetapi mungkin dia belum tahu bagaimana cara untuk melontarkan ilmu yang dia sedia ada dengan cara yang betul.

bilamana salimi ismail berkata "tak apa, hidup kita masing-masing, masuk kubur masing-masing" bukan bermakna dia ingin tinggalkan anda dalam kejahilan tetapi dia ingin sedarkan anda hidup anda bukan boleh dikawal olehnya.


di kesempatan ini salimi ismail ingin memohon seribu kemaafan kerana:-

1. tak mampu jadi kawan yang baik.
2. tak pandai adakan perbincangan yang baik.
3. sukar terima pandangan agama yang baru selagi ada keraguan dan bercanggah dengan prinsip yang ada pada dirinya sehingga dirujuk kepada ustaz kepercayaannya.
4. tak pandai caring mengenai orang yang tak caring pada orang lain.
5. tak pandai jadi sopan dalam menasihati dan melontarkan pendapat.
6. tak pandai nak susun ayat nak sampaikan moral of the story.
7. tak mampu jadi contoh yang baik.
8. tak mampu jadi seorang yang ramah bertanya khabar bagai.
9. mudah berubah mengikut peredaran masa.
10. sangat degil dan tak percayakan orang yang tak rapat dengannya.


sorry, mungkin ini entry serba cincai sebab diri rasa macam dah rimas sekejap.
tak pasti kenapa tak suka orang layan salimi ismail dengan baik sangat, rasa masih belum layak.



jangan anggap saya baik kerana sesungguhnya anda perlu tahu dan sedar anda lebih baik daripada saya. jauh lebih baik.



syukran~



.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

Monday, 28 January 2013

Best Buddy Kaki Study?

"satu hari nanti salimi ismail pasti akan membanggakan siti nur anisah."


apabila anda memiliki kawan yang otai pada masa yang sama sering mengingatkan anda pada Allah, pastinya hanya alhamdulillah yang terucap. Haru tak haru semuanya hadiah Allah.


sem satu is nothing interesting for me stay in usim, seriously! BUT i just noticed that i have blocked my heart to accept new friends in my life. I always say, yeah "she is not understand me." and sometimes, "its really bored to have him as my friend." erk, it is a bad thing right. fweeee,, me myself hate the old salimi ismail ._______.



yeah, I am the king of badness in Kolej Islam in my mind -.-
( pegang prinsip mane ade orang baik ngaku baik. bajet* HAHA. )
dan aku akan cakap dekat kawan2 aku, "sorry, aku bukan macam budak KI yang lain."
tahap ghaban ape tak ngaku kite jahat, bile mengaku jaga lah sikit nama baik sekolah. yeah. sebab pada realitinya sekolah tu memang superb dalam tarbiyah, cuma aku lambat proses ilmu tarbiyah tu -.-



***stop****



mula-mula memang rasa tergamam dapat housemates yg memang rasa tengok movie itu buang masa.
memang tergamam dapat housemates yg ada schedule life yg sangat rapi.
memang terkesima dapat housemates yg rasa berjalan pergi dobi dan tunggu mesin basuhkan baju itu lebih buang masa daripada basuh dengan bantuan tangan sendiri.
bertambah double terkesima bila dapat housemates yg susah tahap kritikal nak buang masa shopping di hujung minggu bagai!





sumpah, hidup kau stress menghadap buku!




tak ada life lansung.






hello dear, let I tell you something. dunia bukan penawar stress :')





she teaches me, how al-Quran is the best way to release our tension and tiredness.
Bila mana kita membaca al-Quran, kita akan selalu ingat tiada satu saat pun amalan kita yang tak dinilai Allah. Penat kita menuntut ilmu ikhlas kerana-Nya, iA ganjarannya pasti ada di akhirat sekaligus di dunia.




teknik mengadu domba pada kawan bukan cara yang terbaik untuk hilangkan stress. 
harap maklum*

kenapa?

1. potensi kita untuk menambah cerita tentang kerajinan kawan kita sangatlah tinggi.

"bangun tidur sampai tidur balik buku saja dekat tangan."
memang terang lagi bersuluh menipu! masuk tandas mane ade buku kan -.-

2. potensi kita bertambah penat makan daging saudara seislam sangatlah tinggi apabila kita mula memburuk-burukkan kawan kita.

"dia memang kuat study tapi kurang beribadah pada Allah. Dia ingat kejayaan datang daripada usaha dia?"

3. potensi kita untuk masuk zon fitnah juga tinggi menggunung.

"dia ni belajar sebab nak kejar 35 seats degree pergigian lah tu. bukan belajar kerana Allah."

sedangkan niat orang yg selalu belajar.

"Ya Allah, sahaja aku menuntut ilmu kerana Allah Taala. Semoga dengan usahaku ini akan memberi kebaikan pada umat Islam kelak."

4. potensi kita buang masa memang sudah terang lagi bersuluh menunjukkan kelemahan kita memahami surah al-'ashr.

tanya pada diri adakah mengadu domba mengingatkan pada kebenaran atau menunjukkan kita menatapi kesabaran? maaf, masa anda telah terbuang dan anda tergolong dalam orang-orang yang rugi. dush!*





so guys, aku pernah tergolong dalam golongan yang rugi itu dan harap-harap tidak lagi dan tidak akan lagi tergolong dalam orang yang suka mengadu domba.

bila anda pernah terjatuh dalam lubang kesilapan yang digali syaitan, tariklah kawan2 anda supaya tak jatuh dalam lubang yang sama. cakap nak kawan sampai syurga ^.^





btw, hari tu ade majlis utk student2 dekan kan? HAHA. laughing* tapi, it is a touching part when ONE of my housemates tak join majlis itu even beliau layak sebenarnya. And I learnt something from him. and I need to admit satu kelemahan aku, sejak bangku sekolah aku selalu bangga dapat jadi top student dan lansung tak fikir kawan2 lain yang nak merasa pegang pangkat top student tu. saat housemate aku buat keputusan taknak pergi, aku rasa Allah sedang mengajar aku sesuatu.

"wahai salimi ismail, adakanlah dirimu dalam kehidupan mereka yang bercita-cita tinggi sepertimu tetapi perjalanan mereka untuk mencapai kejayaan itu lebih sukar."

Moral of the story, support kawan kita yang betul2 nak berjaya macam kita! jangan pernah nilai tahap kejayaan mereka yang kurang daripada kita dan jangan pernah bangga dengan kejayaan yang kita sedia ada :')





oh, tak sangka Allah rancang sesuatu yang lebih baik pada hari itu. Bilamana anisah skip dari majlis penuh tauliahan itu, kami shopping dekat tesco! rehat2 dekat surau dan bercerita tentang perancangan masa depan, Allah hantarkan seorang makcik yang banyak bertanya tentang latar belakang pendidikan kami dan sebanyak-banyak menyedarkan kami "we need to thank Allah for giving us the nikmat of ilmu." alhamdulillah, perbincangan kami tentang perancangan masa depan yang tergantung dibantu Allah dengan menghantar makcik tu :')



I believe that...
Pray harder, Allah is with you!
Allah jawab kebuntuan aku dengan mudahnya. Thanks Allah <3




terima kasih siti nur anisah binti saibi. 
I wish you all the best :')




.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.