In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.
Give me some space to talk about 'special guy'
bcoz it is a pressure when people ask me or talk to me about this guy.
Orang kata takut kalau jadi adatu.
Nauzubillah.
Aku pun taknak. Mohon dijauhi.
Tapi selalu juga aku fikir.
Untuk apa berkahwin disebabkan takut dengan pandangan negatif manusia?
Di mana redha Allah manusia letakkan?
Siapa taknak kahwin?
Even aku tahu tanggungjawab bila dah berkahwin nanti berat,
Aku pun nak kahwin sebab kahwin itu berpahala.
Besar ganjarannya.
Barangkali lelaki terlalu sikit.
Kerana itu umi abahku bimbang.
Ditambah lagi aku ni sakai garang semacam.
Ade ke laki nak?
Barangkali.
Aku sendiri tak pasti sejak bila aku jadi anti-lelaki.
Barangkali sebab lelaki selalu hancurkan kepercayaan aku.
Barangkali.
Kalau aku ingin bercinta,
Aku ingin si dia itu takut pada Allah.
Kalau aku ingin bercinta,
Aku ingin si dia itu cinta pada Allah melebihi cinta dia pada aku.
Kalau aku ingin bercinta,
Aku ingin si dia berkhidmat untuk ummah.
Kalau aku ingin bercinta,
Aku ingin si dia yang bijak utamakan apa yang lebih utama.
Dan kerana itulah aku masih tidak mampu bercinta.
kata mereka kita kena usaha.
dan jawab aku, aku hanya mampu berdoa.
usaha?
menjadi hambaNya yang tidak putus asa belajar untuk menjadi hambaNya yang setia.
setia dalam semua aspek kehidupan.
itu bukan usaha!
Kau kena cari laki, tackle laki.
Allahurabbi :(
walaupun aku memang jenis sengal-sengal mengada dengan kawan baik laki aku,
aku harap kalau nak ke stage serious,
kami perlu muhasabah diri balik atas sebab apa masjid itu hendak dibina.
Kenapa susah sangat orang nak percaya bercinta lepas nikah?
Kenapa?
Kalau tak bercinta tak boleh kahwin?
Aku bukan budak baik-baik, serious.
Tapi bila massuk bab lelaki, teman hidup dan perkahwinan,
aku consider lebih sikit.
Barangkali sebab nak berkongsi hidup dan sentiasa di sisi dunia akhirat.
Barangkali sebab aku punya impian untuk mengizinkan keluarga aku kelak
mengutamakan masalah ummah.
sekian.
doakan aku dapat suami soleh. suami soleh yang aku boleh pinjamkan pada ummah.
in syaa Allah.