Post. Tetikus digerakkan kepada view post pula. Semakan penulisannya disemak semula. Kekhuatiran kesilapan ejaan dan kesalahan fakta. Bukan mudah untuk seorang blogger yang mempunyai misi tersendiri ingin membuat coretan. Disemak teliti tanpa menghiraukan matanya yang sudah layu.
….apa salahnya kita kenali Allah yang telah memberi kudrat kepada anda untuk terjah blog saya ini…
Sedikit kesilapan pada nota kakinya pada pengakhiran entry. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena. Button back ditekan. Edit post. Ada penambahan antara perkataan kenali dan Allah.
….apa salahnya kita cuba kenali Allah yang telah memberi kudrat kepada anda untuk terjah blog saya ini…
Butang post ditekan kembali. View post. Kali ini hati lebih sejuk membaca pembetulan pada ayat itu. Ya Allah, sinarkanlah cahayaMu dalam hati-hati mereka yang membaca. Titipan doa disertakan, butang log out disasarkan. Penat seharian menuntut ilmu seorang peguam. Fakta-fakta sudah tepu di otaknya. Meminta bantuan akal untuk menjaganya pula. Sesi malam digunakan oleh Sarah untuk menyampaikan sedikit perkongsian di blog ‘saya,awak dan mereka tetap manis’.
“Tak bosan menghadap screen yang tak bercakap tu setiap malam ke?”
“Bagi sebab kenapa aku perlu bosan?”
“Kan aku dah cakap dia tak bercakap.”
Kali ini suara Farwah tinggi menjawab soalan Sarah yang dianggap tidak masuk akal.
“Kau tak bosan menghadap novel yang diam sepi setiap masa?”
“Novel kan tambah vocab. Lagipun seronok. Kelakar, buat aku happy, tahu.”
“Dan blog membuatkan aku gembira sebab dapat baca pandangan manusia pada realitinya. Novel tu imaginasi banyak. Apa barang.”
Senyuman meleret di pipi Sarah, lesung pipit kelihatan. Kening dimain-mainkan, meraikan kejayaan fakta yang tidak mampu disangkal. Farwah seakan-akan nampak tak nampak.
“Leceh lah baca luahan hati orang. Hari ini aku putus cinta. Aku tak faham kenapa mesti ini terjadi. Kesetiaan aku padanya, bla bla bla...”
Muka menyampah terserlah di wajah Farwah. Cukup tidak suka orang yang menganggap cinta itu penting. Gelas berisi kopi di sisi komputer riba Sarah diangkat oleh farwah. Hilang dahaganya.
“Kau tak rasa menyampah ke blogwalking dekat blog orang yang buat blog bagaikan diari dia. Tak malu ke nak kongsi cerita hidup dekat semua orang. Gambar pakai baju hot-hot nak tayang. Ingat hot sangat lah tu kalau ada yang komen, wah, nice lah.”
Nafas ditarik, Farwah menyambung pendapatnya kembali.
“Uwek. Tak suka lah aku. Jatuhkan saham perempuan. Aku nak tanya kau. Blogger lelaki ramai tak yang share soal cinta dia. Tak ramai kan. Blogger perempuan? Nak bagi lelaki terharu konon baca luahan cinta mati dia, buta ke? Budak laki yang tak berwawasan dekat dunia ni, memang suka tackle perempuan yang mudah cair ni. Yelah, dah mudah nak dapat, tak payah fikir banyak-banyak, tak berwawasanlah.”
Sarah pasang telinga sahaja sambil-sambil mematikan komputer riba. Sebenarnya sudah terfikir di fikirannya persoalan ini sudah sekian lama. Cuma didiamkan sahaja kerana hatinya menjawab sesuatu yang baik.
“Kan?”
Tindak balas yang ringkas diberikan oleh Sarah.
“Eh, kau takut kucing tak? Aku tengok hari tu bukan main terloncat katil sebab lari daripada kucing.”
Disambung lagi ayatnya kali ini. Idea diilhamkan Allah dikeluarkan.
“Aku takut lah dengan kucing. Aku dah cuba nak sayang kucing tapi Allah tak izinkan lagi. Takut lah kene cakar, geli dengan bulu dia yang lembut tu.”
“Kau tahu tak ada yang buat muka menyampah dengan kau waktu kau menjerit tu.”
“Lantak aku lah. Mereka tahu ke aku takut kucing. Tak kan? Kalau tahu, mesti mereka akan faham aku. Daripada menyampah dekat aku baik doa supaya Allah bagi aku berani dekati kucing.”
“Jadi?”
“Jadi apa?”
Persoalan itu bagaikan sensitif buat Farwah. Mungkin kerana Sarah menyentuh mengenai sesuatu yang tidak disukainya, kucing.
“Jadi kau bayangkanlah kau jadi perempuan yang selalu luahkan perasaan dia dekat blog. Kau ingat dia nak sangat luahkan dekat blog? Kalau boleh dia nak sangat privatekan tentang hidup dia. Tapi Allah tak izinkan. Kau ingat mereka nak kau menyampah dekat mereka? Taknak lah. Cuma kau tak tahu kenapa mereka buat macam tu.”
“Rambut sama hitam, hati lain-lain Farwah. Allah buat manusia ni pelbagai sebab nak bagi pahala dekat orang lain yang bimbing manusia lain. Tengok, pemurahkan Allah?”
Sekali lagi kening diangkat. Sudah menjadi kebiasaan. Kali ini bagaikan tidak diberi peluang lansung kepada Farwah untuk bercakap.
“Kau berusaha kan nak suka kucing, cuma tak diizinkan Allah lagi. Perempuan yang layan cinta remaja yang beracun tu pun ada juga terlintas nak jadi perempuan yang tak harapkan laki tapi Allah tak izinkan lagi. Jadi, apa kata kau doakan mereka dan moga-moga orang lain doakan kau juga.”
Farwah diam membisu. Berfikir dan tidak membantah. Pandangan sahabat ditapis untuk diterima, dibuang jauh nafsu ammarah yang menguasai dirinya tadi. Tenang kembali dengan beristighfar.
“Pinjam terjemahan al-Quran kau. Aku tertinggal dekat surau.”
Farwah statik di katilnya, hanya jari telunjuknya bergerak ke arah meja belajarnya.
“Aku ambil nanti lepas pergi toilet okay. Terima kasih. Selamat malam.”
Bacaan al-mulk menjadi amalan Sarah, persiapan menghadapi seksaan kubur kelak. Bukan niatnya tidak mengajak Farwah selama ini. Sarah yakin Farwah telah membaca al-mulk sebelum masuk ke bilik tadi. Sudah beberapa kali dia terlihat Farwah membaca al-mulk di ruang rehat asrama mawar itu. Mungkin kerana bimbang suara sumbang sahabat-sahabat lain yang melihat perubahannya mendekati jalan yang benar akan mematahkan semangatnya untuk bermujahadah. Sarah mengerti, persis seperti yang dialaminya ketika pertama kali ingin mendekati Allah. Bacaan al-mathurat turut menarik minat Farwah. Perbuatan itu lebih baik daripada perkataan, amalan harian Sarah diperhatikan Farwah, terasa tenang dengan kehidupan Sarah.
………………….
“Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.
Sticky note yang ditampal Sarah di atas meja berhampiran dengan al-Quran. Farwah senyum meleret. terharu dengan keprihatinan sahabat yang baru dikenalinya dalam tempoh lima bulan. Terasa seakan-akan sudah lima tahun dikenali, saling memahami dan saling melengkapi. Sukar baginya berselisih faham dengan Sarah. Bukanlah jenis Sarah berada di hadapan khalayak ramai berdakwah sebegitu rupa, tetapi sesiapa yang dekat dengannya akan tertarik dengan cara hidup yang sentiasa penuh dengan senyuman.
Lokasi taman universiti menjadi pilihan Farwah di waktu petang. Komputer riba yang dipikul tadi diletakkan di meja. Membuka blog ‘saya, awak dan mereka tetap manis’. Sudah menjadi aktiviti hariannya Cuma tidak dilakukan di dalam bilik kerana malu dengan sahabatnya. Pembacaan blog itu sedikit sebanyak memberi kekuatan kepadanya untuk bermujahadah. Pendekatan yang digunakan Sarah bukanlah tazkirah yang leret memanjang. Tetapi penggunaan bahasa yang mudah dan sebati dengan remaja menarik perhatian pembaca untuk singgah sebentar di blog ‘saya, awak dan mereka tetap manis’. Lebih banyak menarik pembaca untuk berfikir dan bermuhasabah. Isu yang dibawa bukanlah seberat batu yang menghempap bahu.
“Pandai juga Sarah tarik orang jejak masuk blog dia ni. Semua segmen contest dengan giveaway dia try.”
Mengomel dengan diri sendiri, senyuman terukir apabila membaca notakaki yang disediakan di entry yang baru diupdate oleh Sarah
Notakaki: awak senyum kita sama-sama dapat bonus mark. Jom tabung pahala nak dapatkan syurga yang kita impikan. Moga-moga Allah permudahkan urusan awak semua.
“Moga Allah lindungi awak Sarah”
……………………….
“Sarah, ada orang cari kau dekat depan main hall.”
Fatimah tercegat di hadapan Sarah. Mungkin letih kerana perjalanan daripada Dewan Utama ke Perputakaan bukanlah memakan masa yang singkat.
“Kenapa tak call aku saja. Buat penat kau berjalan.”
“Banyak lah kau. Mana telefon bimbit kau yang power sangat tu. Tengok sikit.”
‘10 misscall’. Semuanya daripada Fatimah. Sarah senyum merayu memohon maaf.
“Sorry sayang. Silent mood not vibrate mood. Salah tekan.”
“Dah dah, cepat pergi lah. Kesian orang tu tunggu lama.”
“Okay, dear. Nah duit, beli air. Kesian kau.”
Diterima sahaja wang kertas RM5 itu. Bukan mudah untuk menolak pemberian Sarah. Kalau ditolak, ada sahaja taktik yang digunakan Sarah untuk pastikan pemberiannya diterima.
Buku yang ditelaah diletakkan pada tempat asalnya. Kaki perpustakaan ini sudah hafal peta rak perpustakaan universiti terbesar di Malaysia itu. Barang disumbat di dalam beg dengan segera, namun tetap kemas. Nampak seperti sudah mahir dalam mengejar waktu. Langkah seribu dibukanya. Hilang daripada pandangan Fatimah. Digelengkan sahaja melihat jaguh berjalan laju itu.
Dilihat daripada jauh Dewan Utama itu. Seakan-akan hanya ada kereta BMW. Lelaki muda berkot ada di sisi kereta. Mata Sarah mula meliar, mencari kaum hawa yang berada di situ. Cukup lemah untuk berkomunikasi dengan lelaki. Takut. Dilihat Farwah di taman. Dihubungi dengan segera.
“Farwah, pandang ke kanan sekarang.”
“Kenapa?”
Arahan tetap diikuti. Kelihatan kelibat Sarah.
“Datanglah dekat aku jap. Urgent. Cepat tahu.”
Nafas tercungap-cungap Sarah membimbangkan Farwah. Komputer ribanya terus dimatikan segera. Tidak sempat disimpan di dalam beg, hanya dipegang di tangan. Berlari semampunya.
“Kau apahal hah Sarah.”
Terbongkok-bongkok Farwah, menarik nafas. Komputer ribanya diberikan kepada Sarah, didenda kerana menyeksanya untuk berlari 200 meter.
“Teman aku jap. Ada lelaki nak jumpa aku. Tolong aku, please. Bimbang nanti aku termaki dia. Kau fahamlah aku dengan laki macam mana. Dingin.”
Muka sarah ditatap Farwah. Kesiannya muka.
‘Engkau cantik sangat Sarah.Lelaki mana tak nak cuba kau. Nasib badan lah Sarah.’
Getus hati Farwah. Kecantikan Sarah menyebabkan ramai kaum adam hendak mendekatiya. Namun, masih belum berhasil memperolehi Sarah kerana ketegasannya. Pantang lelaki mengoratnya, ada sahaja ayat sasteranya.
‘Beb, ada yang tengok kau lah. Tak macholah tengok kau ikut-ikut aku. Try kau tengok atas. Ada Allah. Malu lah.’
Ayat biasa yang dikeluarkan Sarah. Kalimah Allah tetap disebutnya, mengingatkan semua orang kepada Maha Pencipta.
“Jomlah. Jangan lupa belanja aku cornetto yang menjilat jari lepas ni.”
“No hal,”
……….
“Encik, anda cari Siti Sarah binti Ahmad kah?”
Batuk mendahului sapaan juga.
“Assalamualaikum,”
Lelaki berkaca mata tercegat di hadapan Sarah membalas persoalannya.
“Malulah Sarah. Asal tak bagi salam dulu.”
Farwah membebel perlahan sahaja, hanya untuk didengari oleh sahabatnya. Tersenyum, ditahan sahaja gelak.
“Sayang, makruh lah lelaki jawab salam perempuan. Baik aku tak payah bagi.”
Dibalas Sarah dengan frekuansi nada yang pada tahap minimum.
“Waalaikumussalam, encik….”
Kali ini nada suaranya kembali tegas dengan frekuansi sederhana.
“Oh, Encik Hadi. Saya Ahmad Hadi. Saya daripada syarikat Rahmatullah Bhd., syarikat penerbitan karya-karya Islam.”
“Okay, saya tahu. Mustahil satu Malaysia kenal syarikat anda tapi saya tak kenal. Ada apa urusan dengan saya?”
Kali ini mata Farwah terbeliak, terkejut agaknya. Masih pada tahap yang dapat dikawal.
“Syarikat kami alu-alukan anda untuk bekerjasama dengan kami dalam penerbitan karya-karya Islam. Ini surat tawarannya. Mohon dipertimbangkan."
………………….
Kini sudah masuk tahun ketiga Sarah bekerjasama dengan syarikat Rahmatullah Bhd. Dia merupakan blogger tunggal syarikat itu yang dilantik dan dipertugaskan untuk menjaga laman web sampingan syarikat yang mendapat liputan seluruh dunia. Nama syarikat ini semakin masyhur kerana telah banyak mendorong remaja mendekati jalan yang benar. Pada masa yang sama jualan buku syarikat ini melebihi sasaran.
Tiada sesiapa yang mengetahui gaji Sarah telah mencapai ribuan ringgit walaupun masih menuntut di universiti. Gajil lumayan itu disalurkan kepada rumah kebajikan yang memerlukan untuk merealisasikan impian hidupnya yang ke-23. Pada masa yang sama, 50% gajinya setiap bulan juga disimpan untuk menghantar abang dan kakak iparnya ke Mekah. Mungkin kerana jasa kedua mereka yang sanggup untuk berikat perut di rumah untuk menampung perbelanjaan pengajian adik-adik selama ini, membuatkan Sarah tekad untuk memberikan khabar gembira ini suatu hari nanti.
“Nampak gayanya lepas ni sahabat kesayangan aku ni akan duduk banglo mewah lah kan.”
Farwah setia bersama Sarah. Tiada yang berubah walaupun Sarah mempunyai kerja sampingan kerana jadual hariannya tidak terganggu. Masa berblogging selama ini diganti dengan menulis di laman web. Hanya perlu ke pejabat pada hujung minggu untuk menyampaikan laporan semasa. Tiada perbezaan di mata Sarah juga. Misinya tetap sama. Membimbing manusia mencari hidayah.
“Kenapa pula nak duduk banglo mewah?”
“Ala, kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu. Encik Hadi tersayang itu apa? CEO Syarikat kan.”
Sedikit tergamam tetapi gurauan yang didoakan Sarah agar Allah memberi keizinan bagi dirinya menjadi pendokong setia Encik Hadi kelak.
“Encik Hadi bagai langit dengan bumi dengan aku. Aku tak layak lah. Ramai lagi staf dekat pejabat yang sekufu dengannya.”
“Eleh, kau ingat aku tak tahu yang kau orang berada. Hidup memang bersederhana tapi rumah bukan main big foot lagi.”
“Eh, pandai-pandai kau kan. Rumah tu idaman kakak ipar aku. Nak seribu cara.”
“Engkau pun nak seribu cara juga lah. Encik Hadi depan mata.”
Kali ini giliran Farwah pula mematikan idea Sarah. Sudah mula yakin dengan hujahnya, hasil pengaruh percakapan Sarah selama ini.
No comments:
Post a Comment