Saturday, 28 January 2012

contengan hati~

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

kenapa anda tak suka bergaul dgn masyarakat?
kerana saya tahu siapa saya. saya tak suka masyarakat yg tidak pandai menjaga kata-katanya kerana sedikit sebanyak membuatkan saya terasa hati dan menaikkan darah saya. saya bukan seperti org lain. kemarahan akan membuatkan saya sakit kesuluruhannya, rohani dan jasmani.saya masih baru mencari erti bermujahadah, jadi masih lemah menahan nafsu ammarah saya.

kenapa anda tetap bertahan hendak bermujahadah?
saya tidak boleh berpatah kembali kepada kekufuran krn kemanisan iman akan diperoleh apabila seseorang itu malu utk kembali kpd kekufuran. hidayah itu milik Allah. saya tidak akan mudah terpedaya dgn bisikan syaitan yg ingin membawa bersama mereka ke neraka.

tak bosan jadi budak baik?
hidup dekat mana lagi lama. dunia atau akhirat? bosan dekat dunia tidak mengapa asalkan dekat akhirat tak rasa terseksa. manusia memang pelik kalau tengok kita macam ustazah, tetapi bukankah menjadi yg terasing pada akhir zaman ini bnyak kelebihannya di sisi Allah?

manusia sering mencari-cari kesalahan org yg dilihat baik, tak rimas?
rambut sama hitam hati lain2. nak puaskan hati SEMUA manusia memang susah. bukan semua yg kita buat perfect sebab manusia ini tak lari dari sifat lemah. kalau ada pihak yg tak suka dgn sikap kita, never mind. mulut anda, anda yg tanggung kelak. siapa manusia nak menilai sesama manusia?

bagaimana utk rawat kesakitan hati apabila sedang marah?
diam.istighfar.tunduk. hanya itu yg mampu saya buat kerana saya memang sensitif dgn kesilapan kata2 manusia. tambahan pula saya agak terkilan kalau tuada kata maaf yg terlafaz dr mulut yg tak berlesen. saya tunduk krn iman saya masih lemah. dikhuatiri syaitan menguasai hati saya secara berlebihan.

harapan anda kepada pembaca?
terima kelemahan saya seadanya. saya masih mencari kebenaran berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. kdg2 saya bersikap lain macam krn hati saya sedang menapis sesuatu, bertanyakan yg mana benar dan yg mana salah. lafaz maaf drpd saya yg masih terumbang-ambing.

notakaki:
manusia hanya merancang tetapi Allah sebaik-baik perancang.
impian di hati hendak menjadi baik, namun jika ditetapkan Allah tersasar sebentar~
bukan tugas manusia mencacinya tetapi sewajarnya membimbingnya.


syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

No comments: