“Selipar jepun?”
Kelihatan raut wajah Filzah kehairanan. Sekali lagi mencampakkan pandangan ke arah kirinya, dipandang ke lantai.
“Macam mana lah jadi pemimpin. Tak ada penampilan lansung. Pakailah kasut kalau tak ada selipar yang sesuai.”
Mengomel dalam hati. Tangan mula mencapai pen, menumpukan perhatian kembali kepada pengajaran guru. Kali ini fokus tidak fokus sahaja, boleh dilabelkan dirinya sendiri bajet. Pergerakannya dikawal untuk kelihatan sopan. Khuatir si dia akan melihat sikap keganasannya.
“Aku nak belajar macam mana ni? Kenapalah mamat ni duduk sebaris dengan aku!”
Masih tidak senang duduk. Sekali lagi memandang ke lantai. Seakan-akan tidak puas hati melihat selipar jepun tadi. Heroin sekolah kali ini mempunyai misi tersendiri. Namun, sebelum bertindak harus dipastikan segala kebenaran.
“Huh, bukan selipar jepun dia lah. Mamat sengal punya selipar.”
Tangan ditarik keluar daripada beg. Dilepaskan kembali kamera digital miliknya, kekal disimpan. Niatnya terbantut. Pada masa yang sama senyuman terleret di bibirnya. Perasaan kecewa di hati gara-gara kegagalan misinya berbolak balik apabila melihat sandal adidas tersarung di kaki milik Hafiz.
Sesi pertama kuliah selesai. Masih statik di tempat duduk. Memberikan lampu hijau untuk kawan baiknya bergerak terlebih dahulu ke kantin. Alasan kali ini kerana matanya layu, ingin lelap terlebih dahulu. Pandangan Filzah tidak lepas untuk melihat Hafiz bergerak keluar dari dewan kuliah. Hilang bayangan Hafiz daripada pandangan. Filzah memandang ke papan putih di hadapan dewan kuliah. Melihat isi penting yang disampaikan tadi. Geram kerana tiada tumpuan tadi.
“Nasib baik cikgu ulangkaji sahaja.”
Menarik nafas lega, kembali tenang dengan senyuman nakal yang penuh kemuslihatan. Kekesalan tidak senang duduk selama satu jam setengah di dalam dewan kuliah terubat apabila melihat nota-nota miliknya. Baru semalam selesai mengulangkaji tajuk yang dibahaskan guru tadi. Terasa tidak rugi. Masih segar di ingatannya isi-isi penting tajuk itu.
Hari ini dia tampil sopan. Pada jangkaan kawan baiknya, mungkin kerana pemakaiannya pada hari ini lebih manis. Baju kurung tona kuning berserta tudung labuh bertona krim.
“Filzah, kau nampak manis lah hari ini. Pelik sangat, gadis melayu terakhir.”
“Hah? Apa yang lain?”
“Tudung krim tu nampak sesuai sangat dengan kau. Selama ni kan kau pakai tudung putih.”
“Merepek saja kau ni kan.”
Lesung pipit kelihatan di pipinya. Ikutkan hati, mahu sahaja Filzah meminjam tudung kawan lain pagi itu. Tidak suka memakai tudung krim. Bukan kerana warnanya, tetapi kerana kelabuhan yang menyebabkan dia tidak selesa. Tetapi, hasratnya diketepikan sahaja. Mengerti dalam kesibukan minggu peperiksaan ini , pastinya individu lain telah membuat target pakaian yang hedak dipakai sepanjang seminggu itu. Sudah siap digosok, kemas. Memudahkan mereka memakainya di saat kelas pecutan akhir dibuat secara tergempar.
Kerana kecuaian Filzah menguruskan jadualnya, tudung putih hanya tergantung di penyangkut baju. Terlalu tekun belajar di kamar, sehingga lupa perihal pakaiannya. Apabila disarungkan tudung putih, kelihatan comot dengan tompokan minyak di imej cermin.
“Cermin kene minyak ke?”
Dilapkan cermin. Tiada perubahan. Baru disedari tudungnya sendiri yang kotor.
“Lawak antarabangsa pula pagi-pagi ni.”
Tudung tadi dimasukkan ke dalam baldi. Kelas akan bermula 5 minit lagi. Berlari sepantas kilat ke bilik pakaian. Ditarik tuduk krim, terus disarungkan. Sudah tidak kisah tentang ketidakselesaan memakai tudung labuh itu, asalkan bersih dan senang dipandang orang. Terkejar-kejar menuju ke dewan kuliah. Tidak ingin lambat. Lebih baik baginya menunggu guru daripada ditunggu guru.
……..
Sesi kedua kuliah bermula. Kekuatan dikumpulkan Filzah sewaktu rehat tadi. Tidak ingin lagi hilang tumpuan dalam sesi kuliah.
“Banyak cantik kau. Kau dapat tumpukan pelajaran tapi aku terkial-kial tak senang duduk sebab kau!”
Kata-kata motivasi disuntik dalam dirinya. Tergugat dengan tumpuan yang diberikan Hafiz sewaktu sesi pertama kuliah. Suka bercampur benci berperang di hati kecilnya. Memori-memori pahit dikenang Filzah kembali untuk ubah perasaannya menjadi benci kepada Hafiz. Sepanjang waktu rehat digunakan sepenuhnya.
“Hai Cik Syakirah.”
“Hai Filzah. Weh, cuti hari tu aku mesej Hafiz. Kau tahu dia cakap apa?”
“Cakap apa?”
Hendak dengar atau tidak sahaja. Tidak ingin sesiapa pun tahu hatinya sudah mula tertaut pada jejaka yang mengganggap wajahnya seperti bekas kekasihnya.
“Dia cakap kau pelik! Dia sedar kau selalu usha dia.”
Terkesima Filzah. Rasa tergugat status gadis ganasnya jika diketahui dirinya sendiri melayan perasaan cintan-cintun ini.
“Hah, merepek! Dia yang usha aku. Kalau dia tahu aku usha dia kiranya dia usha aku juga lah kan?”
“Entah.”
Jawapan ringkas menyebabkan perasaan kesal menguasai Filzah. Perasaan malu juga menebal.
“Benci aku dengan kau! Ingat aku nak sangat usha kau! Dah curi hati aku tapi tak bertanggungjawab.”
Memori ini terlalu berdarah bagi Filzah. Hafiz seakan-akan menggelapkan seluruh hidupnya. Terasa maruahnya tercalar apabila dipandang sebegitu rupa dari mata kasar seorang lelaki.
“Jom gerak pergi dobi, ambil baju.”
“Boleh sahaja cik Aimi.”
Gaya Filzah persis seperti pelajar universiti. Memilih untuk memegang buku di tangan. Nampak segak. Ramai sahaja yang ingin mencuba menghampirinya tetapi dia lebih rela kesunyian. Senakal mana pun Filzah di sekolah, dia tetap disenangi kawan seperjuangan kerana cukup mesra dan menjaga hak kebajikan kawannya. Lebih penting lagi dia tidak melayan lelaki. Memang sudah memahami pelajar sekolah agama memang begitu, cukup anti dengan perempuan yang melayan lelaki.
“Eh Filzah, kau mesej dengan siapa budak laki sekolah ini?”
“Eh, adalah.”
Ketawa kecil mengikuti jawapan ringkas. Tersirat 1000 makna.
“Cakap saja lah. Aku tak cakap dekat siapa-siapa. Percayalah.”
“Tak nak lah. Menjaga maruah lelaki tu. Budak tu budak baik lah. Nanti habis SPM aku cakap okay.”
“Okay. Jam 4.30 petang pada 13 Disember nanti, aku tunggu jawapan kau depan dewan.”
“Semangat betul. Tengoklah kalau tak lupa.”
Aimi hanya mencebik muka. Dicuit pipi Aimi untuk kembali tersenyum. Bukan niat Filzah ingin merahsiakan kepada kawan baiknya sendiri, cuma sudah terbiasa berahsia kerana manusia sering kali mungkir dengan janji. Bukan niat Aimi juga hendak menyibuk perihal kawan baiknya, cuma kagum dengan lelaki yang berjaya berkawan dengan Filzah. Ajaib.
………….
Esok hari terakhir bergelar pelajar sekolah. SPM akan selesai dengan peperiksaan kertas Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah. Masih ada sesuatu yang mengganggu fikiran anak kelahiran Terengganu ini. Malam terakhir itu bagaikan tiada sinar.
“Esok mungkin hari terakhir aku dapat tengok dia.”
“Dia boleh terima aku tak?”
“Tapi dia budak baik. Aku apalah sangat di mata dia, budak bermasalah.”
“Macam mana nak tahu perasaan dia dekat aku?”
Lamunan kali ini diselubungi air mata. Bacaan ayat al-Quran surah Yusuf dihentikan. Terlalu terbeban rasanya perasaan kasih yang tiada jawapan daripada pihak lelaki. Bersandar di tiang yang terletak di hadapan surau. Tidak berminat untuk mengulangkaji pelajaran.
“Syakirah, aku suka dia.”
“Habis kau nak suruh aku tolong kau.”
“Aku nak kau dengar apa yang aku nak luahkan ini.”
“Luahkan sajalah.”
“Aku suka dia sejak pertama kali jejak langkah dekat sini lagi. Kau pernah cakap kan dia tanya mengenai aku dekat kau waktu minggu balik pertama kan?”
“Aku ingat lagi dia tanya kenal Filzah tak? Mula-mula aku tak kenal kau. Tapi dia cakap kau satu kelas dengan aku. Baru aku ingat. Dia cakap juga kau sama muka dengan Sofia, ex dia.”
“Sebenarnya waktu kau laporkan perihal itu dekat aku, aku dah dapat rasa dia yang tanya. Maksud aku, sebelum ini aku tak tahu nama dia cuma cam muka dia. Waktu minggu jalinan kasih, selalu sangat bertentang mata dengan dia. Macam ada yang tak kena.”
“Dah ada aura lah tu.”
“Banyak lah kau!”
Lawak jenaka Syakirah membuatkan Filzah tergelak kecil.
“Walaupun aku tahu ramai kawan-kawan dia cakap dia jahat atau lupa diri, aku yakin dia budak baik Syakirah! Dia kan nak berubah jadi baik, kenapa tak bagi peluang dekat dia? Kenapa mesti ungkit cerita lama dia di sebalik mujahadah dia?”
“Aku pun sebelum ini pernah benci dia. Tapi lama-lama aku tengok dia makin bagus. Nampak perubahan itu.”
“Engkau ingat waktu minggu kokurikulum hari itu?”
Syakirah mencari idea untuk menjawab persoalan itu.
“Kenapa?”
“Sebelum program bermula, ada pembahagian kumpulan kan. Waktu aku dengar kumpulan akan dicampur lelaki dan perempuan, laju jantung aku bergetar.”
Menarik nafas. Mencari kekuatan bercerita.
“Engkau tahu aku dekat bilik basuh masa dengar berita itu. Bayangkan, aku berhenti basuh baju saat itu. Terus pergi ke papan pengumuman. Pakai kain batik saja tahu! Kau tahu apa aku buat?”
“Hah?”
“Aku cari nama Hafiz dulu tahu. Kerja gila kan? Tahu kenapa aku cari nama dia? Sebab memang setiap kali program aku akan dapat kumpulan dengan dia! Jumpa-jumpa nama dia, turunkan sikit jari, jumpa nama aku. Nampak!”
“Ada jodoh lah tu.”
“Banyak lah kau jodoh. Aku bimbang ini hasutan syaitan saja nak bagi aku perasan. Lagipun aku dengan dia kontra Syakirah. Dia Lembaga Disiplin, aku pula? Penghancur disiplin!”
“Okay, aku faham perasaan kau sekarang. Kau rasa tak layak untuk dia kan. Kau rasa mustahil untuk dapatkan dia kan?”
“Begitulah.”
Sebak hati Filzah. Pertama kali dia berkongsi perasaan yang sudah lama terbuku. Meminta petunjuk daripada Allah. Sudah beberapa malam dia melakukan solat istiharah, tetapi hatinya masih katakan suka kepada Hafiz.
“Dengar sini Filzah. Sebenarnya, aku dapat rasa kau suka Hafiz. Dan hati aku kuat katakan Hafiz pun sukakan kau!”
“Janganlah bagi aku harapan palsu.”
“Aku tanya Hafiz boleh?”
“Jangan lah. Malu aku nanti.”
“Pandai-pandai aku susun ayat nanti. Kau tak nak cuba mesej dia?”
“Tak nak aku. Nanti ada makhluk Allah yang ketiga hasut hati kami. Lagipun, dia sedang bermujahadah tu. Aku tak nak anak buah dia hilang hormat nanti disebabkan seorang perempuan. Macam-macam fitnah nanti tersebar.”
“Habis, macam mana nak buat kalau kau tak nak terus terang dengan dia?”
“Biarlah Allah yang tetapkan segalanya.”
Filzah sebenarnya menyedari perubahan pada dirinya. Semakin menghampiri Allah dan yakin dengan janji Allah. Mungkin hasil tarbiyah yang diperolehinya di sekolah agama ini.
“Kalau ada jodoh tidak ke mana lah Filzah.”
“Syakirah, kau ingatkan aku kalau aku terpesong nanti okay. Aku nak jadi baik macam dia.”
“Macam perli aku saja. Kau tahu tak, aku kagum dengan kau sekarang. Dah banyak berubah. Aku yang terasa kerdil. Sebab itulah, ada orang lain suka kau.”
“Suka aku? Siapa yang malang sangat tu?”
“Aidil.”
Diam seribu kata. Sebenarnya, perasaannya sudah dapat rasakan sebelum ini. Cuma didiamkan sahaja.
“Mana kau dapat cerita merepek ni?”
“Aku nampak dari gerak geri dia tengok kau.”
Firasat Syakirah tidak dapat disangkal. Filzah sendiri sebenarnya sudah peka dengan perasaan manusia sekelilingnya. Cuma lebih suka disimpan, khuatir gerak hati tanpa bukti akan menjadi fitnah.
“Salah aku Syakirah. Aku yang gatal nak layan dia sebelum ni. Konon nak buat kawan baik. Tapi, tengok apa pengakhirannya. Mesej dia akhir-akhir ni pelik tahu. Ambil berat sangat. Aku jadi rimas.”
“Habis, kau nak buat apa?”
“Buat apa? Kurangkan mesej lah. Tak sanggup aku hancurkan bala tentera Islam sendiri.”
Perbualan dengan Syakirah petang tadi berlegar-legar di fikiran Filzah. Terasa masih jahil diri ini, sedikit sebanyak memberikannya kekuatan untuk mencari sinar baru dalam hidupnya.
“Ya Allah, pertemukanlah aku dengan Hafiz esok hari andai masih kau izinkan bagiku mengharap padanya.”
Filzah bangkit meninggalkan surau. Terasa lebih tenang, seakan-akan malaikat mengiringinya bersama. Memilih untuk tidur awal malam ini. Disertakan niat untuk bangun awal esok hari. Tidur sedikit sebanyak dapat menenangkan hatinya yang sedang bergelora.
………….
Selesai menjawab kertas terakhir Sijil Pelajaran Malaysia. Kesyukuran dilafazkan di bibir Filzah. Kali ini Allah masih membantunya. Jujur saja diperakui Filzah, dia bukanlah sehebat kawan yang lain dalam matapelajaran agama. Tetapi kali ini, pecutan terakhir Filzah di awal pagi yang penuh dengan kebuntuan memilih untuk membaca soalan target yang dihantar oleh kawan lamanya sahaja. Ikhtiar terakhir baginya. Berserah pada Allah setelah itu.
Kegembiraan pelajar-pelajar sekolah agama ini disambut dengan doa wehdah. Dipegang erat bahu sahabat-sahabat seperjuangan, terasa manisnya ukhuwah yang terjalin selama ini.
“Di sini aku belajar erti kasih sayang Allah!”
Hati Filzah berbicara di sebalik kesedihan memikirkan doanya pada hari semalam. Ya Allah, berikanlah hamba petunjuk-Mu. Dalam kesibukan bersiap-siap untuk pulang, berbeza dengan Filzah. Masih mengajak kawan baiknya melepak di sekeliling sekolah. Mengenang kembali memori bersama. Luluh rasanya hati ini.
Siapa yang tidak mengenali Filzah dengan keyakinannya ketika berjalan. Tegak seperti kayu, seolah-olah berani. Tidak sama seperti perempuan lain di sekolahnya itu, berjalan dengan penuh berhati-hati. Bimbang agaknya apabila bertembung dengan kaum adam di selekoh tajam. Kaum adam didahulukan untuk berjalan. Filzah tidak suka seperti itu. Naik kepala kaum adam di matanya!
“Ada hati nak orang hormat, kaum hawa sendiri tidak dihormati! Lembut tak bermakna boleh dihina!”
Alasan yang diberikan Filzah apabila ada yang memerlinya. Kerana nila setitik rosak satu belanga. Hanya segelintir pihak yang mencari masalah dengannya, tetapi semua lelaki perlu menerima tempiasnya. Bukan semua memori indah diciptakan di sekolah itu, kebanyakannya pahit. Namun, yang pahit itu disukai Filzah. Difitnah dan dicemuh membuatkannya lebih matang. Lebih berhati-hati dalam menilai orang sekeliling.
“Aku tak pernah terlintas nak lelaki baik macam budak sekolah ini. Di mata manusia, baik itu ikut semua perintah Allah kan? Tapi manusia tahu tahap keikhlasan seseorang itu beribadat? Sebab itu aku mencari orang yang boleh ubah aku menjadi baik. Sebab keikhlasan dia beribadat akan dapat dirasai orang sekeliling dan membuatkan orang terpaku.”
Prinsip hidup Filzah mudah sahaja. Tidak kisah dipandang hina di mata manusia, asalkan berhati-hati dalam memasang niat membuat sesuatu. Dipandang mulia di mata Allah lebih penting dalam menempuh cabaran kehidupan.
“Ya Allah, berikanlah aku petunjuk terakhir-Mu agar aku tidak disesatkan bisikan nafsuku.”
Masih memanjatkan doa kepada Allah. Kakinya semakin ringan meninggalkan kawasan sekolah, ingin menghampiri kawasan asrama. Bagaikan mustahil lagi untuk melihat kelibat Hafiz di saat ramai yang telah beredar pulang.
“Hafiz!”
Berdegup kencang hati Filzah. Terlihat kelibat Hafiz di satu sudut. Ditundukkan pandangan.
“Ya Allah, andai ini petunjuk-Mu bimbinglah aku mencari jalan-Mu.”
Senyuman lebar disimpan di dalam hatinya.
……………………………..
Filzah, kau tak perlu tunggu Hafiz rasanya. –Syakirah
Kenapa? –Filzah
Hafiz cakap perjalanan hidup lama lagi. Mungkin kau akan jumpa orang lain dekat universiti nanti. –Syakirah
Okay, terima kasih. –Filzah
Berderai air mata Filzah membaca mesej Syakirah setelah seminggu meninggalkan sekolah.Matanya memandang ke arah siling. Memikirkan cara bagaimana hendak melupakan Hafiz. Tidak mengerti dengan diri sendiri kenapa terlalu sukar melupakan lelaki yang banyak kontra dengan dirinya.
“Kau tak kenal aku siapa Hafiz! Aku benci kau.”
…….
Macam mana nak jadi isteri solehah ni. Bertata pula, bukan bagi salam. Assalamualikum. Selamat malam. –Rashid
Mahu tidak mahu sahaja Filzah membaca pesanan ringkas yang diterima. Sengaja diberikan alasan oleh Filzah ingin tidur awal malam itu. Tidak selesa untuk berbalas mesej dengan lelaki yang bukan di carta hatinya.
“Makruh lah kau jawab salam aku nanti.”
Mengomel Filzah di dalam hati. Kini sudah masuk tahun keempat melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia. Jurusan kedoktoran menjadi pilihannya dengan keputusan yang cemerlang dalam SPM berbekalkan biasiswa JPA. Hidup Filzah masih sama seperti dahulu cuma kenakalan sahaja berkurang memandangkan kehidupan di alam universiti tidak terikat dengan peraturan seperti di sekolah.
Filzah tertidur, berpelukan dengan album gambar. Keletihan memandangkan waktu petang dihabiskan untuk bersantai dengan kawan sekuliah.
“Ya Allah, tertidur semalam.”
Deringan jam loceng telefon bimbit mengejutkan Filzah. Tepat jam 4.30 pagi. Cukup peka dengan bunyi, mudah sahaja untuk bangun di awal pagi. Selesai membaca doa selepas tidur, disapukan kedua tapak tangan ke muka, masih sedar tidak sedar.
“Aku al-mulk tak semalam?”
Akal mencari idea untuk menyediakan jawapan. Kesan tidur pada waktu yang tidak dirancang. Semuanya bagaikan kacau-bilau.
“Dah baca lah lepas solat isya’.”
Jari kaki digerak-gerakkan lagi. Membetulkan urat mata di samping meningkatkan lagi tahap kesedaran diri. Memaksa diri untuk berposisi duduk, tidak mahu terlena kembali. Senyuman pagi yang terukir bertukar seketika apabila matanya tajam melihat album gambar di sisinya. Diambil lalu menghampirkan album itu ke wajahnya.
“Selamat pagi awak. Semoga Allah jaga iman awak selalu.”
Mata yang tertutup bagaikan mengelamun dalam kata-kata dibuka kembali.
“Aku tak boleh sedih sebab kau lah!”
Bisikan hati yang membara mengukirkan kembali senyuman manis Filzah. Bergerak dengan yakin ke kamar mandi. Mengambil wuduk. Bersiap untuk Qiam. Seperti biasa, selesai solat taubat, solat tahajud disertakan dan diteruskan dengan solat hajat. Mencari kekuatan di sebalik solat malam itu.
Aku nak jumpa kau boleh? Ada masalah lah sayang. –Filzah
Tiada masalah. Jumpa di kafe biasa okay! –Aimi
“Awal kau bangun Aimi. Baru pukul 5.30 pagi.”
Getus hati yang kehairanan. Bukan mudah melihat seorang pelajar universiti bangun awal pagi.
“Aku tak tahu nak terima Rashid atau tidak.”
“Rashid? IR Rashid?”
Persoalan Aimi dibalas dengan anggukan sahaja.
“Terima sebagai apa? Kekasih?”
“Suami!”
“Hah?”
“Soalan apa yang kau tanya ni Aimi? Terima dia dalam hidup aku. Aku pusing sekarang perlu sangat kah aku balas mesej-mesej dia yang tak penting? Aku rimaslah.”
“Okay, maaf lah kawan. Tenang sahaja. Senyum dulu.”
Berat sahaja senyuman terukir, entah ikhlas atau tidak.
“Aku faham situasi kau. Tapi pada pendapat aku, kenapa mesti kau hidup dengan kenangan lama yang tiada kepastian? Pandang aku, Filzah.”
“Aku nak tanya kau, dia tahu perasaan kau dekat dia tapi kau tahu perasaan dia dekat kau? Tiada kepastian kan? Aku nak tanya lagi, bila last kau mesej dia? Pernah dia mesej kau dulu? Tak kan? Kenapa mesti kau terhegeh-hegeh dekat mamat yang tak pandai hargai cinta kau tu!”
Kali ini nada suara seorang kawan mula naik tanda geram pada seorang lelaki yang telah merosakkan hidup Filzah. Air mata Filzah bertakung. Menarik nafas yang panjang untuk memulakakan kata-kata.
“Aku tak harapkan semua ini terjadi, Aimi. Sakitnya jasad aku menanggung hanya Allah yang tahu.”
…………..
Aku nak alamat rumah kau boleh? –Rashid
Aku mana ada rumah. Belajar pun tak habis lagi. –Filzah
Kau ni memang sengaja jadi lurus kan? Okay cik adik bendul, aku nak alamat rumah umi abah kau. –Rashid
Maaf lah, kalau nak alamat umi abah kene minta sendiri dengan mereka sebab milik mereka kan? –Filzah
Susah betul dengan kau ni kan. Aku nak masuk meminang kau lah budak manis. –Rashid
Mesej kali ini tidak dibalas. Sudah beribu kali saja situasi seperti ini terjadi. Jawapan daripada Filzah hanya menyepi.
Filzah Amira binti Rahim, sudikah awak menyempurnakan hari-hari saya sehingga akhir hayat? –Rashid
Suasana petang di taman kampus bagaikan sepi seketika. Nafas Filzah terhenti dek waktu yang berhenti tanpa disedari. Sukar untuk jejari manisnya membalas mesej kali ini.
“Filzah, kau okay?”
Kedatangan Aimi menggerakkan kembali denyut nadi yang tergamam. Hanya tunduk ke bawah melihat kawasan rumput hijau.
“Kau nak terima dia?”
Aimi seakan-akan mengetahui bicara hati Filzah. Air mata mula disembunyikan. Sebak terasa dadanya memikirkan soal jodoh. Semakin berat rasanya menamatkan zaman kuliahnya. Lebih suka jika akalnya dipenuhi dengan persoalan pelajaran berbanding persoalan jodoh. Persoalan pelajaran ada jawapannya tetapi persoalan jodoh penuh dengan rahsia yang memerlukan kunci kesabaran.
“Filzah, kau tengok cincin kau ni. Kau yang bagi harapan dekat Rashid kan?”
Diam seribu kata. Filzah akui cincin yang diberikan Rashid disarung di jarinya atas dasar dirinya masih belum dimiliki seperti yang telah Rashid titipkan sempena hari lahirnya yang ke-20.
“Kau pakai cincin aku kalau masih ada harapan untuk aku tunggu kau, faham!”
Cincin perak sudah terbiasa berada di jarinya. Sayang untuk dilepaskan. Filzah sedari dia terperangkap dengan mainan hatinya. Pada mulanya, cincin itu disarungkan supaya tiada lelaki lain lagi yang muncul dalam hidupnya. Lebih mudah untuk membuat keputusan kelak. Tetapi kini, kebuntuan masih ada. Pada realitinya, dia memberi pengharapan kepada lelaki yang setia menantinya namun kesetiaan itu bagaikan tiada jawapan.
“Filzah, Rashid tunggu kau untuk jadi yang halal baginya.”
Sekotak hadiah kemas berbalut dihulurkan. Lama dipegang Aimi, berat tangan Filzah menerimanya. Diletakkan sahaja di sisi Filzah atas kerusi panjang tempat duduknya.
“Aku harap kau minta petunjuk dari yang Maha Penyayang. Ada jawapan di sekitar kau. Jangan terlalu hidup dengan kenangan dan harapan yang tiada kesudahan.”
Berlalu pergi meninggalkan kawan baik yang memerlukan ruang bersendirian. Kad kecil terselit diambil Filzah untuk mendapatkan jawapan pertama.
Dear awak,
Saya tahu bukan saya yang awak inginkan dalam hari awak.
Tetapi ketahuilah awak yang saya inginkan dalam hari saya.
Izinkan bagi saya membuatkan awak inginkan saya dalam hari awak kelak.
Filzah Amira binti Rahim, sudikah awak menyempurnakan hari-hari saya hingga akhir hayat?
Salam persahabatan,
Rashid Amir
………..
“Ada nampak Rashid tak Aimi?”
“Kenapa kau tanya aku? Tanya lah tunang dia.”
“Kau kan satu kuliah dengan dia. Dia ada tak waktu kuliah?”
“Entah, tak perasan lah. Cuba lah telefon dia.”
“Kau lupa perjanjian kami? Kau kan saksi.”
“Oh, maaf. Perjanjian yang mendatangkan hasil.”
Senyuman bermuslihat bermain di bibir Aimi. Lansung tidak mengubati keresahan hati Filzah.
“Yang kau cacing kepanasan ni kenapa? Mungkin dia belajar, semester terakhir dia kan kali ini.”
“Bijak idea kau. Terima kasih!”
Pipi Aimi menjadi mangsa cuitan kegeraman Filzah kali ini. Bergesa menuju ke perpustakaan. Lokasi tepi tingkap disasarkan. Tiada bayang kelihatan.
“Mana kau pergi ni Rashid.”
Ditarik kerusi lokasi belajar tunangnya itu. Menenangkan hati yang penuh kegelisahan. Nama-nama Allah bermain di bibirnya. Mendidik hati untuk bersederhana. Akal fikirannya masih melayang mencarikan jawapan di mana Rashid sekarang. Mahunya tidak, sudah seminggu tidak kelihatan jasad Rashid, sebulan tidak bersemuka dengan Rashid dan setahun tidak menghubungi Rashid menggunakan kemudahan teknologi.
“Dia bosan dekat aku kah? Aku ni cerewet sangat bagi syarat-syarat. Mestilah dia susah nak ubah kehidupan dia.”
“Alahai Filzah. Kau ni nak yang alim, hafal al-Quran, jaga pergaulan. Diri kau sendiri banyak kelemahan. Dia tak bagi syarat pun dekat kau!”
Filzah membebel pada dirinya sendiri. Berjauhan dengan Rashid membuatkan dia sedari bahawa Rashid terlalu bermakna dalam hidupnya. Kelemahan dirinya juga semakin dapat dibaca oleh hatinya kini.
“Kakak, ada abang bagi nota ni.”
“Terima kasih.”
Dear awak,
Jangan bersedih kerana ada Dia untuk menjaga awak untuk saya selalu.
Semoga pengorbanan kita dalam rahmat-Nya.
Bersangka baiklah dengan Dia selalu. Jom jadi pelajar top! Salam imtihan.
Hamba-Nya,
Rashid Amir
………
Sayang,
Abang tunggu sayang dekat kafe jam dua (:
Salam rindu,
Papa Amir
Filzah senyum bahagia dengan nota ringkas kekasih halalnya. Masih menggunakan cara tradisional, tiada penggunaan teknologi, hanya diselitkan nota pada beg tangan Filzah. Ceria sahaja hari-hari dilalui dengan penuh bersemangat.
“Filzah, aku nak ajak kau pergi majlis reunion sekolah lama aku. Kau ada masa tak hujung minggu ni?”
Ternganga Filzah. Kenapa Rashid tiba-tiba membahasakan dirinya aku? Raut mukanya juga agak tegas.
“Abang ni kenapa? Filzah ada buat salah?”
“Kenapa apa? Mana ada kau buat salah pun. Kau nak jadi couple aku tak untuk majlis kali ini?”
“Abang, Filzah nak pergi toilet dulu.”
“Jangan lama-lama. Nanti bau tandas ikut kau nanti.”
Lemah Filzah berjalan meninggalkan Rashid. Kali ini hatinya benar-benar patah. Cermin pada toilet dilihatnya.
Seribu satu persoalan berlegar-legar di fikirannya.
“Apa salah aku?”
“Kenapa dia tegas semacam?”
“Dia dah tahu mengenai Hafiz kah? Aduh, kenapa jadi macam ini. Hafiz pun sama, masa aku dah nikah baru cakap yang dia dah lama tunggu aku.”
Filzah hidup dengan kenangan masa lalu kembali setelah muncul Hafiz dalam hidupnya setelah sekian lama. Entah bagaimana Hafiz boleh hadir dalam majlis bahagianya.
“Tahniah. Maaf kerana saya terlewat sedikit. Mungkin tiada jodoh.”
Jawapan yang ringkas tetapi jelas kesedihan terpancar di wajah Hafiz. Mungkin selama ini dia sendiri keliru dengan perasaannya terhadap heroin sekolah yang terlalu kontra di matanya. Namun hakikatnya, kenangan kenakalan Filzah mampu membuatkannya tersenyum sendiri.
“Dah habis menangis?”
Rashid setia menanti Filzah, berdiri bersandar di dinding tepat sahaja di depan tandas. Mukanya tegang persis seperti mencari masalah baru. Langkah diatur mendekati Filzah dengan lajunya. Mata bertentang mata.
“Saya minta maaf kerana tak boleh jadi yang sempurna buat awak.”
“Awak sudah menyempurnakan hari-hari saya, abang.”
Telefon bimbit Rashid berdering. Mematikan mood mengelamun mereka.
“Awak duduk dulu okay. Saya jawab panggilan dulu.”
Dear awak,
Terima kasih kerana telah izinkan saya penting dalam hari-hari awak.
Bersangka baiklah pada-Nya.
Hidup dalam kenangan akan membuatkan awak tertekan.
Salam Sayang,
Rashid Amir
“Selamat hari persahabatan, sayang.”
Rashid mencium Filzah dari belakang. Saat itu terlalu bahagia buat Filzah. Sekeping kad kecil di atas pinggan Filzah berjaya menenangkan hati Filzah kembali.
“Terima kasih, abang.”
“Cuak dengan lakonan abang tadi?”
“Agak lah.”
“Bukan dulu awak suka sangat saya tegas dalam bercakap kan. Mana boleh mengada-ngada. Siap suruh straight to the point lagi.”
“Dulu kawan, sekarang kawin.”
Nada merajuk Filzah membuatkan Rashid bertambah romantik.
“Kan? Mana lagi best? Kawan atau kawin?”
“Banyak lah awak nak kenekan saya kan.”
“Hai Amir, mama Amir merajuk dengan papa Amir. Amir tolong papa pujuk Mama okay.”
Cuping telinga Rashid mendekati kawasan perut Filzah. Berbicara dengan kandungan berusia lima bulan itu.”
“Amirah lah, bukan Amir.”
“Hero menang bukan heroin.”
“Heroin lagi hebatlah.”
“Hero sayang heroin lah.”
Kesabaran Rashid membuatkan dirinya ada dalam hari-hari Filzah. Kini saling melengkapi dan bertambah sempurna. Siapa sangka daripada kawan baik menjadi kawan terbaik.
.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.