In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~
mari bercerita pengalaman~
jam 10 pagi bertolak dari rumah
memandangkan samihah ahmad cakap~
datang lah pukul 10 pagi.
atur punya jadual harian,
pagi2 dah siapkan tugas sebagai guard rumah.
sampai di stadium kira2 jam 10.30 pagi,
memang ramai tahap kritikal lah kan (.")
call samihah ahmad,
dia cakap ada dekat depan pentas.
jumpa punya jumpa,
saya cakap dekat dia~
" aku ikut mung lah deh "
" mung tok gi lagi ko?"
" dok lagi lah. bakpo? mung nok kelik doh?"
" holah, nok kelik doh. aku pusing doh.sapa pagi lagi. "
dear samihah ahmad,
kenapa awak tak cakap dekat saya datang pukul 8 pagi juga (.")
tidak mengapa,
ada hikmahnya (:
maka dengan ini,
family saya terpaksa tukar plan~
nasib baik parents saya tak keberatan temankan saya di karnival itu.
melangkah masuk dengan berebut,
tanpa barisan lagi~
menunjukkan kelemahan disiplin dunia Melayu.
( kelantan mana ada cina sangat )
daddy saya memang dah ada perancangan sebenarnya~
abah pergi kaunter pertanyaan,
dan tanya petugas,
di mana utk dapatkan khidmat nasihat kerjaya?
okay, caring betul abah bab2 pelajaran nie~
so, dengan mudahnya~
saya bertemu penasihat kerjaya.
cerita punya cerita baru faham~
nak jadi pensyarah bukan mudah!
kene belajar ilmu degree macam biasa dulu,
baru ambil Master and PHD untuk jadi pensyarah.
dan yang paling penting~
kerajaan susah nak taja untuk buat Master dan PHD?
kesimpulannya,
duit sendiri okay?
ditambah dengan lanjut usia lah belajar~
jujur sahaja, aku tak nak belajar lama2~
nak kerjaya yang simple
supaya masih banyak ilmu dunia luar yang saya nak belajar.
nasihat ini paling penting,
" Kebanyakannya yang berjaya dalam kerjaya bukan excellet student,
tetapi yang mempunyai skill hebat."
baru saya faham,
jangan pandang rendah kepada individu yg ambil politeknik
kerana mereka lebih banyak peluang jika result mereka bagus.
nak kongsikan lima bidang
yang peluangnya cerah pada tahun 2016.
Sains Sukan
Perbankan Islam
Hospitaliti
Teknologi
Sains
melalui khidmat nasihat kerjaya yang ringkas ini~
tak perlu aku jelajah satu per satu
tempat khidmat nasihat IPTA (".)
aku pilih untuk ke booth~
USIM dan IPG sahaja!
umi suruh pergi booth UTM
tapi saya cakap
" tak payah lah, kesian umi penat "
yeah, umi tahu saya ada hati ke UTM.
terima kasih umi dan abah (".)
" kak, bilo deh permohonan online ke IPG dibuka tahun ni?"
inilah yang terjadi pada saya~
berbahasa kelantan dicampur bahasa baku.
sepatutnya kelantan totally macam ni.
" kak, bilo deh permohone online ke IPG bukok tahung ni? "
tak tahu nak cakap loghat apa~
mula2 loghat kelantan,
tibe2 terlintas.
" eh, orang yang datang nie bukan orang kelantan. "
menghormati orang luar lagi baik kan?
permohonan ke IPG tahun ini~
akan dibuka apabila result SPM hampir2 diumumkan nnt okay (:
nota tambahan:
khidmat nasihat kerjaya membuatkan diri sedar~
fikir baik2 apa cita2 anda sebenarnya (.")
notakaki:
kalau ada sesiapa nak kongsikan maklumat
atau nak tanya apa2 mengenai karnival ini~
boleh lah tinggalkan komen.
moga2 sedikit sebanyak dapat membantu.
syukran~
No comments:
Post a Comment