Friday, 2 March 2012

Facebook: Golongan yang Sukar untuk Diapprove

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful

Muka buku. muka buku. muka buku.
kalau muka buku dihapuskan~
memang sudah terang lagi bersuluh~
ramai yang akan sign up twitter!
sepenting manakah laman sosial pada anda?

berbalik pada tajuk entry~
terlintass untuk berkongsikan pandangan saya,
tentang golongan yang sukar untuk saya approve apabila di-add.

golongan yang menjaga ikhtilat atau pergaulan.
agak sukar untuk diterima sebagai friends di facebook~
kerana dengan meng-add saya,
bermaksud saya membuka ruang untuk anda melihat hal peribadi saya.
tak perlu rasanya add orang yang sosial macam saya.
tak meningkat pun iman anda?
kalau berkurang, saya juga yang bersalah.

golongan sepupu lelaki yang alim-alim.
golongan ini memang nak elakkan.
bayangkan kalau ada gathering family,
sepupu kita tahu siapa kita sebenarnya~
diam dalam keluarga
tetapi ceria dengan kawan2.
oh, no~ sangat berhati-hati!

golongan yang letak gambar couple sebagai DP.
how to say erk?
kalau bahasa budak sempoi~
taknak ganggu status hubungan orang lain.
kalau bahasa budak straight to the point~
tak suka dengan status tanpa ikatan suci.

golongan yang suka cari kesalahan orang lain.
nanti tak pasal2 saya terguris dengan teguran orang jenis ini.
saya sedar,
saya bukan budak baik2.
tapi, apa salahnya anda beri ruang saya mencari kekuatan untuk bermujahadah.
lebih suka kalau kawan baik yang tegur kesalahan kita kan?
jadi, better kita jaga kawan baik kita berhati-hati,

hanya ini yang terlintas di fikiran saya,
kalau anda rasa anda golongan di atas,
jangan add saya!
bajet hot saja~
bukan begitu,
saya cuma nak ingatkan anda untuk jaga iman anda baik2.
saya bukan kawan yang baik kepada segelintir golongan.


muslimah boleh bertukar perangai mengikut situasi,
kerana Allah telah campakkan perasaan malu yang tebal dalam diri mereka.

notakaki:
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah.
kalau anda rasa sesuatu yang anda buat akan meningkatkan iman anda,
teruskanlah niat anda~

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

4 comments:

Miss N™ said...

haa..dah tersenarai ciri2..

hihihi

lin~ said...

huhu~
senarai baru (.")

bukan tak approe, sukar utk diapprove.

Azee Hana said...

bagus la..lagipon,,kalo approve,,nanti banyak pulak dekat home..haaha

lin~ said...

hehe~ betul jugak kan (.")

kalau macam tue, kene tetapkan setiap bulan nak approve berapa org.

(.")