Wednesday, 14 March 2012

Menghitung Hari Sedetik Lagi

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~

okay reader,
sekali lagi mendapat berita yang mengejutkan~
result SPM 21 Mac bukan 22 Mac.
diawalkan sehari sahaja,
apa nak dikecohkan (.")
lambat atau cepat keluar juga result!

mesti lah kene kecoh!
ramai yang dah beli tiket bas 22 Mac.
kesian tahu~
alahai~
waktu2 saat genting ini lah,
berita2 genting diterima (.")

sepupu mula datang rumah~
"hah, minggu depan tu. pusing kepala dah sekarang. fikir nak bagi apa dekat orang dapat 11A ni!"
"dapat result, kita serbu rumah kak lin"
"nervous tak saat2 mendebarkan ni?"

apa awak akan jawab dengan lawak jenaka dan persoalan ini?
calon 11A? amiin~
serbu rumah? jangan bimbang, hp deactive, rumah berkunci!
nervous? umi lagi nervous kot (.")


" di saat2 menghitung hari ni mesti mula teringat saat2 SPM kembali "

okay,
itu kata2 sepupu yang sedang belajar ilmu Perubatan~

"mula lah teringat bangun pukul 2,3 pagi baca buku."

alahai~
itu awak lah selaku best student
SMS Machang (.")

"teringat pula boleh jawab tak hah paper BM, BI,..."

kata2 yang camtu buat darah mula berlari laju (.")

14 Nov [BM 1 dan BM 2]
cuak tak cuak menghadapi SPM~
malam tu tak lene tidur!
text abah jam 2 pagi (.")
abah call dengan suara mengantuk~
suruh baca ayat kursi dan 3 kul.
cuak satu pasal,
kes orang pecah masuk beberapa hari sebelum tu buat lagi nervous tengah2 malam.

so, exam bagaimana?
paper 1 buat karangan dengan mata yang kuyu?
nauzubillah, tak rasanya~
cuma, pengaliran darah laju.
mungkin sebab tak cukup rehat (.")

memandangkan paper2 waktu petang,
sempat tidur jam 10.30 pagi.
alhamdulillah~
paper2 tak mengantuk.

jujur sahaja~
rasa tak all out jawab BM!


15 Nov [BI 1 dan BI 2]
bagaimana mahu ku ceritakan?
malam tu pergi klinik klang~
memandangkan batuk tahap dahsyat
sehingga tahap bengkak.
jadi,
malam di klinik,
hanya bawa senota karangan untuk dihafal kembali.
hafal?
erk, yeah hafal karangan BI sejak awal tahun form 5 lagi.
memandangkan grammar tak mantap sangat (:

jujur sahaja sekali lagi~
tidak all out jawab BI!

16 Nov [SEJ 1 dan SEJ 2]
dangerous punya paper!
even selalu dapat A sejak form 5~
otak masih cikai nak hafal dua buku teks Sejarah!
mengharap pada soalan spot~
banyak lah jugak spot-nya (:

alhamdulillah~
All out!
tapi saya yakin~
ramai lagi ALL OUT memandangkan soalan spot di internet menjadi soalan SPM kan?

hujung minggu sebelum SPM start~
outing duduk dekat KFC sahaja.
hafal sejarah!
seriously, first time tengok budak2 datang belajar!
biasa datang dating (.")


17 Nov [Math 1 dan Math 2]
mampu lagi dapat 99 Math utk SPM pula?
entah~
cuai punya pasal dah salah satu paper1 (.")

paper2 pula lain ceritanya~
soalan probability yang kacang tu
menjadi isu di sekolah~
memandangkan ada setengah pihak kabur dengan soalan.
means, soalan yang kami baca ada dua pendapat!

mula2 isu tak berkat gara2 cikgu terguris tak hadir kelas.
saya cerita dekat ust wan,
ust wan kata " isu keberkatan itu bukan mudah berlaku "
yeah, daddy~
bumi wakafan macam2 boleh berlaku jika diikutkan sejarah (.")

cuba tanya kawan2 sekolah lain~
oh, alhamdulillah,
perkara sama berlaku.

kesimpulannya,
tunggu result sahaja!

21 Nov [PSI 1 dan PSI 2]
PSI itu apa?
pendidikan syariah dan islamiah (.")
kami tak ambil pendidikan islam~
jadi, diganti dengan subject yang lebih mendalam kajian agamanya!

agak2 boleh jawab?
Paper 1 alhamdulillah~
insya-Allah salah kurang daripada 5.

paper 2?
dush, tetap ada soalan yang tak jawab!
bukan malas fikir, tapi no idea :(

kuarantin di bilik tetamu sepanjang hari ahad~
gara2 menerima pelawat dari kelantan pada hari jumaat dan sabtu.
kacau punya jiwa mencari kekuatan!


23 Nov [ADDMATH 1 dan ADDMATH 2]
alhamdulillah~
subject yang dikatakan killer
berjaya hadapi dengan tenang.

dalam banyak2 paper ADDMATH yang penah jawab,
ADDMATH SPM 
paling senang!
siapa setuju?
eheh~

mungkin kerana belajar dari kesilapan satu persatu.
ditambah dengan usaha cikgu yang ingatkan kami kesalahan remeh
yang sepatutnya dihindarkan.


soalan log yang masuk paper2 memang tak jawab habis lah kan!
tapi, relax saja.
sebab, teringat cikgu tuisyen pesan dekat kami.
"awak jangan bimbang, kalau awak dah kukuh basic zon stabil namanya.
kalau satu sua soalan awak tak boleh jawab, tak hilang lagi A1 awak."

apa pandangan anda?

24 Nov [FIZIK 1 dan FIZIK 2 dan FIZIK 3]
fizik?
jawab apa yang tahu lah~
tapi,
insya-Allah ini yang terbaik yang pernah jawab.

se-all-out mana pun jawab fizik,
tetap akan ada blank utk isi blank kan?
jadi,
serah pada-Nya sahaja.

29 Nov [KIMIA 1 dan KIMIA 2 dan KIMIA 3]
kantoi~
balasan ulangkaji last minutes
ditambah dengan enjoy terlebih kerana outing!

jadi,
waktu jawab exam~
just ingat pesanan2 cikgu waktu kuliah~
kesalahan2 basic yang memakan markah esei!
alhamdulillah saat2 pecutan akhir~
mood fokus dalam kuliah sangat tinggi!

30 Nov [BIO 1 dan BIO 2 dan BIO 3]
jawapannya hati~
sama seperti KIMIA.
tak all out,
tapi saya yakin pada kalim Ya Razzak!


07 Dis [ BAT 2 dan BAT 1]
memandangkan trauma otak nervous jawab kimia and bio
akibat persediaan last minutes.
diri ini insaf dan membuat persiapan BAT dari 30 Nov lagi!
ada hikmah juga nervous waktu bio and kimia (.")

BAT memang killer subject yang mengganggu result
untuk mendapat straight A dalam trial!
jadi,
usaha kena lebih dan lebih!

kakak saya yang dapat A dalam trial pun dapat B dalam SPM.
inikan saya~
jadi,
kene tawakkal banyak-banyak.

13 Dis [PQS]
pendidikan al-Quran dan as-Sunnah.
okay, need to admit~
persediaan memang hampeh even seminggu jarak masa.
sibuk handle jamuan kelas
dan sibuk juga bantu jayakan jamuan batch!

malam peperiksaan memang tidur awal dalam tangisan!
kekeliruan agaknya nak baca apa saat akhir.

memandangkan exam waktu petang,
pagi-pagi lagi diri ini bangun untuk study!
jujur sahaja~
baca soalan spot yang dihantar oleh kawan lama.
taknak hebohkan memandangkan selama ni soalan spot kami~
semuanya tak jadi soalan straight to the point.

tawakkal pada Allah di saat itu.
alhamdulillah~
spot menjadi soalan!

SPM mengajar saya pergantungan pada Allah!
Allah nilai usaha kita dari dahulu
bukan di saat akhir nak SPM!
sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hambaNya yang bertawakkal pada-Nya!

hendak tahu target SPM yang tahap kronik ini?

notakaki:
tips yakin dengan rezeki Allah!
zikir Ya Razzak sekerapnya!


saya superb dengan student bumi wakafan!
makin mendekati exam, makin bertambah ibadat~
solat dhuha pengubat murahnya rezeki!
qiam pengubat lara di hati!
puasa pengubat jasmani yang sakit!
tazkirah pengubat rohani yang dahaga!
doa wehdah sumber kekuatan ke medan perang!

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

2 comments:

n said...

gudluck dik,insya Allah,kejayaan milik adik :)

lin~ said...

thanks kak izzati (:

amiin~