Tuesday, 24 April 2012

Lonjakan Saujana SPM 2011

In the name of Allah
the most Gracious
and the most Merciful~


apa ni lin, bangga sangat dapat pergi MAK (!)

tak.tak.tak.
aku menafikan seratus peratus.
aku nak tulis entry ini untuk jadi panduan kepada calon-calon SPM 2012 dan seterusnya.
especially junior-junior KISAS.

eleh, diaorang tahu lah kene belajar (!)

dah, pergi main jauh-jauh kalau taknak baca~

actually,
waktu aku form four result aku kritikal tahap tak boleh bernafas~

( klik pitcha untuk tumbesaran )
seribu satu persoalan bermain di minda aku waktu akhir tahun form 4~
" mampu kah aku excellent untuk SPM? "
" baik duduk sekolah harian kalau result cikai macam ni. "
" ada ke orang macam aku dapat naik pentas untuk SPM? "
" macamana nak buat lonjakan saujana ni? tak ada yang nak share k? "

jujur sahaja~
aku memang tanya mr google.
taip lah KISAS dan RESULT SPM dan seangkatan dengannya.
baca blog-blog senior,
aish, semua asal-usul hebat (!)

kalau nak diikutkan hati memang nak pindah dah untuk form 5 ni~
tapi,
seriously aku tergamam bila umi beli baju sekolah untuk form 5 waktu minggu pertama cuti akhir tahun.
whats (!)
macamana nak luahkan keluhan hati yang teramat berbuak-buak nak pindah (!)

redho*

apa yang perlu parents tahu tentang anak-anak di KISAS.
1. hidup sebagai junior untuk tahun pertama memang memenatkan (!) segala kerja amal diserahkan kepada mereka.
2. jadual terlalu padat sehingga boleh menyebabkan tekanan kepada segelintir yang tidak suka jadualnya diatur.
3. persaingan antara pelajar2 excellent di sana menyebabkan ada yang tersungkur di trek larian.
4. pembelajaran secara kuliah boleh menyebabkan anak-anak yang tidak terlalu cekap menangkap isi penting tertinggal jauh.
5. kepenatan membuatkan ketiduran dalam kelas.
6. anak yang berada di perantauan sedikit tertekan apabila melihat kawan-kawan se-selangor sering mendapat pelawat sedangkan mereka hanya mampu berjumpa keluarga dua bulan lebih sekali bagi yang berpendapatan sederhana.

ini sahaja yang terlintas di fikiran aku sekarang~
sebab,
inilah alasan yang aku fikirkan untuk pindah sekolah pada asalnya >.<

tak percaya (?)
tanya lah budak-budak KISAS.
jangan tanya budak yang excell (!)
sebab budak excell akan jawab~
"biasalah. asrama."
tapi kadang2 kita kene faham orang yang di bawah (!)

" hendak seribu daya, tak nak seribu dalih "

okay, fine (!)
parents aku hantar aku pergi tuisyen sepanjang cuti sekolah.
aku rasa cam
" hah? dahlah jarang dapat balik rumah. cuti panjang nak kene belajar jugak! "
aku pergi dengan bermasam muka sepanjang tuisyen sebulan setengah tu (!)
tapi, dalam kelas bagi tumpuan lah sebab aku memang pentingkan nilai duit.
aku bukan orang berada >.<

apa yang aku dapat waktu tuisyen (?)
1. aku sedar yang aku faham sesuatu topik cuma aku tak tahu bagaimana nak tulis waktu exam.
2. aku sedar yang D dan E aku bukan sebarang D dan E jika dibandingkan dengan C sekolah lain. knp? cikgu kedekut bagi markah kah?
3. aku sedar yang aku ini pemalas (!) subject membaca pun tak boleh score (!) nampak sangat aku tak membaca sebab dah down melihat result lain. rasa cam tak guna belajar (!)
4. aku banyak ketinggalan dalam subject2 sains sebab aku dah set dalam kepala SUSAH (!)
5. aku sedar yang aku tak tahu nak tanya kawan apa sebab aku tak tahu apa yang akan ditanya dalam soalan exam (!)

dah, terbelit-belit (!)

alhamdulillah~
habis cuti, habislah tuisyen.
tawakkal sahaja balik sekolah dengan berat hati meninggalkan keluarga tanpa moment yang indah bercuti.

apa hasilnya waktu ujian Mac (?)
no more E (!)
then, ujian pertengahan tahun (?)
no more D (!)
hah, percubaan SBP dan JPN plak (?)
no more C (!)

dan akhirnya,
SPM Allah hadiahkan sebijik B supaya aku tetap ingat asal-usul aku >.<
terima kasih Allah (:

perubahan waktu form 5:-
1. aku dah jarang tidur dalam kelas sebab aku tak kepenatan! senior kan >.<
kalau aku tidur, akan aku pastikan aku revision balik supaya tak ketinggalan.
2. aku dah boleh fokus dalam kuliah sebab basic form 4 aku sudah sedikit sebanyak kukuh.
3. aku akan malu dengan diri aku jika kantoi subject yang memerlukan pembacaan kerana itu menunjukkan aku malas (!)
4. aku suka mengajar orang even result aku tak bagus sangat sebab aku yakin Allah akan bantu pada pengakhirannya nanti (!)
5. aku akan curi masa belajar sebaik-baiknya. tak kisah lah pergi kelas jam 06.30am untuk belajar asalkan berkualiti =.=

kesimpulannya nothing is impossible.
dan untuk berjaya di tingkatan lima memerlukan asas tingkatan empat yang kukuh (!)
parents kene cakna tentang masalah anak2~
yang memerlukan motivasi.
terima kasih umi dan abah (:

btw, aku cuma nak pesan kepada semua yang bakal menghadapi SPM (!)
pecutan akhir mahupun ilmu terakhir guru2 di saat2 genting sebelum menghadapi SPM~
sangat2 berguna dan jangan ambil remeh (!)
sepenat manapun anda struggle di saat akhir itu,
jangan tidur waktu kuliah mahupun kelas tambahan (!)
nanti menyesal =.=

anda kene yakin dengan Allah
walaupun anda rasa mustahil untuk anda lakukan (!)


inilah pengalaman aku menghadapi BAT (!)
SPM merupakan pertama kali aku merasa nikmat A bagi subject ini.


okay, selamat berjaya membuat lonjakan saujana (.")

syukran~

.:: I am a simple human strive for success and also strive for ISLAM ::.

2 comments:

nancy anisa said...

sedihnya ak x dpt anugerah lonjakan saujana..anugerah yg aku idam2kn spjg berada d kisas

Izzah Aida said...

tahniah lynn...ini juga satu nikmat yang Allah bagi untuk lynn. x suma org dpt rasa. Terima kasih atas perkongsian. Saya harap suatu hari nnt saya dpt jd spt lynn. :)